Selain rasa, bentuk dan rupa satu-satu makanan itu memainkan peranan penting untuk menarik perhatian anak-anak kecil kita untuk makan. Bayi yang sedang membesar sudah bijak menolak satu-satu makanan yang diberikan dan kepelbagaian dalam mencipta resipi kreatif perlu dilakukan sewajarnya.
Mama perlulah lebih kreatif dalam berkarya di dapur. Resipi Bebola Nasi Celup Tepung ini antara yang disyorkan kerana ringkas cara pembuatannya. Resipi perkongsian Puan Farisha Sofea menerusi grup Geng Memasak Untuk Anak ini mama boleh cuba.
Bebola yang dicelup dengan tepung dan telur ini sememangnya buat anak kenyang. Bagi anak yang tidak makan nasi, menu ini boleh dijadikan pilihan. Jom cuba!
Bahan Bahan:
Bahan Cucur:
1 1/2 cawan nasi
1 biji telur
1/4 cawan sayuran hijau -dicincang
1/2 cawan isi ayam -dicincang
1 sk serbuk ikan bilis
Bahan Adunan Tepung :
2 sb tepung gandum
3 sb tepung beras
1/4 sk serbuk kunyit
sedikit air
Bahan lain:
Minyak untuk menggoreng
Satukan ke semua bahan cucur dan gaulkan sebati.
Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola. Ulang sehingga habis. Ketepikan seketika.
Di dalam bekas lain, satukan ke semua bahan adunan tepung kecuali air. Kacau sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit.
Adunan mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Di dalam kuali, panaskan minyak kemudian celupkan bebola tadi ke dalam adunan tepung.
Ggoreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Siap.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI