Bukan nak tolak rezeki tapi ada sebabnya kenapa penting merancang kehamilan buat seorang wanita. Malah tuntutan menyusukan anak sehingga 2 tahun di dalam al-Quran juga ada hikmahnya. Ibu menyusu yang meneruskan penyusuan boleh merancang untuk mengekalkan penghasilan susu yang cukup untuk anak sehingga 2 tahun.
Ini kerana kebanyakan badan akan kering susunya apabila kembali mengandung. Jadi, susukan anak sehingga 2 tahun yang dituntut dalam al-Quran berikan peluang yang tinggi untuk kita menjarakkan kehamilan. 2 tahun bukanlah terlalu lama. Penyusuan susu ibu tidak terlalu susah dan ia memerlukan semangat yang tinggi dan tidak kenal erti putus asa untuk menyusuri dunia penyusuan. Dapatkan bantuan segera dari mereka yang terlatih dan banyakkan membaca tentang maklumat penyusuan
Bagi yang bersalin secara pembedahan, untuk memastikan luka pembedahan pada rahim betul-betul sihat sebelum mula ‘bekerja’ menampung benda berat semula bagi yang bersalin c-sect. Jika belum sihat sepenuhnya, risiko rahim boleh pecah lebih tinggi untuk berlaku ketika mengandung anak seterusnya. Tanda-tanda hampir terjadi rahim pecah ini ialah parut luka lama c-sect yang sebelum itu mengalami sakit kuat yang tertumpu pada bahagian itu. Bukan sakit contraction ye. Situasi ni kita sebut sebagai impending scar rupture.
Begitu juga kepada yang bersalin normal. Merancang bukan saja untuk yang bersalin czer malah yang bersalin normal pun sebaiknya merancang.
Sebagai jarak selamat untuk badan wanita menstabilkan semula hemoglobin dalam darah sebelum kembali ‘bekerja’ untuk ‘berkongsi’ darah dengan kandungan seterusnya. Jadi, walaupun bersalin normal sudah tentu badan perlukan tempoh pemulihan. Kita nak sihat mesti nak lihat anak membesar. Sihat ibu sihatlah keluarga. Pengambilan makanan sebenar yang sesuai dengan badan sangat penting dan elak makanan yang diproses dan makanan segera.
Makanan dari rumah dimasak sendiri itu yang terbaik. Makanan dari sumber susu lembu, sumber soya, sumber jagung, makanan beryis, yang bergandum dan banyak lagi itu semua melemahkan imun badan. Kembalilah kepada pengambilan diet nusantara yang menyihatkan.
Selain itu, anak kecil perlukan perhatian yang lebih dan anak-anak ini bukan selamanya kecil. Bersalin dengan jarak anak yang rapat seperti setahun seorang barangkali anak yang masih kecil tidak faham dengan kehidupan terpaksa menghadap kemarahan ibu yang biasanya waktu mengandung emosi serba tidak kena dan anak menjadi mangsa.
Jadi, berlaku adil pada anak berikan ruang kepadanya untuk bersama kita lebih sekurang-kurangnya 2 tahun. Selepas 2 tahun, kebanyakkan anak kecil sudah bijak berkata-kata sudah pandai menerima arahan dan mudah faham apa yang kita aturkan.
Akhir sekali, usaha merancang sungguh-sungguh bukan terletak pada diri isteri seorang diri. Tidak adil jika urusan merancang hanya dipikul oleh wanita. Sebagai suami, kalian juga perlu usaha merancang. Tidakkah ada rasa belas kasihan pada tubuh isteri, wanita yang lemah disuntik berkali-kali dengan suntikan perancang dan ada yang makan pil perancang bertahun-tahun demi menjarakkan kehamilan. Mengandung dan menyusukan anak-anak kalian. Fikirkanlah. Seronoknya bersama-sama tetapi hanya wanita berkorban untuk sediakan diri untuk merancang. Benar disebaliknya ada balasan yang baik menanti tetapi fikirkan juga kesediaan tubuh yang mengandung bersalin dan menyusukan tanpa gap untuk berehat boleh memudaratkan.
#ProtectBreastfeeding
Sumber: Ziela Juzaila