Menjadi ibu bapa bukan satu tugas yang mudah. Bermula dari dalam kandungan, seterusnya melahirkan dan membesarkan, pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi. Bila dah ada anak, setiap hari ada sahaja benda yang kita akan belajar dan itu semua pastinya untuk memberikan didikan yang terbaik buat cahaya mata sendiri.
Seperti perkongsian seorang ibu, Nurlia Mohd Nor di laman Facebooknya tentang memberikan didikan kepada anak-anak sejak dari kecil. hasil nurkilannya terbit setelah menonton satu video temubual Hanis Zalikha di Pa&Ma.
Menurut ibu ini dia bersetuju untuk beberapa ulasan yang dibuat oleh Hanis dalam mendidik anak-anaknya yang masih kecil.
Ikuti perkongsian yang dibuat:
Semalam saya sempat menonton satu video pendek temuramah majalah Pa&Ma bersama Hanis Zalikha.
Saya bersetuju dengan beberapa point yang Hanis berikan dalam mendidik anak- anak. Of course kita semua bukanlah parents yang perfect, tapi kita pastinya takkan berhenti dan takkan jemu mencuba terutama dalam bab mendidik anak-anak.
Menurut Hanis,
1) Anak- anak mesti tahu HAD tertentu. Contoh, meja bukan tempat untuk berdiri dan melompat. Perkara ni mesti diajar dari KECIL. Kalau dari kecil dah biasa, bila besar nanti pun mereka akan ikut cara yang diajar. Cuma masalah kebanyakkan dari kita bila anak dah besar baru nak tegur, baru nak explain, baru nak marah. Masa tu habit tu dah sebati dalam diri anak- anak so agak payah nak betulkan semula. Sudahnya kita yang stress. Mulalah dari awal.
2) Di rumah mesti ada PERATURAN yang kita tetapkan. Contoh pukul 9 malam mesti masuk tidur. Bukan sesuka hati, tiada waktu tertentu nak tidur. Disiplin mesti ada. Kata Hanis selepas anak-anak tidur dia ada ‘me time’ seperti bersembang dengan suami, menonton movie dan sebagainya. Sedikit sebanyak cara ini dapat mengurangkan stress setelah seharian penat menghadap tugasan di rumah.
Perasan tak rumah Hanis kemas, bersih dan tersusun rapi? Ya, ia bermula dengan DIDIKAN, bukan datang begitu saja. Lepas main, mesti kemas. Makanan tumpah mesti kutip. Tak silap saya rumah mereka fully carpet. Bukan senang nak jaga terutama ada anak yang masih kecil. Ye, memang di rumah mereka ada bibik, mungkin sesekali cleaner akan datang, tapi orang biasa macam kita pun ramai yang boleh dan dah pun buktikan. Tak perlu nak bagi alasan negatif, “dia bolehlah ada bibik, rumah pun cantik, banyak duit, bla..bla..” Aiyooo! Cuba ambil dari sudut yang positif.
Orang yang tinggal rumah biasa di kampung pun boleh juga berada dalam persekitaran yang kemas dan selesa. Saya pernah share satu gambar dulu sebab rasa kagum sangat. Sebuah rumah kampung kayu tapi rumah tersebut sangat kemas dan bersih walaupun memiliki beberapa orang anak dan ada yang masih kecil.
Si Yusuf Iskandar pula macam anak kita, macam anak orang lain juga, suka explore sesuatu, buat eksperimen sains, buat artwork, aktiviti memasak dan sebagainya. Tapi sebab dah terdidik dalam suasana yang kemas, lepas buat aktiviti dia akan ambil peranan dan tanggungjawab untuk mengemas. Ada hari tertentu keluarga mereka akan melakukan aktiviti gotong royong. Hanis sibuk vakum, Yusuf pun ikut juga menggunakan vacuum cleaner mainan dia. Hehehe. Comel! Dari situ sebenarnya secara tak langsung Hanis didik Yusuf untuk belajar sesuatu.
Secara jujurnya saya pun bosan dan letih dengan mentaliti segelintir orang,
‘Rumah kemas ni anak- anak mesti jadi robot, semua tak boleh. Kena kongkong. Tak boleh nak explore sesuatu. Tu sebab elok kemas” ..
Aduhai..
Payah nak set semula orang yang ada pemikiran begini. Macam dorang pulak tinggal serumah dan tahu aktiviti orang lain. Kemas, bersih bukan suatu perkara yang pelik. Itu lumrah, normal. Mana- mana agama pun pasti tekankan bab menjaga kebersihan.
Jangan sebab rumah kita tak kemas, kita pula cari point kesalahan orang lain yang memiliki rumah kemas. Kita kata orang tu tegas sangat dalam mendidik anak, kita kata orang tu mengongkong aktiviti anak. Tak bolehlah begitu. Selagi kita tak tinggal serumah dengan mereka siapalah kita untuk judge. Betul tak? Jangan- jangan mereka lagi rajin buat aktiviti bersama anak-anak di rumah berbanding kita yang sibuk judge dan cari salah orang.
Ok, jom tengok beberapa aktiviti yang Yusuf dan Alisa buat di rumah sama juga seperti yang anak kita buat. Dari sini kita boleh ambil input yang positif dan cuba apply dalam cara kita mendidik anak- anak.
Yang baik tak salahkan kita ambil untuk panduan bersama. Ambil dari sudut positif, inshaAllah positif la jadinya. Begitu juga sebaliknya..
*Gambar diambil dari IG Hanis, Yusuf & Alisa.
Memang betul setiap orang ada cara masing-masing dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Tapi tak salah untuk meniru atau mencuba sesuatu yang ibu bapa lain buat demi untuk kebaikan anak-anak tersayang. Siapa tahu itu berkesan untuk anak-anak kita.
Sumber: Nurlia Mohd Nor