Memilih pasangan bukanlah satu hal yang mudah. Selain gerak hati yang berikan Allah, kita juga perlu bijak menilai mana pasangan yang serasi dengan kita malah sanggup hidup susah senang sepanjang bersama. Bukan mudah. Bukan hanya sekadar suka dan terus berkahwin tetapi perlu melihat latar belakang keluarga jika mahu kehidupan aman bahagia.
Ini yang cuba dikongsikan oleh Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera di instagram miliknya. Benar, berkahwin bukan satu keputusan mudah. Malah nak pilih pasangan pun perlu melihat pelbagai krateria. Nak mudah ikut sahaja kriteria yang digariskan oleh agama kita sebagai panduan.
4 KRITERIA MEMILIH PASANGAN
Rasa-rasanya sejak sekolah lagi kot kita dah diajar mengenai perkara ni. So ia bukan rahsia la. Nak pilih pasangan kenalah betul-betul. Bukan pilih pasangan tu je semata-mata, tetapi pilih keluarga dia juga.
Ade 4 kriteria nak pilih pasangan ni.
1) AGAMA – Aspek terpenting untuk menjanjikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Pilihlah pasangan yang mengamalkan ajaran agama Islam.
2) KECANTIKAN / KETAMPANAN – Beauty lies on the eyes of the beholder. Ukur kain di badan sendiri sama. Korang sendiri rasa ok, ons jelah. Takyah dok compare dengan orang-orang kat IG, tambah filter je muka diorang tu.
3) KETURUNAN – Keluarga berperanan besar untuk mempengaruhi ilmu, akhlak, dan keimanan seseorang. Kalau ada problem dengan wife nanti, mesti dia block no phone atau unfollow IG etc. So, si suami kenalah berhubung dengan keluarga mertua dia la kan. So, berbaiklah dengan keluarga mertua sama. Family mertua mesti akan support kita kalau kita betul-betul. Yela, kan kita pun akan menyambung nasab keturunan depa juga (melalui anak-anak kita).
4) HARTA – Pilihlah pasangan yang setara harta dan darjat/status sosial. Ini pun boleh jadi isu. Ada yang rasa superior atau ada yang rasa inferior kang. Banyak salah faham terjadi sebab isu ni.
Ni sebenarnya 4 kriteria yang Rasulallah SAW pesan kat kita. Just sebagai peringatan semua.
Elak kongsi cerita rumah tangga di media sosial
Berkongsi tip, melalui instagramnya Dr Izzar juga sempat berpesan kepada pasangan berkahwin agar berhati-hati setiap kali memuat naik status di media sosial.
Malah beliau juga sempat berpesan jangan membandingkan isteri atau suami kita dengan orang lain. Belajar menerima pasangan kita seadanya malah sebaiknya cubalah menggembirakan hati isteri, barulah aman bahagia kehidupan berumah tangga kita. Itu yang sebaiknya.
“Kalau gaduh tu janganla dok post-post kat IG ayat-ayat deep perli isteri/suami. Jangan compare pasangan dengan orang lain.
Isteri always right. Happy wife, happy life. Kalau suami nak keluar main basketball, kasi jela tanpa had. Tu jela kot,” katanya lagi.
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina.
Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Join Pa&Ma D Parents Channel Telegram Pa&Ma D Parents
Menarik: Beri Masa Pada Keluarga Dikira Sedekah & Pahala, Itulah Rezeki Bahagia Kita -Ustaz Ebit Lew!