Selain nasi, lempeng adalah makanan yang mudah disediakan buat anak. Malah struktur lempeng juga lebih mudah dipegang membuatkan anak lebih selesa untuk makan sendiri.

Bukan lempeng pisang biasa tetapi Lempeng Berlauk yang dikongsikan oleh ibu, Rarra Sakura ini buat anak kembarnya memang awesome. Ilham kreatif bagi anak yang tidak mahu makan nasi.

Bukan Lempeng Biasa Tapi Sarat Berlauk Untuk Anak, Terbaik!

Lempeng Nasi Berlauk namanya. Hari-hari mommy perah idea tau. Arini mommy terpikir nak buat lempeng nasi tapi full nutrien. Mommy rasa nak lompat tinggi sebab lempeng abis twins makan.

Sebenarnya twins suka je nasi tapi depa reject bila nasi yang solid molid tu dihidangkan depan mata. Dia punya geram nak sepahkan. Bila suap dia luahkan dan kutip balik sebab nak suap sendiri. Tapi tak pe, bila nasi tu kita kreatifkan…elok je depa makan. Ok jom tengok cara mommy tipu twins.

Ads

1 cawan nasi
1 cawan tepung
1 cawan 1/2 air diblend (tak perlu hancur sangat)

Bukan Lempeng Biasa Tapi Sarat Berlauk Untuk Anak, Terbaik!Rebus brokoli dan karot sekejap je. Pastu potong-potong. Manakala baby spinach just potong-potong je.

Bukan Lempeng Biasa Tapi Sarat Berlauk Untuk Anak, Terbaik!

Ads

Sediakan jugak ayam rebus atau ayam goreng atau daging. Potong halus. Bagus guna part dada.

Bukan Lempeng Biasa Tapi Sarat Berlauk Untuk Anak, Terbaik!Campur semua bahan dan gaul sebati. Panaskan kuali, leser minyak sikit. Ambil sesenduk batter, buat macam lempeng.

Ads

Bukan Lempeng Biasa Tapi Sarat Berlauk Untuk Anak, Terbaik!

Lepas tu bila dah masak, potong halus or dadu. Bagi je anak makan sambil di pantau oleh parent. Insyaallah dia suka, tak luah dan HABIS..

Bukan Lempeng Biasa Tapi Sarat Berlauk Untuk Anak, Terbaik!

Selamat mencuba mom & dad.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI