Siapa tak seronok kalau dapat hadiah dalam kotak yang cantik. Bukan sahaja barangan  yang diperolehi sahaja kita nak simpan tapi kotak yang cantik itu pun nak disimpan sekali. Ia juga boleh digunakan semula untuk menyimpan barangan peribadi dan sebagainya.

Bagi yang baharu mendapat anak dan merancang untuk mengadakan majlis aqiqah, sudah tentu ada bingkisan hadiah untuk diberi kepada tetamu jemputan. Apa kata gunakan kotak comel bagi meletakan cenderahati untuk tetamu. Ia pasti akan diingati oleh si penerima.

Trend perniagaan dalam talian juga membuatkan permintaan terhadap kotak semakin  tinggi. Selain memudahkan proses penghantaran, penggunaan kotak juga lebih selamat untuk memastikan barangan yang dikirim selamat sampai.

Adakah anda salah seorang yang sedang mencari kotak untuk perniagaan, pemberian  hadiah dan sebagainya? Jangan risau, kerana ada banyak pilihan rekaan dan saiz yang boleh anda pilih mengikut keperluan dan citarasa masing-masing.

Empayar Kotak, satu jenama yang sangat dikenali sebagai pengeluar produk kotak  terunggul di Malaysia bersedia memberikan khidmat mengikut permintaan pelanggangnya.

IKLAN

Empayar Emier Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera yang semakin kukuh sejak Februari  2018 dalam penghasilan produk percetakan dan pembungkusan. Kepakaran Empayar Emier dalam produk kotak membuatkan syarikat ini menjenamakan Empayar Kotak untuk fokus kepada produk packaging customize.

Perkhidmatan utamanya termasuk mereka bentuk kotak, stiker dan beg kertas perniagaan. Dengan menggunakan tagline “Pakar Kotak Anda” sudah tentu rekaan dan saiz kotak idaman anda dapat direalisaikan oleh Empayar Kotak.

IKLAN

Walaupun ibu pejabat Empayar Kotak berada di Shah Alam dan mempunyai dua cawangan lain di Ayer Keroh, Melaka dan Sungai Dua, Pulau Pinang tetapi dengan kemudahan sistem teknologi dan pengangkutan pantas hari ini, mereka dapat memenuhi permintaan pelanggan di seluruh Malaysia. Insha Allah kotak-kotak pesanan pelanggan akan sampai dengan baik.

Bukan itu sahaja sesiapa yang mencari kotak sedia guna juga boleh datang ke Empayar  Kotak Retail di Shah Alam. Di sini terdapat kotak sedia guna pelbagai saiz dan jenis seperti corrugated box, gift box dan kotak kek yang boleh dibeli dalam kuantiti yang sedikit.

IKLAN

Jadi tunggu apa lagi, jika anda mencari kotak untuk sebarang acara, pemberian hadiah  atau perniagaan, jangan lupa jenguk di laman web atau Instagram Empayar Kotak untuk membuat pilihan mengikut citarasa anda.