Jejari keledek mungkin sudah terbiasa untuk kanak-kanak. Sebagai finger food yang paling mudah, tinggi khasiat malah memiliki rasa manis semulajadi, keledek sering dipilih sebagai pilihan untuk sebagai kudapan anak.
Namun jejari keledek yang satu ini begitu istimewa kerana intinya bukanlah gula seperti biasa tetapi diolah dengan inti kurma yang lebih berkhasiat kepada bayi kita. Nak tahu bagaimana cara membuatnya? Jom ikuti langkah demi langkah resipi yang dikongsikan oleh Puan Ana Maria di facebooknya.
Cek Mek Molek inti kurma untuk breakfast dan minum petang Iris hari ni. Untuk umi dengan kakak isi gula macam biasa la kan. Alhamdulillah abis jugak dua ketul breakfast tadi. Bukan main selera mengunyah anak ibu mengunyah.
Keledek oren Tepung gandum Sedikit unsalted butter Sedikit cream cheese Pes kurma
Sediakan bahan-bahan.
Keledek yang direbus, campur dengan sedikit unsalted better dan cream cheese.
Dah siap lenyek, masukkan tepung. Tak perlu banyak, keledek ni kurang air. Letak agak-agak boleh di bentuk saja. Adunan pun masih melekat di tangan.
Boleh letak tepung di tangan untuk elakkan adunan melekat. Leperkan dan letak pes kurma. *ni nampak macam bnyak, tapi sikit ja tau sebab saya spread. Kemudian boleh la di tutup dan bentukkan.
Ha bentukkan macam ni. Senang baby nak pegang. Lepas tu goreng dalam minyak panas. Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tempoh PKP yang ditambah selama 14 hari lagi sebenarnya membolehkan ibu mengasah kemahiran memasak. Bukan membazir tetapi mengisi permintaan anak-anak dan suami yang kelaparan sepanjang hari. Bagi membolehkan bekalan kudapan sentiasa ada di rumah, ada baiknya anda sediakan biskut coklat chip ala Famous Amos ini yang pastinya disukai anak-anak kita.
Mana tidaknya, rasa dan teksturnya 90 peratus sama, bak kata tuan punya resipi, Puan Nur Haziqah. Rasanya terbaik dan sedap, persis biskut popular. Jadi ibu wajib cuba!
Dah macam-macam resepi cookies ala-ala Famous Amos saya cuba tapi langsung tak ada rasa famous amos. So kalini create sendiri. Alhamdulillah menjadi.. 90% bau , rasa dan tekstur macam famous amos. Ada rasa melt sikit-sikit dan so creamy. Nak cookies sedap guna pure butter dan choc chip mahal sikit. Kalau sis-sis nak buat perlu follow resepi ni betul-betul untuk dapatkan hasil macam saya dapat.
Resepi by Nur Haziqah
BAHAN A
250gm tartura salted butter – suhu bilik
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 1/2 cawan gula perang
1 biji telur
1 sk butter oil
BAHAN B (ayak bersama)
4 cawan tepung gandum
1 sk soda bicarbonate
1 sk baking powder
BAHAN C
1 1/2 cawan chocolate chip
1/2 cawan badam cincang – sangai
1/2 cawan kelapa parut kering – sangai (bahan ni ramai yang tak tahu tapi sebenarnya ada dalam famous amos)
Satukan bahan a dan gaul sebati.
Kemudian campurkan bahan b ke dalam bahan a dan gaul sebati.
Masukkan bahan c ke dalam adunan a+b dan gaul sebati.
Tutup adunan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
Selepas satu jam, cubit adunan sebesar syiling 10 sen ke atas dulang (ikut size yang disukai).
Panaskan oven 160°c selama 10 minit dan bakar cookies selama 20-25 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas.
**adunan yang belum digunakan simpan dalam peti ais. Nak guna baru keluarkan.
Cookies ni ada rasa melt sikit-sikit bila makan dan sangat creamy. Sedap kalau cicah susu.
Selamat mencuba !
**pure butter , butter oil , choc chip mahal dan kelapa parut perlu ada kalau nak dapat bau dan rasa seakan akan famous amos. Kalau tak letak atau digantikan dengan bahan yang murah sperti marjerin , choc chip murah memang tak akan dapat rasa seakan famous amos. Butter oil juga perlu dalam cookies ni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidangan berasaskan sambal antara yang menjadi kegemaran orang Malaysia. Tak kisah sambal itu dimasak sekali dengan lauk atau dijadikan pencicah ia boleh buatkan sesiapa saja makan bertambah.
Sebab itu, kebanyakan ibu-ibu lebih suka buat stok sambal siap-siap dan diletakkan dalam peti. Bila nak makan boleh terus dihidangkan. Kali ini koleksi sambal power Cikgu Afy patut anda cuba. Orang kata tak akan menyesal sama sekali!
Banyak lagi yang akan cikgu pecahkan rahsia sambal sedap lain kali nanti. Ada lima sambal kesemuanya. Resepi ada dekat gambar di bawah.
Sediakan bahan-bahan di bawah;
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1/4 bawang Holland
– *1 biji tomato saiz kecil
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
Betul-betul sedap!
2. Sambal kicap mabeless
Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap untuk menu yang boleh disesuaikan seperti tauhu begedil soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh skroll tengok dekat wall cikgu okay.
3. Sambal ayam penyet mengosek
Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan
2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.
3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.
5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.
6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
4. Air asam ketagih
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu*
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi* Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi
– 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.
4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
Yang pasti memang ketagih sungguh.
5. Sambal jantan power
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.
Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat
Perghh baca nama pun tak nak kalah ya. Aha Begitulah tentang rasanya. Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu.
Cikgu sempat baca komen lepas kawan yang musykil takut sambal rosak kalau buat stok banyak begini. Usah risau. Ikut tips cikgu. Banyak kali dah cikgu buat. Kena betul cara simpan dan gunanya.
Pastikan guna sudu kering setiap kali mengambilnya sahaja. Tapi cikgu yakin sambal tu tetap takkan bertahan lama juga. Mesti cepat habis punyalah. Kalau dah belum makan pun dah menitik air liur, ini pula stok dah ada depan mata. Sedar-sedar dah licin tinggal botol je. Kan?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak memang gemarkan makanan bergoreng lebih-lebih lagi sosej. Kalau beli di kedai memang kita tahu kandungan bahan dalam sosej sangat tidak selamat untuk anak-anak dan keluarga kita.
Jadi mama papa boleh sediakan sendiri sosej dengan menggunakan resipi mudah ini. Anak-anak pun confirm suka. Bila buat sendiri mama papa boleh tambah sayur dalam bahan-bahan secara tak langsung anak yang tak suka makan sayur pun akan makan sayur. Selamat mencuba!
Bahan-bahan;
4 ketul dada ayam
1/2 batang lobak merah potong nipis
3 batang daun sup
1 ulas bawang besar dihiris nipis
3 ulas bawang putih
Sedikit garam
1 sudu stok ayam(boleh guna 1 ketul kiub ayam)
Sebiji telur
3 sudu tepung jagung
Sedikit daun oregano
Sedikit serbuk lada hitam
Cara Penyediaan;
Masukkan semua bahan dalam blender.Blender sampai lumat.
Bahan yang telah siap diblender.
Jika adunan terlalu pekat dan padat boleh masukkan sedikit air supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam plastik. Gaul rata.
Masukkan ke dalam plastik
Masukkan separuh adunan ke dalam plastik dan pastikan tak penuh takut melimpah masa ditekan nanti.
Potong sedikit bahagian hujung plastik
Masukkan adunan dalam plastik aiskerim.Pastikan bahagian hujung lagi satu plastik telah digunting untuk mengelakkan tekanan dan memudahkan adunan dimasukkan. Bila siap ikat kedua hujung plastik aiskerim.
Untuk yang tak suka guna plastik aiskerim boleh bungkus guna daun pisang atau aluminium foil.
Paipkan adunan memanjang mengikut kesesuaian.Gulung kemas dan ikat bahagian hujung gulungan tadi.
Adunan yang telah siap dibungkus.
Sosej yang telah siap dikukus.Angkat dan sejukan.
Buka bungkusan tadi. Jika banyak bolehlah disimpan didalam bekas dan difrozenkan. Boleh masak bila2 suka.
Panaskan minyak dan boleh digoreng. Boleh dibakar guna pan atau oven.
Balik-balikkan. Goreng sampai kekuningan. Dah sia bolehlah diangkat.
Sosej yang telah siap digoreng. Sosej kegemaran anak-anak. Lebih baik buat sendiri sebab kita tau isi kandungannya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nelydia Senrose hamil selepas 7 tahun penantian. Ketahui kisah penuh kehamilan pertama beliau, pengalaman alahan dan detik penuh emosi yang menyentuh hati.