Bila anak minta sesuatu, tak semua permintaan boleh ditunaikan, walaupun nampak kecil atau tak berbahaya. Sebab setiap kali kita izinkan sesuatu yang di luar batas mereka, ia boleh jadi kebiasaan yang sukar dikawal di masa depan.
Contohnya, anak minta keluar malam atau pergi jauh dengan kawan-kawan. Kalau sekali kita benarkan, permintaan yang sama mungkin akan berulang, malah makin meningkat. Dari satu tempat ke tempat lain, dari sekali jadi tabiat.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar memenuhi kehendak mereka, tapi mendidik mereka tentang tanggungjawab dan batasan. Tegas bukan bermaksud tak sayang, tapi langkah berjaga-jaga untuk elak perkara yang lebih besar berlaku. Begitu juga dengan perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Abdul Muiez mengenai perlunya ada ketegasan dalam mendidik anak. Bukan berfikiran sempit, untuk mendidik anak-anak untuk menjadi orang yang memahami dengan peraturan hidup dan displin.
Semalam, si sulung ni bagitahu. Sabtu haritu, kawan-kawan dia ajak pergi Kuala Selangor, tengok wayang.
Saya tanya, “Iezat jawab apa?”
“Memang taklah mama dengan baba nak bagi.”
“Haaaa, bagus.”
Dia baru berusia 16 tahun. Baru dapat lesen beberapa bulan lepas. Lepastu nak pergi ke Kuala Selangor yang perjalanannya memakan masa satu jam sehala.
Memang kami takkan bagi lah.
Bukannya apa.
Setiap yang pertama kali, akan ada yang kali kedua.
Bayangkan kalau saya bagi.
“Ba. Nak pergi Shah Alam. Haritu baba bagi pergi Kuala Selangor.”
“Ba. Nak pergi Manjung. Nak ride dekat Lumut. Haritu kan baba bagi pergi Kuala Selangor.”
Uiiii memang tak dapat derrrr. Dia baru form 4. Nak ride bagai. Kata mak saya, “tampar muka kau karang, tahulah nasib kau.”
Nasib baik dia tak pernah bising. Kenapa baba tak macam ayah orang lain.
Kalau dia tanya, saya akan ulang balik apa mak saya cakap.
Dulu, adik saya pernah tanya. “Nenek orang tu bagi je. Boleh je buat apa-apa.”
Mak saya jawab, “kau bungkus kain baju kau, pergi berambus sekarang.”
Terus senyap adik saya.
Mak saya mulut memang laser. Walaupun kami tahu mak takkan buat, tapi takda siapa pun antara kami yang berani melawan.
Konsepnya sama macam kalau kita benarkan anak-anak keluar malam.Kali pertama bagi keluar malam, balik pukul 10. Esok nak keluar lagi.
Kita pun bagi lagi. Sampai satu masa, dia akan keluar sendiri tanpa minta izin. Sebab, dari kebiasaan dah jadi tabiat.
Lepastu, kita pun bising. “Anak saya keluar malam. Pukul 11 baru balik. Puas dah nasihat.”
Balik kepada punca, kita yang izinkan dia buat sesuatu perkara yang dia tak patut buat untuk kali pertama.
Nak selesaikan masalah yang akan datang ni, janganlah bagi anak buat benda yang tak sepatutnya dia buat.
Begitulah.
Sumber: Abdul Muiez