Ada waktunya disebabkan tanggungjawab dan amanah kita pada kerja, kita terpaksa membiarkan anak menonton televisyen. Tak mengapa namun pelbagaikanlah rancangan yang mampu mengembangkan mindanya. Apa rancangan dan program yang sesuai?
Pn Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist dari BEYOND Home Therapy , Selayang berkongsi rancangan dan program menarik dari Netflix yang boleh ditonton dan sesuai untuk anak di bawah usia tiga tahun.
10 RANCANGAN DI NETFLIX YANG SESUAI UNTUK ANAK 3 TAHUN KE BAWAH
“Saya WFH susah nak pantau anak semasa bekerja dan terpaksa buka TV”. Inilah dilema kebanyakan mak ayah zaman pandemik ini, nak bawa anak keluar tak boleh, nak main dengan anak dah habis idea, nak layan anak setiap masa susah sebab ada kekangan kerja hakiki.
Sudahnya ada anak yang 24 jam melekat depan TV atau gadget. Ini nasihat saya untuk kalian:
1. Kalau ada pilihan nak bagi anak tengok TV atau gadget (hp/tab), buka TV lebih kurang risiko masalah perkembangan anak berbanding gadget.
2. Elakkan buka cerita yang sama setiap hari atau setiap masa.
3. Dedahkan anak dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
– Rancangan masakan.
– Hidupan laut, haiwan, serangga atau burung.
– Melukis atau mewarna.
– Rancangan pendidikan yang sesuai ikut umur anak.
– Projek reka bentuk atau seni.
– Lawatan ke tempat yang baru.
– Menjahit.
– Sukan.
Ads
Manfaatkan internet di rumah untuk dedahkan kepada anak tentang dunia. Bukan terhad menonton kartun sahaja.
4. 80% perkembangan otak adalah semasa 3 tahun pertama. Mak ayahlah agen dan lubuk ilmu pengetahuan anak tentang dunia.
5. Untuk anak 3 tahun ke bawah, elak dedahkan anak terlalu lama:
– Lagu kanak-kanak (nursery rhyme).
– Rancangan yang tidak ada komunikasi.
– Ganas.
– Bahasa kasar atau kurang ajar.
– Bahasa atau percakapan yang terlampau laju.
– Rancangan yang terlalu rumit untuk anak faham.
Ads
6. Anak cenderung untuk meniru apa yang dia lihat dan dengar semasa umur 3 tahun ke bawah.
Jadi, saya senaraikan 10 rancangan yang sesuai untuk anak umur 3 tahun ke bawah di NETFLIX.
Kriteria saya:
✅ Bahasa yang mudah difahami.
✅ Percakapan yang tidak laju.
✅ Tidak banyak gangguan bunyi latar belakang.
✅ Visual atau pergerakan yang tidak terlalu pantas.
✅ Warna yang tidak terlalu terang dan menonjol.
✅ Dinyatakan rating “ALL”, sesuai untuk semua peringkat umur.
Sensori anak masih lagi berkembang semasa umur 3 tahun ke bawah, perlu berhati-hati dengan pemilihan rancangan untuk anak. ⚠
Semoga bermanfaat untuk semua.
Ads
* Next artikel, tentang rancangan menarik di Youtube untuk anak umur 3 tahun ke bawah. Ada cadangan?
Tinggal lagi 4 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ayah mana yang tidak sedih jika dirinya tidak mampu menyediakan kemudahan yang cukup buat anak-anak. Suami mana yang tidak tercalar egonya jika tidak dapat memberi yang terbaik buat si isteri. Pelakon Reza Hasbi melalui Insta Story, memohon kemaafan dari anak-anaknya kerana tidak dapat membeli sebarang kelengkapan buat mereka.
Selain itu, ayah kepada dua orang anak, Muhammad Rifqi Danial dan Muhammad Rafi Daiyan turut memberitahu ada bayaran yang belum dilunaskan walaupun penggambaran sudah selesai lebih kurang lima bulan lalu. Dalam perkongsiannya itu juga, Reza meminta agar isterinya, Rosedarlila dan anak-anaknya bersabar dan memberinya sedikit masa sebelum mungkin menarik diri dari industri seni.
Tidak mahu dipandang serong, Reza memberitahu tindakannya berkongsi tentang hal ini bukanlah untuk meraih simpati. Dia hanya terkilan kerana nasibnya di dalam bidang lakonan seolah-olah tidak terbela. Tambahnya lagi, ada beberapa tawaran yang datang tetapi terpaksa ditolak kerana menurut syarikat pengurusan, dia kononnya dibayar murah.
Reza merasa serba salah dengan situasi ini kerana menyedari hakikat dia sebagai ketua keluarga harus menyediakan segala keperluan buat isteri dan anak-anaknya yang masih kecil. Pun begitu, Rosedarlila sangat menyokong suaminya dan memberi kata-kata semangat kepada Reza menerusi posting di laman Instagram peribadinya.
Tidak lama dahulu dia terpaksa tinggal di kampung bersama keluarganya di Kuala Kangsar, Perak kerana tiada sebarang tawaran berlakon. Kehidupannya di sana juga atas ihsan kedua orang tuanya. Bahkan untuk mengisi minyak kereta pun terpaksa meminjam wang dari isterinya yang sangat memahami. Lampin dan susu anak juga dibeli oleh Rosedarlila.
Demi meneruskan kelangsungan hidup dan memikirkan tanggung jawabnya sebagai seorang suami dan bapa, Reza tidak segan mengakui yang dia mengambil upah sebagai kontraktor memasang siling di rumah orang. Sekurang-kurangnya pendapatan yang diperolehi Reza bolehlah digunakan untuk kepentingan keluarga.
Pa&Ma mendoakan yang terbaik buat Reza dan keluarganya. Semoga niatnya yang ikhlas memikirkan soal isteri dan anak-anak akan dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah pada masa hadapan. Berkat doa dan pengorbanan isteri tercinta, mana tahu akan lebih banyak tawaran pekerjaan untuk Reza selepas ini. Semoga berjaya, Reza Hasbi!
Biasakan antara waktu Maghrib dan Isyak masa bersama keluarga. Dalam tempoh inilah ibu bapa dapat luangkan masa dan sama-sama berkongsi pendapat dengan anak-anak.
Lagi mudah jika dalam sesi ini ibu bapa buat amalan bacaan hadis kerana ia bukan saja mendapat keberkatan tetapi dalam masa sama mendidik jiwa anak-anak itu menjadi insan yang baik dan dihormati.
Bagaimanapun, ramai juga yang berpendapat waktu ini tak sesuai untuk mereka bersama keluarga namun sebolehnya usahakan. Jika memang dah tak boleh, luangkan masa selepas solat Isyak sementara anak-anak belum tidur.
Perkongsian dari seorang bapa, Muttaqien Jamaludin boleh dijadikan panduan bersama untuk ibu bapa yang ingin melahirkan anak-anak yang berakhlak baik dan cintakan al-Quran.
Sebagusnya selepas Maghrib dibuat majlis bacaan al-Quran dan hadis bersama anak isteri. Bukan habiskan masa di dapur dan meja makan ataupun depan TV melihat drama atau berita. Jadikan waktu Maghrib Isya di rumah kita, madrasah taqwa. Boleh cuba makan malam pukul 6.30 petang. Bagus untuk kesihatan.
Sama-sama mendengarkan kelebihan amalan-amalan agama dari hadis dan al-Quran supaya #Nur dari al-Quran hadis masuk dalam hati kita dan anak-anak isteri kita . Menjadi ringan untuk melaksanakan amalan agama. Tahu kelebihan dan mendapat apa apabila beramal. Hati yang keras, sukar nangis depan tuhan, akan lembut akan mudah menangis depan tuhan.
Bacaan al-Quran dan hadis boleh dibacakan oleh ibu atau ayahnya atau selang seli, kemudian boleh diberikan anak-anak baca 1-2 hadis seorang. Anak yang dah besar, boleh buat giliran baca. Sementara yang lain boleh dengar. Dengar dengan adab dan jaga sunnah. Berkat buat majlis taalim ini, alhamdulilah anak-anak dapat ingat al-Fatihah dan 3Qul. Walaupun seorang tu berusia 4 tahun.
Setiap hari saya atau isteri ulangkan surah-surah lazim ini. Insyallah boleh ingat, begitu juga anak anda juga boleh ingat jika buat perkara sama. Diizinkan masa depan Insyallah akan tambah lagi beberapa surah dan ulang sehingga ingat. Lagi dan lagi.
Amalan inilah yang mak saya telah lakukan dari saya kecil hinggalah sekarang. Tanpa ketinggalan. Mungkin berkat itu, Allah telah kurniakan ibu saya anaknya 8 orang jadi hafiz termasuk seorang bongsu yang masih OTW .
Bagus dibuat antara Maghrib- Isya, atau lepas Isya. Atau waktu semua ahli keluarga boleh dengar. Sebaiknya dikawasan yang sama dan dikhaskan. Dengar dengan tawajuh. Tidak perlu title ustaz atau ustazah untuk baca taalim kerana semuanya telah diterjemah dan tulis dalam bahasa Melayu. Kita hanya perlu baca.
Selain bacaan hadis dan bacaan surah lazim yang pendek. Sebagusnya buat mesyuarat antara suami isteri dan anak-anak. Bangkitkan apa-apa agenda, esok nak ziarah beraya rumah siapa ? Apa yang kurang, apa barang perlu beli . Prestasi anak dan lain-lain. Insyallah keluarga akan semakin harmoni. Suara anak dan isteri akan lebih didengari. Tiada diktator dalam rumah. Keluarga sakinah mawaddah.
Untuk jadikan anak anak kita hafiz hafizah, mereka perlu mengadap dan baca al-Quran 7-8 jam sehari. Untuk latihan awal, cubalah dengarkan taalim 30-40minit . Supaya ada terbina kemampuan kerohanian untuk jadi hafiz dan hafizah kelak.
Lihat dan mendengar lagho 3-4jam sehari, takkan tak boleh dengar al-Quran dan hadis 30-40 minit setiap hari . Didoakan Allah jadikan hati-hati kita hidup.
“Menunggu kepulangan yang tak pernah pulang.” Itu situasi yang dilalui oleh seorang isteri setelah suami tercinta pergi buat selama-lamanya selepas tiga hari tamat berpantang. Berat ujian yang perlu dihadapi tapi siapa kita nak menolak takdir Allah ini.
Pemergian suami yang menjadi tempat bergantung harap dan kehadiran anak sebagai tanda cinta mereka benar-benar menguji perasaan. Apatah lagi bayi yang baru lahir masih perlukan kasih seorang bapa.
Kisah sedih ini telah dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Jueazur menerusi akaun TikTok.
Kehadiran anak pengganti arwah suami
@jueazur terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih 🙏🏼 #fyp#fypシ♬ suara asli – musicstory._
Menerusi video pendek dikongsi oleh wanita ini, memaparkan kenangan-kenangan bersama Allahyarham suaminya dan dia pada masa yang sama turut berterima kasih atas doa yang dikirim oleh orang ramai.
Terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya. Semoga doa itu diangkat Allah SWT. Semoga syurga buat suami saya.
Jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi. Allah sayang sebab tu Allah uji. Terima kasih.
Punca pemergian suami Jue Azur ini tidak dapat dipastikan, cuma dia bersangka baik dengan setiap aturan Allah SWT.
Menunggu kepulangan yang tak akan pernah pulang. Arwah suami saya meninggal 3 hari lepas saya habis pantang.
Lebih menyedihkan arwah suami pergi di saat hadirnya anak yang dilahirkan Februari lalu. Seolah-olah kehadiran bayi ini pengganti suami.
Kisah sedih ini turut mendapat perhatian orang ramai dan masing-masing mendoakan agar wanita ini terus kuat demi anak tersayang. Setiap ujian yang diberikan itu, Allah tahu kita mampu hadapinya walaupun ia cukup berat sama sekali.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.