Bosan dengan resipi finger food yang selalu dicuba pada anak, apa kata kali ini mama cuba pula resipi yang seakan nugget ayam ini pada anak kecil kita. Bukan nugget ayam tetapi Jejari Keledek yang dihasilkan mengikut bentuk jari dan comel. Bentuk sebegini buat anak mudah memegangnya. Saiz comel juga buat anak teruja untuk mencuba.

Resipi oleh Puan Umairah Jamaah ini paling ringkas kerana hanya menggunakan dua bahan sahaja. Jadi mama tak perlu bersusah payah mencari bahan. Asalkan ada keledek dan roti, semudah abc, menu anak sudah pun tersedia. Jom cuba.

Bukan Nugget Tapi Jejari Keledek Buat Anak Senang Nak Makan, Guna 2 Bahan Saja!
Rebus keledek dahulu.

Cuti-cuti ni mesti ramai ibu-ibu hebat yang siapkan stok makanan untuk anak-anak. Jadi hari ni Kak Mai nak share Jejari Keledek. Tapi versi jejari gemoks kikiki.

Guna dua bahan saja:-
Keledek tak kisah jenis apa nak guna.
Roti gardinear ( untuk buat serbuk roti)

IKLAN

Simpel kan. Bahan pun mudah aje nak sediakan. Jom kita mula. Rebus keledek macam biasa. Pastu lenyekkan. Sukatan ikut la banyak mana korang nak buat.

Bukan Nugget Tapi Jejari Keledek Buat Anak Senang Nak Makan, Guna 2 Bahan Saja!Bentukkan macam ni. Kalau agak lembik boleh letak tepung gandum sikit. Kak Mai punya tak letak tepung. Nak frozenkan boleh tau.

IKLAN

Bukan Nugget Tapi Jejari Keledek Buat Anak Senang Nak Makan, Guna 2 Bahan Saja!Ni roti tadi kita bakar guna oven. Suhu 110 selama 10 minit- 15minit ( bergantung pada oven tau). Lepas tu guna pengisar kering. Kak Mai terpaksa guna pengisar basah sebab tetiba masa shooting pengisar kering merajuk.

IKLAN

Bukan Nugget Tapi Jejari Keledek Buat Anak Senang Nak Makan, Guna 2 Bahan Saja!Salutkan jejari gemoks tadi dengan serbuk roti tadi. Pastu terus goreng.

Bukan Nugget Tapi Jejari Keledek Buat Anak Senang Nak Makan, Guna 2 Bahan Saja!Yahuuuu. Siap. Nampak macam ala-ala nugget ayam kannnn. Sedap rangup kat luar. Lembut di dalam gitchuuu.

Selamat mengubi. Kah!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI