Bukan Kek Batik Tapi Sediakan Puding Biskut Marie Untuk Anak, Tetamu Pun Boleh Tumpang Sekaki!

Share

Musim perayaan ni kek antara juadah paling popular dan mudah disediakan untuk tetamu. Malah anak-anak pun seronoknya bukan main bila mama buat keputusan untuk sediakan kek di rumah. Anak-anaklah paling seronok. Siap minta kek berwarna-warni.

Kalau bosan dengan kek, boleh sediakan puding yang ringkas dan senang disediakan untuk anak. Paling menarik, kek yang satu ni bukanlah kek batik, tetapi puding yang seakan kek batik.

Resipi perkongsian Nur Haziqah di Masak Apa Hari Ni (MAHN) ni memang unik. Bukan kek batik, sebaliknya resipi puding!

Foto: Nuhazkitchen

Ini bukan kek batik , tapi puding biskut marie. Rasa macam kek batik cuma tekstur puding. Resepi ni saya dapat dari group ni juga ( sorry tak ingat nama ) cuma saya olah ikut citarasa sebab nak dapatkan rasa lebih kaw gitu.

RESEPI PUDING BISKUT MARIE :

Bahan-bahan
• biskut marie original
• serbuk agar-agar 10gm (saya guna cap bunga raya)
• 2 1/2 cawan air
• 1 cawan fresh milk / susu cair
• 1/2 cawan susu pekat (kalau tak nak manis 1/4 cawan )
• 1/2 cawan tepung kastard
• 1 biji telur
• 120gm butter (nak guna marjerin pun boleh)
• 3 sb serbuk koko
• 12 sb milo

Foto: Nuhazkitchen

Cara-cara
• Blend fresh milk , susu pekat , telur dan tepung kastard sehingga sebati.
• Bancuh serbuk koko dan milo bersama 1/2 cawan air panas.
• Masak serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air sehingga larut. Kemudian tapis.
• Masukkan semula adunan agar-agar ke dalam periuk bersama mentega dan kacau sehingga cair.


• Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
• Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko dan milo kemudian kacau hingga pekat dan adunan meletup-letup menggunakan api kecil. Tutup api.
• Griskan loyang dengan minyak dan lapik plastik.
• Tuang adunan puding , nipis saja kemudian susun biskut marie.
• Tuang lagi adunan puding dan ulang sampai adunan puding habis.
• Sejukkan baru potong.

Selamat mencuba !

Published by
SRM