Bukan Hanya Beri Duit Untuk Hargai Isteri & Anak, Hadiah Ini Pun Patut Suami Fikirkan

Share

Berkahwin dan memiliki anak. Ini antara impian bagi setiap individu apabila mereka rasa mampu untuk menjalankan tanggungjawab setelah mempunyai kewangan yang kukuh dan pekerjaan yang menjamin masa depan.

Bagi pasangan yang dah mendirikan rumah tangga, keperluan keluarga akan menjadi nombor satu apabila mempunyai anak. Bukan setakat memiliki kereta atau rumah tetapi adakah anda terfikir keperluan perubatan keluarga juga antara yang terpenting sejak kebelakangan ini?

Rata-rata masyarakat kebanyakannya tidak ambil kisah mengenai perlindungan perubatan keluarga atas alasan bukannya selalu digunakan. Memang betul tapi adakah kita bersedia jika sesuatu penyakit itu datang secara mengejut dan memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Berikut antara kriteria yang perlu anda fikirkan untuk kesejahteraan ahli keluarga demi masa depan yang baik.

Peningkatan pelbagai jenis penyakit

Sering kita dengar di media massa peningkatan pelbagai jenis penyakit seperti denggi, virus influenza misalnya H5N1, virus Zika dan sebagainya tidak kira usia sentiasa berlaku hinggakan ia menjadi ketakutan dalam masyarakat.

Disebabkan itu, pentingnya pembiayaan terhadap penjagaan kesihatan dan ia perlu dilihat sebagai antara aspek penting dalam kalangan masyarakat hari ini.

Seperti di negara barat, pembelian insurans perubatan dan kesihatan dilihat satu langkah yang baik kerana ia turut menyokong sistem pembiayaan penjagaan kesihatan mereka menjadi lebih berkesan dan teratur. Sepatutnya situasi ini pun perlu berlaku di Malaysia.
Pembelian insurans perubatan dan kesihatan mampu menjadi pelengkap kepada sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang sedia ada.

Seperti yang anda ketahui, peningkatan pelbagai jenis penyakit sekarang ini sesuatu yang perlu diambil serius. Walaupun kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia, tetapi dengan pelbagai virus yang ada di sekeliling bila-bila masa sahaja ahli keluarga kita berisiko untuk berjangkit.

Kos rawatan perubatan hari ini mahal

Semakin maju negara, peningkatan kos rawatan perubatan setiap tahun juga meningkat. Hakikat ini harus diterima kerana ia sejajar dengan kemajuan yang berlaku dalam setiap aspek.

Tetapi adakah kita terfikir, jika kos rawatan perubatan ini terus meningkat ia akan menjadi satu bebanan untuk ahli keluarga mendapatkan rawatan terbaik.

Sebagai contoh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil berdepan situasi anak sakit itu biasa. Namun jika tidak mendapat rawatan yang baik semestinya menjejaskan kualiti hidup ahli keluarga.

Jadi sebagai penyelesaian untuk jangka masa panjang, sebaiknya anda memikirkan langkah yang terbaik dan membuat perancangan dengan mengambil polisi insurans perubatan keluarga untuk kepentingan bersama.

Hadiahkan ahli keluarga dengan AXA eMedic

Bagaimanakah nak pastikan kepentingan perubatan ahli keluarga tidak membebankan perbelanjaan bulanan? Ini yang ramai suami isteri selalu suarakan kerana bimbang kewangan tak mencukupi.

Sebelum anda rasa terbeban, perlu diketahui ada pelan perubatan keluarga yang mesra dan mampu milik serta sangat berbaloi. Walaupun bayarannya rendah tapi manfaatnya sangat besar.

Bagi yang masih tercari-cari kad perubatan, AXA eMedic antara yang terbaik. Kenapa ia dianggap sedemikian kerana kad perubatan AXA eMedic ini boleh di mohon secara dalam talian. Mudah dan boleh siap dalam 5 minit.

AXA eMedic merupakan kad perubatan 100% atas talian yang pertama di Malaysia. Anda boleh memilih pelan, menyemak harga dan membuat bayaran hanya dengan beberapa klik!
Bukan itu saja, AXA eMedic juga adalah pelan yang patut dimiliki bagi anda yang mencari kad perubatan pertama atau perlindungan tambahan di atas pelan yang sedia ada.

AXA eMedic tawar pelan keluarga

Sebagai ibu bapa semestinya anda akan memilih pakej yang lebih jimat dan mempunyai banyak manfaat kan? Kini AXA eMedic turut menawarkan pelan keluarga. Hanya dengan RM150 sebulan untuk empat ahli keluarga ia melindungi keluarga anda dengan liputan tahunan sebanyak RM100,000 setiap orang.

Paling penting sangat cepat dan efektif kerana boleh siap kurang dari 10 minit dan tidak memerlukan pemeriksaan perubatan.

Jika anda membeli insurans bagi satu keluarga dalam satu bil, rebat sebanyak 5% akan diberikan untuk pakej keluarga. Selain itu, 5% lagi rebat akan diberikan sekiranya pembayaran penuh dibuat untuk tempoh setahun.

Kelebihan bagi pemegang insurans AXA eMedic juga anda tidak perlu membuat pembayaran tunai jika dimasukkan ke hospital kerana semuanya akan diuruskan. Sangat-sangat berbaloi!

Bayar RM37 sebulan dah boleh dapat!

Apa yang best dengan AXA eMedic ini adalah harga yang ditawarkan sangat-sangat murah dan mampu milik. Dengan pelan premium serendah RM37 sebulan dah mampu miliki kad perubatan ini dengan had tahunan sehingga RM100,000 seorang. Untung kan! Jadi tak ada masalah untuk membuat simpanan dan berbelanja dengan wang selebihnya.

Lagi satu sebab kenapa anda sebagai ibu bapa kena pilih AXA eMedic ini adalah kerana anak umur seawal 15 hari dah boleh memohon kad perubatan ini sehinggalah orang dewasa umur 49 tahun. Lagi awal anda beli, lagi besar manfaatnya serta pelan ini boleh diperbaharui sehingga umur 80 tahun.

Tak perlu pemeriksaan kesihatan

Bagi yang memohon AXA eMedic, anda tak perlu pun buat pemeriksaan kesihatan. Ini untuk memudahkan pemohon mendapatkan kad tanpa perlu melalui proses yang rumit dan lambat. Hanya beberapa soalan ringkas terus siap.

Kiranya tak rugilah anda memilih AXA eMedic kerana pelbagai manfaat ditawarkan pada harga murah dan mampu melindungi seluruh ahli keluarga. Info lanjut mengenai AXA eMedic klik link ini www.axa.com.my untuk dapatkan keterangan lanjut.

Published by
Wan Amy