Bukan Gurauan Kalau Lagak Anak Hisap Vape Ini Direkod. Mak Ayah Patutnya Risau!

Share

Perkongsian video berdurasi 20 saat yang memaparkan seorang bayi berusia antara dua atau tiga tahun sedang menghisap pod (vape) dengan lagak seperti orang dewasa menerima kecaman netizen selepas tular di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh seorang pakar perubatan, Dr Khairul Hafidz di Twitternya meraih lebih 162,000 tontonan video.

Melalui posting itu, Dr Khairul juga berkata, situasi berkenaan amat menyedihkan dan kesal terhadap sikap ibu bapa anak kecil itu.

“Ibu bapanya seakan-akan memberi galakan dan mendedahkan anak mereka kepada perkara yang tidak sihat pada usianya yang sangat muda.

“Ini merupakan satu kejadian yang amat menyedihkan. Adakah kita mahu perkara seperti ini dianggap perkara yang biasa?

“Adakah kita mahu mempertaruhkan masa depan mereka? Sayangi keluarga kita.. sayangi anak-anak kita…#StopVaping #StopSmoking,” luahnya di Twitter

BACA [Bahayanya Kalau Bayi Dan Anak Kecil Terdedah Pada Sisa Asap Rokok Walaupun Tak Dihisap Dalam Rumah]

Ramai netizen bersependapat bahawa ibu bapa anak berkenaan tidak sewajarnya membiarkan anaknya menghisap vape.

Tak fikir masa depan anak

Sumber: Twitter Khairul Hafidz

Published by
Wan Amy