Pasangan

“Bukan Mudah Jadi Isteri” 21 Tahun Kahwin, Ozlynn Nasihat Suami Isteri Perlu Jadi Pendengar Yang Baik!

Share

Dua puluh satu tahun melayari kehidupan berumah tangga, pelakon Ozlynn menitipkan nasihat untuk pasangan suami isteri dalam mengharungi kehidupan bersama.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ozlynn turut berkongsi tip komunikasi bersama pasangan yang perlu menjadi tunjang utama dalam perkahwinan.

Akui ibu kepada enam cahaya mata ini lagi, menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak bukanlah satu hal yang mudah namun perlu sabar dalam segala hal selain sokongan kuat dari pasangan.

“Dalam hidup ini banyak yang aku belajar. Ya, tak ada manusia yang sempurna tetapi semakin kita belajar semakin inginkan perubahan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

“Sebab itu dalam perhubungan komunikasi itu penting, lebih-lebih lagi kaum isteri yang lebih banyak masa untuk anak-anak.

“Suami perlu memainkan peranan juga, jangan sampai isteri tiada tempat untuk meluahkan lelah,” katanya berkongsi.

Berselisih faham perkara biasa

Bahkan kata Ozlynn lagi, perselisihan faham adalah perkara biasa namun sabar adalah kuncingnya.

“Bukan senang jadi suami dan bukan mudah jadi isteri.

“Sebab itu biar kadang terasa dengan kata-kata pasangan, makna masih punya hati. Jangan sampai apa yang pasangan luahkan, kita tak ambil peduli..tanda hati sudah mati.

“Tiada pasangan yang tak pernah bergaduh atau terasa hati, baru lah ada warna warni.

“Suami tolong ambil peduli, baik isteri mahupun anak. Jangan sampai bila mak ayah dah tak ada, anak tak terasa kehilangan sebab kita tak pernah ada bila mereka perlukan,” luahnya.

Terdahulu Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama Johan Raja Lawak pada tahun 2003. Mereka dikurniakan 6 orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.

Menarik: 12 Jam Masih Tak Rasa Nak Beranak, Raja Ilya Resah Tunggu Detik Bersalin!

Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!

Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Published by
SRM