Biasa kita dengar senaman Kegel hanya untuk kaum wanita sahaja. Rupanya para suami boleh sama-sama mengamalkan senaman ini kerana ia cukup baik untuk suami isteri.
Tak susah pun, tengok relaks-relaks bersantai depan rumah pun boleh bersenam macam ni. Bersenam sama-sama. Ini yang dikongsikan oleh Dr Erna Nadia.
Senaman yang bagus untuk lelaki dan wanita. Senaman kemut aka senaman untuk menguatkan otot otot di bahagian pelvis dan bantu menguatkan rahim untuk wanita.
Nama penuh dia adalah senaman Kegel. Gambar ini saya ambil dari Google sahaja.
Saya suka sebab dia tunjuk cara macam mana nak buat dan apa faedah yang ada kita dapat jika kita amalkan setiap hari.
Selain dari cara di bawah, cara lain adalah dengan kemut sahaja. Macam kita nak tahan buang air kecil tu. Duduk tegak dan rileks. Tarik nafas lepas nafas dengan rileks.
Ads
Kemutlah dan tahan sehingga 10 saat kemudian lepas perlahan. Ulanglah buat 10-30 kali. Buatlah 1-3 sesi setiap hari.
Mudah je kan? Bahagian pelvik dan rahim kita ini diperbuat daripada otot. Jadi seperti anggota badan lain, nak kuatkan otot, nak anjalkan otot, perlulah bersenam.
Untuk lelaki, ianya membantu kuatkan otot di bahagian pelvik/pinggul supaya tak mudah kena angin pasang, bantu untuk sokong organ badan lain, kurangkan masalah kencing tak lawas, bantu kurangkan masalah prostate dan membantu dalam hubungan kelamin.
Untuk wanita pula, bantu kuatkan rahim so kurang risiko kena tombong/rahim jatuh, kurangkan rasa sakit sewaktu nak datang period, bantu kurangkan sakit belakang, bantu mudahkan untuk bersalin, bantu tingkatkan kesuburan dan bantu dalam hubungan kelamin.
Ads
Simple exercise but a lot of benefits, kan? Duduk kat klinik/office Duduk dalam kereta
Tengah lepak depan tv ke dengan kawan kawan pun boleh selit selit buat.
Cuma jangan buat masa tengah nak buang air kencing/tahan kencing, masa kontraksi nak bersalin, atau masa tengah buat kerja ke apa. Buat semasa anda sedang dalam keadaan rileks.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu dengar ramai ibu-ibu yang sembelit time pantang. Eh jangan buat main-main tau sembelit masa pantang ni risiko dia besar. Kadang ada yang boleh sebabkan sembelit sampai berdarah.
Ada sesetengah ibu yang bersalin jadi trauma bila alami sembelit teruk sampai rasa seram nak membuang. Orang kata kalau nak cepat baik luka jahitan tu kena elakkan push time membuang.
Perkongsian dari Puan Aizah Zarirah untuk tip sembelit masa pantang boleh membantu ibu yang risau nak buang air besar.
Macam akak lepas bersalin, benda paling takut ialah “alamak, macam mana nak membuang, dah la jahitan baru lagi, boleh ke?”
Kalau pengalaman sayalah, doktor memang akan bagi ubat minum pelembut najis. Jadi untuk mommy tak payah risau ye. Kalau doktor tak bagi boleh beli dekat farmasi. Masa dekat hospital hari tu, serius ubat pelembut ni memang membantu sangat-sangat. Jadi kita tak perlu risau jahitan luka/terkoyak sebab bila dah consume ubat pelembut tu, mommy akan rasa perut tu macam nak cirit-birit. Pernah kena cirit birit tak? Bila cirit birit, tak boleh nak tangguh-tangguh, haa macamtu jugak bila makan ubat pelembut doktor bagi ni.
Jadi, selain ubat doktor ini adalah tip-tip macam mana akak rawat dan elakan sembelit masa pantang jadi lebih teruk. Kalau mommy-mommy ada pengalaman boleh la share.
Tip untuk rawat sembelit yang mungkin boleh diamalkan
Pemakanan. Kena jaga pemakanan semasa dalam pantang. Banyakkan ambil makanan yang berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran. Masa pantang tak banyak sayur yang boleh makan kan, kalau macam saya, hari-hari lah makan sayur sawi. Nasib memang hantu sayur. Tak boleh kalau dalam sehari tak makan sayur! Tak lengkap.
Suplemen. Suplemen memang banyak membantu terutamanya kalsium dan detox. Detox dia akan bawa najis kita terus parking ke usus besar dan kalsium pulak memang melawaskan. So bila dah membuang, badan u pun akan rasa lebih ringan dan rasa lebih sihat!
Minum air putih banyak-banyak. Orang dulu-dulu tak bagi minum air banyak takut bawah tu kembang, tapi cara yang betul ialah nak minum banyak tu boleh tapi sekali minum ialah minum sikit-sikit tapi kerap. Lagi-lagi kalau ibu yang menyusu badan, air memang no 1 kena lebih, perlu minum air yang cukup untuk hasilkan production susu yang banyak. Air yang cukup bantu elakkan najis jadi keras.
Guna toilet jenis duduk. Kalau jenis cangkung macam bahaya jugak rasanya.
Tak makan nasi baru boleh turun berat. Ini yang selalu kita cakap semata-mata nak pastikan berat turun cepat dan dapat semula saiz baju idaman seperti zaman sebelum kahwin.
Apabila sentuh bab berat badan ni, ramai yang seakan fobia. Kebanyakan berlaku pada golongan wanita yang dah berkahwin dan sudah mempunyai anak. Ini kerana apabila mengandung dan melahirkan anak, lemak-lemak seakan dah sebati. Payah pula nak buangnya.
Hingga sampai satu masa, golongan ibu mulalah nak berdiet dengan tak mahu nasi demi untuk dapat berat ideal. Persoalannya adakah nasi bersalah dalam pemakanan?
Seperti apa yang dikongsikan oleh Dietitian Fizah Sobri, pengambilan nasi perlu walaupun nak berdiet tapi perlu ikut portion yang betul. Diet tak salah tapi jangan sampai ‘menyeksa’ diri sendir.
TAK MAKAN NASI BARU BOLEH TURUN BERAT
Alamak penat nak jawab semula ni. Ingat yang menggemukkan adalah kalori berlebihan tak kisah ia datang dari mana sama ada lemak, protein atau pun karbohidrat.
Sebelum itu saya nak tanya
1. Berapa lama nak elak nasi?
Kita orang Malaysia makanan ruji adalah nasi. Ikut diet orang barat di mana nasi tu sangat jarang. Orang sana senang nak elak nasi, tapi ni pagi petang siang malam, dekat rumah, dekat tempat kerja, balik kampung, dekat kedai..merata toleh nampak nasi. Berapa lama nak elak nasi?
2. Enjoy kah diet begitu?
Bila elak makanan yang disukai diet jadi tak best. Tak seronok, sebab makan ni kan seronok.
Bila tahan-tahan akan ada masa bila rebound balik..makan balik semula nasi tapi bukan pada kuantiti terkawal dah jadi lebih-lebih sebab dah kempunan. Macam kita bila balik kampung kempunana masakan mak…hehehe
3. Rebound effect
Diet terlalu extreme bila dah stop berat yang hilang boleh datang balik bawak kawan-kawan lagi. Sebab kita elak 1 jenis makanan, bukan kawal kalori.
Pokoknya kita perlu kawal kalori secara keseluruhan…bukan elak 1 jenis atau 1 kelas makanan. Kalau elak tapi tak kawal kalori masih takkan capai target berat. Sebab bila elak nasi tapi ganti dengan sumber karbohidrat lain sama saja kalori.
1 senduk nasi yang rata (macam dalam gambar) kandungan kalori sama dengan (75kcal sesenduk)
– 1 keping roti (putih/wholemeal)
– 1 senduk meehoon/kuehteow/mee
– 1 biji kentang/ubi saiz penumbuk
– 3 sudu oat/tepung
Maka kalau anda elak nasi tapi tak kawal sumber kalori lain sama juga ceritanya.
Ikut saja suku suku separuh. Kenyang sambil kawal kalori dan boleh pastikan cukup zat serta puas makan. Kita mesti enjoy life. Janganlah strict sangat ye.
Nah rupa nasi atas pinggan
Biasa ambil berapa senduk tu?
Ikut tak suku suku separuh
Kulit kemerah-merahan terutamanya di bahagian pelipat seperti leher, lengan termasuk juga muka memang sering terjadi kepada bayi yang masih kecil. keadaan tersebut yang dikenali sebagai ruam peluh yang biasa berlaku kepada masyarakat yang tinggal di negara panas dan lembab seperti Malaysia.
Satu perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di Facebook miliknya, doktor umum ini menerangkan apa itu ruam peluh dan jenis-jenisnya. Dalam perkongsian tersebut juga, Doktor ini turut memberikan beberapa tip untuk merawat ruam peluh yang dihadapi oleh bayi anda.
RUAM PELUH
Keadaan penyakit ini dinamakan “Miliaria” atau juga dikenali sebagai “ruam peluh”. Miliaria adalah penyakit biasa dalam masyarakat seperti kita, tinggal dalam cuaca yang panas dan lembap.
Ia bermula dari peringkat kanak-kanak dan bayi kerana punca masalah ini ialah apabila kelenjar peluh tidak dibentuk dengan sempurna atau pengaruh makanan yang menyebabkan ia mudah tersumbat. Maksudnya terdapat sumbatan pada saluran dari kelenjar peluh ke permukaan kulit.
Bergantung kepada di mana punca sumbatannya, miliaria terbahagi kepada tiga iaitu Miliaria Crystalline, Miliaria Rubra dan Miliaria Profunda.
1. MILIARIA CRYSTALLINE
Sumbatan saluran peluh berada di permukaan kulit. Selalunya pesakit mengalami kulit yang mempunyai seperti kutil-kutil kecil di kulit. Biasanya tiada ruam dan gatal.
2. MILIARIA RUBRA
Bintik-bintik merah yang biasa berlaku di lipatan lengan, atau tangan dan lengan, di dada, leher dan bahu. Sumbatan pada permukaan kulit yang lebih dalam sehingga menyebabkan kebocoran peluh ke dalam lapisan epidermis, sehingga menyebabkan reaksi keradangan. Ia sering disertai dengan gejala tetapi dalam kawasan terjejas kurang berpeluh kerana kebanyakan peluh ‘bocor’ di dalam permukaan kulit. Selalunya berlaku pada lelaki yang berumur kurang 40an.
3. MILIARIA PROFUNDA
Ruam peluh yang paling teruk ialah miliaria profunda, kerana ia mudah merebak ke suatu kawasan tubuh dan pesakit akan mengalami rasa panas seperti terbakar. Ini kerana sumbatan berlaku pada lapisan yang lebih dalam. Ruam dan rasa gatal berlaku dengan cepat apabila saja peluh mula keluar.
Bagaimana Merawat Ruam Peluh?
Bergantung kepada peringkat sumbatan itu berlaku, semakin dalam sumbatan itu berlaku semakin sukar untuk mengelak masalah ini ketika seseorang itu berpeluh.
Berikut adalah beberapa tips yang membantu :
Pastikan kulit sentiasa sejuk dan kering.
Boleh gunakan beberapa kream yang membantu masalah ini jika berlaku. Saya cadangkan kream aloevera atau kream aquous. Kedua-dua ini boleh dibeli di farmasi.
Minum air sebanyaknya dan segera mandi apabila selesai berpeluh.
Jangan biarkan kulit yang ruam itu menjadi kering, dan bernanah. Ini adalah tanda jangkitan kuman bakteria.
Elakkan menggunakan kream yang berasaskan minyak (oil based) tetapi dapatkan kream yang berasaskan air (water based).
Pakai pakaian yang lebih longgar bagi pengudaraan.
Bagi ubat-ubatan pula, tiada ubat yang boleh merawat masalah ini secara spesifik. Ini kerana semakin dalam sumbatan itu semakin sukar untuk dirawat. Doktor selalunya memberikan ubat antihistamine seperti Loratidine atau Piriton bagi mengurangkan kegatalan saja, bukan menghilangkan sumbatan yang berlaku. Jika ia tidak berkurangan selepas sebulan, saya mencadangkan agar bertemu dengan pakar kulit (dermatologist).
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.