Dalam rumah tangga, tidak dinafikan ada pasang surutnya. Biasalah kalau berselisihan faham, itu semua dapat menguatkan lagi rasa sayang antara pasangan. Namun, kebanyakan isteri ada masanya teralpa kerana terlalu sibuk menguruskan rumah tangga, mereka mengabaikan perasaan suami.

Artikel Menarik: [Anak Suka Melawan Cakap, Suami Isteri Asyik Bergaduh. Cuba Check Bilik Air, Confirm Kotor!]

Biarpun suami nampak gagah dan seperti tidak kisah, sebenarnya jauh di sudut hati pasti ada terguris perasaan mereka. Mungkin juga mereka tertanya-tanya ke mana perginya isteri yang memberi perhatian dan memanjakan mereka. Wahai isteri, ketahuilah ada beberapa hal yang boleh membuatka suami tawar hati dan kasih sayangnya terhakis sedikit demi sedikit.

Pa&Ma kongsikan lima sikap isteri yang secara tidak langsung boleh melukakan hati suami dan mengganggu guat kebahagiaan perkahwinan seperti yang dinyatakan oleh familyshare.com

1. Boros & Berbelanja Melebihi Kemampuan
Sentiasalah bersyukur dengan setiap apa yang anda miliki. Jangan berbelanja berlebihan dan paling penting, mengikut kemampuan pasangan. Biarpun anda bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, lebih molek jika berbincang dengan suami sebelum berbelanja.

Apabila seorang isteri sentiasa merungut akan kekurangan suami dari segi kewangan, ia sangat tidak bagus. Suami akan tertekan dan merasakan dirinya gagal menjadi ketua keluarga yang baik.

Artikel Menarik: [Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri Amalkan Bacaan Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Ya Latif & Selawat]

2. Asyik Negatif
Jangan terlalu banyak berfikir perkara yang bukan-bukan. Kebanyakan isteri cenderung membebel pada suami tentang perkara yang tidak berkaitan dengan hubungan mereka. Isteri oleh meluahkan perasaan kepada suami, tetapi jangan sampai menjadi rungutan dan membebel tanpa henti.

 

Lelaki tidak suka jika isteri terlalu banyak marah-marah dan berleter. Anda harus faham, cara lelaki menangani sesuatu masalah secara perlahan-lahan. Mereka lebih suka melakukannya satu per satu, tidak seperti wanita yang suka menyelesaikannya pada satu masa yang sama.

3. Hal Lain Jadi Keutamaan, Suami Tidak Dipedulikan
Apabila isteri terlalu banyak mengutamakan hal-hal lain, suami akan terasa seperti diabaikan. Mereka juga akan terasa dipinggirkan oleh isteri. Sifat lelaki sukakan perhatian, jadi apabila isteri tidak mengendahkan suami kerana sibuk menguruskan perkara lain, sedikit sebanyak ia akan mengguris perasaan mereka.

Bukanlah perlu duduk depan suami 24 jam, tetapi sekurang-kurangnya bertanyalah perihal mereka juga pada hari tersebut. Tidak dinafikan salah satu faktor penceraian hari ini adalah kerana kurang menghargai antara satu sama lain.

4. Tiada Lagi Sentuhan Manja
Suami sangat sukakan belaian dari isterinya. Apabila ereka mengajak isteri untuk ‘tidur’ bersama, tetapi ditolak pastinya ia akan melukakan hati suami. Oleh sebab itulah, di dalam Islam sekalipun menganjurkan supaya isteri sentiasa memenuhi permintaan suami, namun perkara inilah yang serin para isteri terlepas pandang.

 

Suami yang romantis biasanya suka berkongsi momen intimasi dan peribadi hanya dengan isterinya. Penat bekerja atau tekanan lain yang emngganggu sebenarnya boleh dilegakan denga hubungan intim.

5. Suka ‘Sembunyi’
Isteri biasanya suka protes dan tunjuk perasaan dengan tidak berterus terang dengan keinginan mereka yang sebenarnya. Suami tidak dapat ‘menangkap’ apa maksud tersirat di sebalik kata-kata isteri jika tidak straight to the point. Oleh itu, jika isteri ada apa sahaja perkara yang ingin diberitahu kepada suami, lebih baik jika ia disampaikan secara berterus terang.

Artikel Menarik: [Biar Anak Dah Berderet, Dating Suami Isteri Tetap Penting. Rugilah Kalau Buat Tak Kisah!]

Tiada salahnya untuk sesekali berbalah dengan pasangan. ia sebenarnya mengajar kita erti kasih sayang serta membuatkan kita lebih mengenali dirinya yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya apabila perselisihan pendapat begini terjadi, ia akan menjadikan kita dan pasangan lebih matang.