Bosan dengan resipi finger food yang selalu dicuba pada anak, apa kata kali ini mama cuba pula resipi yang seakan nugget ayam ini pada anak kecil kita. Bukan nugget ayam tetapi Jejari Keledek yang dihasilkan mengikut bentuk jari dan comel. Bentuk sebegini buat anak mudah memegangnya. Saiz comel juga buat anak teruja untuk mencuba.
Resipi oleh Puan Umairah Jamaah ini paling ringkas kerana hanya menggunakan dua bahan sahaja. Jadi mama tak perlu bersusah payah mencari bahan. Asalkan ada keledek dan roti, semudah abc, menu anak sudah pun tersedia. Jom cuba.
Cuti-cuti ni mesti ramai ibu-ibu hebat yang siapkan stok makanan untuk anak-anak. Jadi hari ni Kak Mai nak share Jejari Keledek. Tapi versi jejari gemoks kikiki.
Guna dua bahan saja:-
Keledek tak kisah jenis apa nak guna.
Roti gardinear ( untuk buat serbuk roti)
Simpel kan. Bahan pun mudah aje nak sediakan. Jom kita mula. Rebus keledek macam biasa. Pastu lenyekkan. Sukatan ikut la banyak mana korang nak buat.
Selamat mengubi. Kah!