Anak-anak kecil kita cukup sukakan akan kuih yang satu ini. Uniknya resipi yang satu ini dihasilkan daripada gabungan buah labu yang rasanya lebih manis dan berlemak daripada donat biasa.
Jika sebelum ini labu sering dijadikan jejari atau bebola labu, kini kreatifkan resipi anda dengan menjadikan donat labu manis seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Farisha Sofea di facebooknya. Cukup kreatif dan unik.
Hujung minggu ini, apa kata kita cuba!
Bahan Bahan :
Bahan A :
200g tepung roti
300g tepung gandum
80g gula kastor
1 sk yis
10g pelembut roti ( dekat bakeri ada jual )
Bahan B :
1 biji telur
300g labu ( dah direbus dan dilenyek )
Bahan C :
1/4 sk garam halus
50g marjerin
Bahan D :
1/4 cawan air
Di dalam mangkuk, satukan Bahan A dan kacau sebati. Masukkan pula Bahan B , adun rata. Masukkan Bahan C dan uli sebati. Tambahkan Bahan D sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh yang lembut.
Perapkan adunan selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda. Tumbuk tumbukkan doh untuk membuang angin.
Kemudian ambil sedikit doh dan bulat bulatkan, boleh juga dicanai dan diterap menggunakan acuan.
Sementara itu panaskan minyak. Biarkan doh mengembang dan ringan sebelum digoreng.
Balikkan doh apabila bahagian bawah telah masak. Apabila kedua dua bahagian telah berwarna keemasan , angkat dan toskan.
Sejukkan seketika sebelum disalutkan dengan gula. Siap sedia dihidang.
Gebu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Muffin Pisang Tak Perlu Guna Mixer, Sesuai Buat Bekal Anak Sekolah
Kalau selalu makan muffin coklat, apa kata kali ini mama buat pula muffin pisang. Selalunya bila hendak buat kek, peralatan yang mesti ada mestilah ketuhar atau periuk kukusan. Bagaimanapun ramai juga yang tidak memiliki mesin pengadun @ mixer.
Bagi mama yang sentiasa rajin membuat kek, mesin ini tentunya ada di rumah tapi bagi yang sesekali sahaja membuatnya, pasti merasakan ia tidak terlalu diperlukan. Bagi mama yang tidak memiliki mesin pengadun, resipi muffin pisang ini sesuai untuk mama.
Sukatan bahan untuk resipi ini menggunakan sukatan metrik. Jika 1 sudu kecil, ia bermaksud 1 sudu kecil metrik. 1 cawan pula bersamaan dengan 150 ml minyak masak. Guna cawan yang sama untuk menyukat pisang dan tepung gandum juga ya!
Resipi Muffin Pisang Tak Perlu Guna Mixer
BAHAN-BAHAN:
1½ cawan pisang (dilecek)
3 biji telur
½ cawan gula perang
½ cawan gula putih
2 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
Chocolate chips
Sesuai Buat Bekal Anak Sekolah
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian ayak dan ketepikan.
2. Dalam bekas bersesuaian, kacau gula, telur, esen vanilla dan ovalette hingga sekata.
3. Kemudian masukkan pisang dan minyak masak. Kacau lagi hingga rata.
4. Masukkan bahan-bahan tepung yang telah diayak tadi. Kaup balikkan hingga sebati.
5. Sudukan bancuhan muffin ke dalam cawan kertas atau acuan. Taburkan chocolate chips dengan secukupnya.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 150C-155C dan bakar muffin selama 20-24 minit (masa mungkin berlainan bergantung oven masing-masing)
7. Inilah hasilnya. Nampak menyelerakan.
NOTA:
1 sk=1 sudu kecil metrik
1 cawan = 250ml minyak masak. Guna cawan yang sama untuk sukat pisang dan tepung gandum.
Kredit resipi & foto: Zainoor Aliza Ali
Baca artikel lain yang berkaitan: Muffin Puding Roti & Sos Mangga Untuk Bayi 8 Bulan, Bakar Guna Air Fryer Je
Muffin Cake Pasta Untuk Bayi 8 Bulan, Hanya Kukus 5 Minit Siap Untuk Dihidang! Simpel & Sedap
Muffin Larva Coklat Cadbury. Tak Perlu Mixer, Kacau Je Semua!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Lost Generation’? Anak-Anak Kita Makin Ketinggalan Dalam Pelajaran, Mak Ayah Perlu Usaha Lebih!
Melihat anak-anak yang masih bersantai di rumah sambil menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru melalui atas talian, terselit rasa bimbang dalam hati. Di manakah nasib masa depan anak-anak kita kelak?. Bagaimana kelak mereka boleh berdepan untuk menambah ilmu semula selepas hampir tiga bulan duduk di rumah. Pelbagai persoalan mula bersarang di minda seorang wanita bergelar ibu.
Timbul kegusaran dalam kalangan pelajar dan juga ibu bapa, adakah pembelajaran dalam talian memberi kesan yang sama seperti pembelajaran formal di dalam kelas?
Krisis Covid-19 yang melanda dunia pastinya tidak akan berakhir sehinggalah penemuan vaksin di mana jangkaan awal senario ini hanya akan berlaku sekitar tahun hadapan.
Adakah anak-anak kita perlu meneruskan pembelajaran dalam talian walhal pelbagai isu timbul akibat pembelajaran tidak formal ini seperti pelajar yang tidak mempunyai akses internet, pelajar yang tiada peranti malah kesukaran guru dan ibu bapa memantau prestasi pelajar menjadi persoalan yang masih belum berakhir.
Ketiadaan proses pembelajaran dua hala sebaliknya hanya membuat kerja rumah pastinya akan membuatkan anak-anak kita sedikit ketinggalan.
Menurut Pakar Epidemiologi dan juga Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur, Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud; seperti yang dikongsikan oleh Astro Awani, terdapat dua perkara utama perlu diteliti sebelum sekolah dan IPT dibuka semula.
Persediaan rapi SOP normal baharu
Pelbagai SOP baru dikeluarkan kerajaan demi memastikan anak-anak kita benar-benar selamat untuk kembali ke sekolah sedikit masa lagi. Semua ini bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka selepas lebih 3 bulan berada di rumah.
Dengan melihat contoh beberapa negara yang sudah mula membuka kembali sekolah seperti di Perancis, Norway dan Denmark, mereka melaksanakan penjarakan sosial dengan berkesan, merekodkan suhu dan menghalang pelajar yang bergejala untuk hadir ke sekolah sama sekali.
Negara-negara ini mempunyai kelebihan apabila sumber mereka agak kukuh dari segi kewangan, kakitangan sokongan, guru serta jumlah kelas yang kecil berbanding saiz kelas sekolah awam di negara kita.
Bagaimana dapat dilaksana di negara kita?
Perancangan rapi serta sumber tenaga kerja dan sumber kewangan yang mencukupi amat diperlukan untuk melaksanakan kesemua ini dengan sebaiknya. Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah normal baharu, sekolah dinasihatkan membangunkan SOP sendiri di mana melaksana sistem penggiliran bagi memastikan saiz murid yang lebih kecil. Pelajar anak-anak golongan barisan hadapan dan golongan B40 perlu diutamakan selepas keutamaan diberikan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
Malah menurut Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud lagi, sanitasi kawasan dan perkakasan sekolah perlu dilakukan dengan kerap. Ini memerlukan dana yang cukup dari kerajaan untuk membolehkan pihak sekolah dan IPT memberi tender kepada kontraktor kecil yang diberi tanggungjawab menjalankan proses nyahkuman di kawasan sekolah.
Laksanakan sistem penggiliran, apa nasib pelajar lain?
Pelajar yang perlu meneruskan pembelajaran dalam talian perlu diberi sokongan peralatan serta memastikan hanya mereka berada dalam lingkungan kawasan yang mempunyai kemudahan perkhidmatan internet sahaja boleh meneruskan cara pembelajaran sebegini.
Tiada peranti? Peranti diberi pinjaman oleh pihak sekolah atau IPT. PTPTN juga boleh memberi sokongan pinjaman kewangan jika pelajar perlu membeli peranti bagi tujuan tersebut.
Waktu pembelajaran dalam talian perlu mengikut jadual, diberi penekanan dan pemantauan berterusan dari pihak tenaga pengajar.
Tenaga pengajar tiada pengalaman menjalankan pembelajaran dalam talian? Kursus, kursus, kursus. Guru dan pensyarah IPT juga perlu diberi sokongan, gunakan masa yang ada sekarang untuk menambah kepakaran dalam bidang tersebut. Ini masa untuk mengubah paradigma menerima normal baharu. Tenaga pengajar perlu bersedia kemungkinan pembelajaran dalam talian diubah menjadi cara pembelajaran utama di masa akan datang.
Sudah hampir tiga bulan, pelajar duduk di rumah. Mereka tidak mendapat pendidikan formal dan kehilangan masa yang cukup berharga untuk menimba ilmu pengetahuan. ‘Restart’ belum tentu boleh ‘catch up’.
Malah sekiranya ia dibiarkan tanpa diberi perhatian sewajarnya, kita mungkin berhadapan isu ‘lost generation’, impak terburuk akibat krisis COVID-19 yang perlu kita elakkan sama sekali.
Artikel menarik: Semua Taska Dibenarkan Beroperasi Serta Merta Tiada Isu Ibu Bapa Yang Tak Boleh Bekerja Kerana Perlu Menjaga Anak!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Egg Salad Cucumber Boats, Menu Diet Mudah, Makan Banyak Pun Tak Ada Hal!
Selepas penat beraya, pastinya kita memilih untuk mencuba menu mudah disamping kembali berdiet selepas ‘cheat day’ ketika raya. Sesekali berkreatif, apa kata mama cuba resipi diet mudah ini.
Resipi perkongsian Shahmila Radha ini mama yang sedang berdiet boleh cuba. Sangat mudah. Tak hairanlah perkongsian sampai 5 ribu. Hebat!
EGG SALAD BELL PEPPER OR CUCUMBER BOATS
Menu diet ni, serious sedap gila. Simple dan senang nak buat,semuanya guna fresh ingredients. Nak makan banyak pun boleh!! Sesuai untuk sesiapa yang nak turun berat badan ataupun nak maintain kurus.
Bahan-bahan:
4 biji telur -direbus
2 sb yogurt
Sedikit mix herbs
Sedikit cayenne pepper
Parsley
1 sb air lemon atau air limau
Garam
Chili flakes atau black pepper
First, belah tengah timun dan bell pepper. Scoopkan biji dan bersihkan.
Rebus 4 biji telur, masukkan garam, 2 sudu besar yogurt, mix herbs, cayenne pepper,parsley, 1 sudu besar perahan air lemon (limau nipis pun boleh), (suka perasakan add on chili flakes or black pepper).
Hancurkan telur dan gaul sebati semua bahan. Adjust rasa ikut anak tekak masing-masing.
Letak salad atas bell peppers dan isi dengan telur tadi. Timun pun sama.
Tabur parsley dan chili flakes kalau nak extra pedas. Siap!
Boleh buat untuk breakfast, lunch, dinner or sebagai snek!
Selamat mencuba!
Menarik: Bubur Sup Ikan Merah, Sarat Dengan DHA, Bagus Untuk Otak Bayi
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI