Sekali pandang persis kuih bakar pandan namun kuih yang satu ini bukanlah kuih bakar sebaliknya Seri Muka Bakar Pandan yang cukup istimewa rasanya. Gabungan pulut dengan bahagian atas adunan yang berlemak buat seri muka bakar ini cukup sedap.
Uniknya resipi yang dikongsikan oleh Chef Azmin Zain ini cukup hebat malah bukan hanya dikukus bahkan turut dibakar bagi menambah kerangupan pada bahagian atas kuih seri muka. Nak tahu macam mana rasanya sedapnya, kenalah cuba!
Kuih yang popular di belah-belah utara tanah air kita. Harum semerbak bau pandan bakar dia. Asalnya kuih ni kita buat macam kuih Serimuka Pandan Kukus, dah separuh masak kita bakar pulak dalam oven, pakai api atas oven tu tinggi.
Resipi Pulut
1 kg beras pulut
300 ml santan
1 sb garam
500ml air
3 helai daun pandan
Kukus letak minyak satu sudu makan selama 45 minit.
Ads
Resipi Bakar Pandan
Ads
10 biji telur
1 kg santan
500gm gula
300ml air pandan
300gm Tepung Ros
400gm Tepung ubi
50gm Tepung beras
50gm Tepung jagung
1 sk garam
Bancuh sekali (campurkan semuanya) dan tapis.
Pulut yang dah siap kukus, tekan padat-padat dalam loyang yang dah di letak minyak sikit. Rata dan padatkan.
Baru tuang kepala santan pandan tadi. Kukus lagi 45 minit.
Ads
Lepas itu panaskan oven dengan api 200c. Guna api atas je. Masak dalam 20 minit.
Jenguk-jenguklah juga tengok dia hangus-hangus manja kira dah ok lah tu.
Apa-apa pun jangan lupa bismislah dan selawat sebelum nak mula masak. Inshaallah menjadi lah dia nanti.
Kuih lompang menu tradisi orang lama ini cukup mudah menarik perhatian sesiapa sahaja. Selain rupa dan bentuknya yang comel, kuihnya yang lembut bergedik ini juga buat suapan ke mulut terasa cukup istimewa. Lembut dan nikmat kemanisannya.
Bosan dengan lompang gula merah, cikgu masakan popular di internet ini, Azlina Ina Fans kongsikan lompang berwarna-warna khusus untuk menarik perhatian semua terutama anak-anak di musim PKP ini. Sajian ringkas tetapi cukup istimewa di bulan puasa.
Paling menarik, cara hendak membuatnya cukuplah mudah. Malah proses mengukusnya juga tidak sampai 15 minit. Pilih sahaja warna kesukaan anak-anak dan cuba hari ini. Terbaik!
Asalamualaikum anak-anak mak. Ni kegemaran mak-mak kita. Susah sikit nak jumpa sekarang kan. Kita buat sendiri je. Sedap pun sedap, cantik pun ye.
Kuih lompang cantik
Bahan-bahan :
4 cawan air
1 cawan gula halus
Daun pandan simpulkan
Bahan B
3 cawan tepung beras
1 sb tepung ubi
1/2 sb kapur makan bancuh dengan air sikit dan biar mendak ambil jernih nya sahaja 1sb
Sedikit esen vanila kalau nak hilang kan bau payau kapur
Pewarna suka hati -kalau nak cantik warna warni
Secubit garam
Masak air dengan gula dan daun pandan. Bila gula dah larut ketepikan biar sejuk.
Bancuh bahan-bahan B bersama air gula yang telah sejuk tadi, adunan cantik dia tak melekat di senduk bila angkat dan tuang.
Panaskan kukusan, sapu minyak pada acuan kuih lompang kemudian panaskan acuan sekejap.
Bancuh adunan mengikut warna yang korang suka ya.
Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan lompang. Dalam anggaran 10-15 minit kukus dengan api besar.
Bila dah masak sejuk baru lah keluarkan dari acuan, kalau nak di hidangkan bersama kelapa parut muda memang sedap.
Nak tahan lama, kelapa kukus dulu ya gaul dengan secubit garam.
Memikirkan menu sahur simple adalah perkara yang merunsingkan kebanyakan ibu, terutamanya buat anak kecil yang baru belajar berpuasa. Jangan gusar! dikongsikan resepi sahur mudah yang dapat meningkatkan selera mereka.
Tip bantu anak menahan lapar dahaga sepanjang puasa
Sebelum kami kongsikan menu sahur simple tetapi mampu menaikkan selera anak, jom ketahui cara untuk membantu mereka dapat berpuasa. Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh individu dewasa yang sihat. Bagi kanak-kanak yang belum baligh, mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Tetapi bagaimana jika si kecil ingin berpuasa? Mampukah mereka untuk berpuasa?
Sudah tentu mereka boleh! Bahkan ia amat digalakkan jika mereka menunjukkan minat untuk berpuasa walaupun belum memasuki usia yang diwajibkan berpuasa.
Sebagai ibu bapa, berikut adalah beberapa petua yang boleh anda lakukan untuk memudahkan anak berpuasa dan bagi memastikan mereka dapat menjalani ibadah tersebut dengan selamat:
Resepi sahur mudah untuk anak
Berdepan kerenah anak yang cerewat makan semenangnya boleh menguji kesabaran, apatah lagi jika dalam bulan Ramadan, anda pastinya akan lebih tertekan. Apa kata anda cuba menu sahur simple dan mudah berikut untuk memastikan si kecil kenyang sepanjang tempoh berpuasa.
Susu kurma dan badam
Susu kurma yang dicampur badam adalah cara terbaik untuk memulakan hari. Minuman lazat ini pastinya dapat menjadi kegemaran anak. Ia bukan sahaja membekalkan tenaga buat si manja, tetapi turut membuatkan mereka kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
Lempeng pisang madu
Lempeng yang lembut dan gebu pastinya boleh menarik perhatian anak untuk bersahur dan ia juga mengenyangkan. Selain itu, lempeng merupakan antara menu yang mudah untuk disediakan pada waktu sahur.
Untuk menjadikan ia lebih menarik, jangan lupa menambah madu dan juga pisang untuk memberikan tenaga tambahan buat mereka!
Nasi goreng telur
Nasi goreng adalah salah satu menu kegemaran kebanyakan individu, termasuk kanak-kanak. Menu yang satu ini juga sesuai dihidangkan sebagai menu sahur simple kerana ia tidak memerlukan banyak bahan dan boleh disediakan dalam masa singkat.
Untuk versi sihat, elakkan daripada menambah nuget atau sosej kegemaran anak. Sebaliknya, masukkan bahan yang lebih sihat seperti pelbagai jenis sayur seperti kubis, brokoli, lobak merah atau kacang pis supaya keperluan serat anak anda dikekalkan.
Di samping itu, anda juga boleh menambah telur mata atau telur dadar sebagai sumber protein haiwan yang baik untuk anak.
Omelet keju brokoli
Telur adalah sumber protein yang sangat baik untuk kanak-kanak yang semakin meningkat umur, dan telur dadar merupakan antara menu sahur yang boleh ibu sediakan.
Buatkan telur dadar dengan potongan brokoli, kacang pis serta bayam. Pastikan juga anda memasukkan keju supaya keperluan vitamin dan mineral anak anda dipenuhi sepanjang hari.
Nuget tauhu sayur
Nuget antara makanan digemari kanak-kanak disebabkan rasa dan juga terdapat dalam pelbagai bentuk yang menarik. Jadi apa kata anda sediakan nuget sendiri? Anda boleh menyiapkannya pada waktu malam dan meletakkannya di dalam penyejuk beku atau sejuk. Jadi, apabila tiba waktu sahur, anda hanya perlu menggorengnya.
Untuk menjadikannya lebih sihat, buat versi nuget dengan menambah lobak merah dan tauhu. Kedua-dua bahan ini mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Semoga resepi sahur mudah yang dikongsikan di atas dapat memberikan anda idea untuk hidangan si kecil sahur nanti. Selamat mencuba!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada anak-anak yang susah sangat nak makan nasi dan juga sayur. Puas si mama pujuk tapi selalu ditolak. Mama boleh cuba resipi potato rice ball yang mana bahan-bahanya cukup khasiat. Kena lebih kreatif untuk tarik minat si kecil terhadap makanan. Selamat mencuba dan semoga berjaya!
💓 POTATO RICE BALLS VERSI BABY 💓
Bahan-bahan:
1 cawan nasi organik groomy discoverer Groomy Malaysia ( Dila My )
1 cawan ubi kentang ( dah direbus & dilenyak )
1/2 cawan dada ayam ( dah direbus & dicincang )
2 sb lobak merah ( dah diparut )
1 sb serbuk bilis groomy ( Dila My )
1/2 sb serbuk daging groomy ( Dila My )
1 sb serbuk keju groomy ( Dila My )
1/2 sb serbuk lobak Baby Food Homemadebyibuanis HQ ( Dila My )
1/2 sb serbuk sayur Ibu Anis ( Dila My )
1/2 cawan tepung jagung
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!