Jika kita benar-benar tidak ada masa terluang bersama anak-anak, melakukan aktiviti kecil-kecilan di rumah juga sudah dikira memadai. Tak perlulah memperuntukkan waktu yang panjang seharian, membawa anak ke shopping mall dan sebagainya, cukup hanya beraktiviti di rumah.
Ada banyak aktiviti mudah yang boleh dilakukan di rumah dan memberi manfaat kepada anak-anak kita. Salah satunya adalah meniti di atas titi atau ‘balance beam”.
Aktiviti yang satu ini sebenarnya bukan hanya menguji daya keseimbangan tubuh badan anak bahkan juga mengajar anak kecil menjadi lebih fokus dalam sesuatu perkara.
Menurut Puan Aisyah Kassim, Patalogi Pertuturan Bahasa, aktiviti sebegini dapat melatih anak mengimbangkan badan serta melatih kemahiran motor kasar anak.
Ads
Pernah tak ajar anak buat aktiviti macam ni? Berjalan atas “balance beam” @ titi. Aktiviti meniti bersama anak-anak?
Aktiviti ni bagus tau untuk latih keseimbangan badan, beri kesedaran tubuh, beri fokus dan koordinasi badan dan selain tu dapat tingkatkan kemahiran motor kasar dan dapat berikan latihan berjalan pada anak.
Ads
Masa jalan tu ajar anak berjalan pelahan-lahan, selangkah demi selangkah. Tak perlu jalan laju-laju pun. Minta anak depakan tangan untuk bagi mereka stabil.
Kalau anak baru nak belajar meniti, ibubapa boleh pegang tangan mereka dulu, tapi secara berhadapan. Mula-mula pegang kedua-dua tangan mereka, lepastu pegang satu tangan je. Bila anak dah mahir, boleh minta mereka meniti sendiri sambil ditemani ibubapa.
Bila buat aktiviti ni dengan anak, ibubapa jangan lupa selitkan input bahasa jugak tau untuk kita create komunikasi dua hala.
Ads
Apa nak sebut? Ibubapa boleh sebut “Naik” “Jalan” “Adik berjalan” “Adik jalan pelahan-lahan”. So lebih mudah untuk anak memahami dengan lebih jelas perkataan yang disebut oleh ibubapa berdasarkan kepada apa yang mereka buat ketika itu.
Dapat sesuatu tak dari perkongsian harini?? Hehehe. So boleh la mula bawa anak meniti ye. Main dengan anak sama-sama tau.
Selamat bermain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pakar laktasi kongsi tip menyusu bayi kembar, ramai mama risau susu tak cukup. Proses menyusukan bayi sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi selain tidak mudah berputus asa terutama kepada wanita yang kali pertama bergelar mama.
Menyusukan bayi semakin mencabar bila mama melahirkan anak kembar. Berbagai-bagai persoalan bermain di fikiran mama. Susu tak cukuplah, tak menyusulah dan sebagainya. Keadaan ini tentunya membuatkan mama susah hati bukan?
Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, pakar laktasi dan pengasas Lunatots, undang-undang asas dalam penyusuan susu ibu ialah semakin banyak susu dikeluarkan, semakin banyak susu akan dihasilkan.
Katanya, memang benar menyusukan seorang bayi memerlukan komitmen yang besar apatah lagi jika dua atau lebih! Namun ianya boleh dilakukan. Beliau memberikan lapan tip untuk ibu yang menyusukan bayi kembar. Semoga dapat membantu mama-mama terutama yang pertama kali bergelar mama.
MENYUSU MENGIKUT JADUAL
Cara menjimatkan masa untuk menyusu bayi ialah menyusukan kedua-duanya serentak setiap dua jam. Walau bagaimanapun, kadang-kadang salah seorang bayi tidak dapat mengikut jadual minum yang ditetapkan. Ada bayi yang lebih cepat lapar dan begitu juga sebaliknya. Jadi, perlulah disusukan mengikut permintaan (on demand) yang mana akan mengambil lebih komitmen masa dan tenaga ibu.
Ibu boleh menyusukan kedua-dua bayi on demand sebelah siang dan mengikut jadual pada waktu malam. Ketika bayi mengantuk waktu malam, lebih mudah bagi ibu memberikan kedua-duanya susu serentak dalam satu masa.
SOKONGAN BANTAL YANG SELESA
Bayi yang baru lahir biasanya bersaiz kecil dan memerlukan bantal sokongan yang besar ketika menyusu. Bantal berbentuk C yang dapat diletakkan di pinggang ibu membolehkan ibu menyusukan bayinya serentak dengan beberapa posisi. Penyusuan ketika berbaring agak sukar dilakukan semasa bayi masih kecil.
SELANG-SELI
Setiap bayi mesti disusukan sehingga habis satu payudara supaya mendapat susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk) yang dapat memberikan khasiat sepenuhnya kepada bayi.
Untuk sesi penyusuan seterusnya, berikan payudara yang berbeza kepada setiap bayi. Ini bagi latihan untuk stimulasi rangsangan pandangan mata bayi.
Bagi ibu yang mungkin seorang bayinya masih di unit penjagaan neonatal intensif (NICU) di mana hanya seorang yang dapat disusukan. Biasakan diri mengepam sebelah lagi payudara semasa bayi menyusu. Ia bertujuan untuk memberi rangsangan untuk meningkatkan bekalan kedua-dua payudara.
RISAU CUKUPKAH SUSU
Kerisauan tentang kecukupan susu untuk kedua-dua bayi akan membuatkan ibu tidak senang duduk. Ibu perlu percaya pada diri sendiri boleh melakukannya malah itulah yang terbaik untuk kedua-dua anaknya.
MUDAHKAN URUSAN MENYUSU
Beberapa tips yang membantu ibu menyusu dengan mudah ialah tidak memakai coli ketika mahu menyusukan. Ianya membantu mempercepatkan lekapan semasa diawal-awal kelahiran.
Bedung bayi dengan kain bedung yang membuatkan bayi lebih mudah dipegang ketika menyusu. Dapatkan bantuan suami dan ahli keluarga atau rujuk kaunselor laktasi sekiranya terdapat kesukaran dalam urusan penyusuan.
AMALAN PEMAKANAN SIHAT
Hormon oksitosin dikeluarkan untuk menghasilkan susu ibu semasa bayi disusukan. Hormon ini akan menyebabkan ibu cepat merasa dahaga. Minum air yang mencukupi dan makan makanan yang berkhasiat.
Dikatakan seorang bayi yang menyusu membakar 500 kalori setiap hari. Jika ibu ada kembar dua, ianya dua kali ganda!
Amalkan sayur-sayuran dan penggalak susu seperti halba. Elakkan makanan ringan yang membuatkan ibu kenyang dan tiada selera makan. Gantikan kudapan dengan buah dan biskut penggalak susu.
PERAH
Sekiranya ibu perlu berpisah dengan bayi, perah susu setiap tiga jam semasa perpisahan berlaku. Ini penting untuk memastikan payudara dikosongkan dan penghasilan susu dapat diteruskan walaupun ibu terpisah dengan bayi.
*Boleh ajar bayi minum susu badan di dalam botol ketika mama perlu ke hospital bila bayi kembar yang seorang lagi masih belum boleh keluar dari hospital. Minta sokongan ibu dan juga adik beradik perempuan.
MASALAH PENYUSUAN
Masalah penyusuan yang mungkin berlaku ialah seperti putih merekah (cracked nipple). Ia sering kali berlaku kerana posisi semasa menyusu. bagi ibu yang menyusu kembar. Ibu boleh merapatkan badannya, bersandar pada kerusi dan bayi menyusu semasa di atas bantal berbentuk C. Lekapan mestilah rapat dan tidak menyakitkan ibu.
Ibu juga memerlukan bantuan orang lain untuk memegangkan seorang lagi bayi sementara seorang lagi disusukan. Atau membantu menenangkan bayi jika ada yang memerlukan perhatian ketika seorang lagi bayi disusukan.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Izara Aisyah dan Adib Khalid yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi Instagramnya semalam.
Bahkan Izara juga turut memuat naik video Adib memangku bayi perempuan comel bersama anak pertama mereka, Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.
“Alhamdulillah, menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami.
“Terima kasih untuk doa,” tulis Adib ringkas menerusi ruangan komen.
Paling menarik perhatian pastinya reaksi comel anak sulung Izara, Irisa ketika pertama kali melihat adik perempuannya. Comel sekali.
Perkongsian Izara menerusi Instagramnya itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti dan peminat di ruangan komen.
Terdahulu, Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir yang telah pun selamat menimang cahaya mata sulung mereka tepat jam 3.40 pagi tadi.
Lebih menarik lagi, kelahiran penuh bahagia ini rupanya sama dengan kelahiran Mira sendiri iaitu pada 9 Syawal.
Menerusi Instagramnya, suami kesayangan Mira Filzah ini berkongsi perkhabaran gembira kelahiran itu malah turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana segalanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW.
“Isteri syurgaku, Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40 pagi,” tulisnya.
Menurut kata Emir, isteri dan anak lelaki mereka kini berada di dalam keadaan baik, sihat dan walafiat malah amat bersyukur ketika mendengar tangisan zuriat mereka buat pertama kali.
Dalam pada itu, Emir turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan isteri dan anaknya hingga detik melahirkan.
“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.
“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.
“May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA,” tulisnya berkongsi.
Ruangan komen pasangan ini turut dihujani dengan ucapan tahniah malah tidak sabar-sabar menanti perkongsian si comel kesayangan Mira dan Emir.
Terdahulu, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar disatukan pada 3 September 2020. Kehadiran putera sulung pasangan ini melengkapkan lagi bahagia mereka bersama. Tahniah Mira dan suami!
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!