Bukan Biasa-Biasa Tapi Donat Bersantan, Super Lembut & Berlemak, Awesome!

Share

Donat biasa mungkin sudah biasa untuk kita, namun donat yang satu ini sedikit istimewa. Donat dengan gabungan santan di dalam kandungan bahannya buat adunan jadi lebih halus, lembut dan berlemak.

Resipi perkongsian Lina Thomas ini cukup unik kerana menggabungkan santan yang membuatkan rasa donat berbeza malah berlemak. Nun dari kejauhan, wanita yang menetap di Amerika Syarikat ini kongsikan resipinya untuk anda cuba. Terbaik!

Resipi wajib cuba:Cara Paling Senang Masak Nasi Arab, Ibu Ni Kongsi Resipi Lengkap Step By Step, Patutlah Viral!


Salam 2 Ramadan dari kejauhan. Menu kuih buka puasa kami hari ini – Donut Santan. Selamat berbuka puasa semua!

Bahan-bahannya:
500 gram tepung gandum
3 gram baking powder
60 gram gula halus
Secubit garam
1 biji telur
50 gram marjerin atau butter
11 gram yis mauripan
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air suam

Minyak masak
4 sudu makan shortening (optional)

Dalam mixer, satu kan semua bahan kering. Adunkan sebati, kemudian masukkan telur, santan dan air. Adun kan lagi sampai sebati.

Masukkan marjerin dan garam, adun lagi sampai elastik.

Timbang 40g, kemudian bentukan donut mengikut citasara masing-masing. Pastikan jari dan dulang untuk susun donut yang sudah dibentuk bertepung sedikit.

Tutup dengan kain lembab, rehat kan selama 40 minit atau naik sehingga 2 kali ganda, celup jari dalam tepung dan tekan di tengah adunan buat sampai habis, rehat kan lagi 10 minit tanpa di tutup.

Panaskan minyak, masukan 4 sudu besar shortening dalam minyak. goreng di dalam minyak yang sederhana banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Balik kan sekali aje ye, baru dapat ring.

Angkat dan toskan.

p/s: Dalam adunan yang sama boleh juga buatkan Burger Malaysia. Adunan ni juga boleh hasilkan 18 biji donat/burger malaysia. 

Selamat mencuba!

Resipi wajib cuba: Sedapnya Minum Air Katira Masa Berbuka, Yang Ni Versi Jimat Pantas, Senang Je Nak Buat!

Published by
SRM