Bukan sahaja labu bahkan resipi yang satu ini turut dimasukkan nasi di dalam bahannya. Siapa sangka di dalam Pumpkin Stick atau Stik Labu ini turut dimasukkan nasi bertujuan untuk mengeyangkan nasi perut anak. Paling penting rasanya pun enak dan manis.

Bukan saja boleh dijadikan finger food anak yang memudahkan anak pegang untuk makan, bahkan perut anak pun kenyang. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Umairah Jamaah dengan nasi ini memang awesome. Jom cuba!

Bukan Kentang Tapi Labu Goreng Campur Nasi, Pumpkin Stick Homemade Ni Mama Wajib Cuba!

Labu ni antara sayur yang tinggi khasiat. Bagus untuk sistem penghadaman. Texture, rasa dan warna cukup memikat selera. Kak Mai yakin labu ni feverat anak-anak kecil kan. Nabi kita pun sangat sukakan labu.

Nah Kak Mai share resepi guna labu untuk dijadikan #FingerFood anak kita. Senang anak nak pegang sendiri sebab tak melekit-lekit.

IKLAN

Bahan-bahan yang digunakan :-
Labu -anggaran 1 cawan
Nasi -setengah atau 1 cawan
Tepung jagung 1-2 sudu
Air masak setengah cawan

**Nak letak serbuk bilis pun best bagi rasa masin.

Yang paling penting adalah KASIH SAYANG ibu-ibu sekeliann. Betul?

IKLAN

Bukan Kentang Tapi Labu Goreng Campur Nasi, Pumpkin Stick Homemade Ni Mama Wajib Cuba!Kukus atau rebus labu. Jaga air jangan terlampau banyak bila merebus. Sebab labu ni sayuran berair .

Bukan Kentang Tapi Labu Goreng Campur Nasi, Pumpkin Stick Homemade Ni Mama Wajib Cuba!Kisar aje semua sekali gus.

IKLAN

Bukan Kentang Tapi Labu Goreng Campur Nasi, Pumpkin Stick Homemade Ni Mama Wajib Cuba!Bagi yang ada piping bag anda bernasib baik. Yang takder usah risau. Kita DIY sendiri guna plastik macam ni. Gunting kat hujung tu aje wak.

Bukan Kentang Tapi Labu Goreng Campur Nasi, Pumpkin Stick Homemade Ni Mama Wajib Cuba!Gini la rupanya. Nak buat saiz panjang-panjang pun boleh. Bakar pada suhu 110-120 (bergantung pada oven) Selama 30 minit. Sebenarnya nak goreng pun boleh. Dia (eh dia ke) akan jadi rangup-rangup sikit. Best gak.

Bukan Kentang Tapi Labu Goreng Campur Nasi, Pumpkin Stick Homemade Ni Mama Wajib Cuba!

Siap untuk dimakan begitu saja. Kena makan time panas-panas suam. Kalau dah sejuk dia mudah lemau. Liat sikit nak makan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI