Bertuahnya siapa yang lahir pada bulan Disember ini! Ini kerana hanya pengunjung yang menyambut harijadi dari 1 hingga 31 Disember tahun ini berpeluang masuk Zoo Negara secara percuma! Pengunjung hanya perlu menunjukkan kad pengenalan mereka di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket percuma itu.
Namun, bagi mereka yang lain, harga tiket dewasa bagi warganegara Malaysia adalah RM44 seorang dan RM16 bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun sementara warga emas berumur 60 dan ke atas dikenakan bayaran RM21.
Promosi ini adalah bagi menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk datang ke Zoo Negara terutamanya ketika cuti persekolahan.
Cepat rebut peluang ini!
10 tempat haiwan menarik di sini
Rebut promosi ini supaya anak-anak berpeluang untuk melawati ruang pameran pelbagai jenis haiwan yang di sini. Malah pada waktu tentu terdapat ‘show time’ di ruang khas yang memaparkan persembahan haiwan. Mesti anak seronok dengan pengalaman baru ini!
Antara ruang pameran haiwan menarik untuk anak-anak lawati
Selain tiket percuma, Zoo Negara ini ini mesra kanak-kanak. Inilah tempat terbaik untuk anak-anak mengenali fauna dan flora.
Selain berjalan kaki, anak-anak boleh menaiki tram tram yang disediakan dengan bayaran RM8 untuk dewasa dan kanak-kanak sebanyak RM5. Namun, tentu ada anak-anak ‘excited’ untuk berjalan-jalan kan! Boleh melihat secara dekat gelagat haiwan dan membaca maklumat haiwan di papan tanda. Bagi yang membawa stroller, memang ada ruang penjalan kaki yang mesra pengguna. Biasanya jika memilih untuk berjalan ke seluruh tempat ini adalah antara 3 sehingga 4 jam.
Ads
Berikut adalah 10 tempat menarik untuk anda bawa anak-anak melihat secara dekat haiwan-haiwan di sini.
1.Giant Panda
Anda dapat melihat panda yang comel dari China Xing Xing dan Liang Liang. Ruang ini sangat selesa dan ada pendingin hawa. Struktur binaan tempat panda ini juga sekali pandang seperti berada di dalam sebuah stadium mini.
2.Taman Rama-Rama
Tentu anak-anaka teruja melihat pelbagai jenis rama-rama disini. Jangan lupa mengambil gambar dengan suasana rama-rama berterbangan.
Ads
Burung Enggang
Di sini anak-anak dapat melihat 7 daripada 10 spesis enggang di Zoo Negara.
Gajah
Wow besarnya gajah! Terdapat 3 ekor gajah iaitu Siti, Simbol dan Teriang. Gajah-gajah ini berasal daripada Negeri Pahang. Ini antara daya tarikan yang menjadi tumpuan orang ramai di sini.
Savannah Walk
Anda akan terbayang seperti berada di Afrika kerana dikelilingi oleh haiwan afrika seperti zirafah, burung unta dan kuda belang.
Burung Tasik
300 ekor burung berterbangan di Tasik Tunku Abdul Rahman. Meriahnyabunyi kicauan burung-burung seperti Painted storks, ibises, egrets, swans dan pelicans!
Haiwan Reptilia
Masuk ke ruang ini memang mendebarkan! Anak-anak dapat melihat buaya yang terbesar di dunia, ular yang terpanjang di dunia dan juga kura-kura kedua terbesar di dunia.
Kangaroo
Anak-anak dapat melihat secara dekat kangaroo yang merupakan ikon kepada Australia. Turut berkonsi tempat di sini burung terbesar di Australia.
Ads
Penguin
Comelnya penguin ini! Ada beberapa penguin Humboldt datang dari zoo Republik Czech yang dipamerkan di sini.
Dunia Kanak-kanak
Ruang ini membolehkan anak-anak anda berjalan di sekitar tempat itu sambil deria mereka dirangsang. Ia adalah tempat di mana anak anda menghidu rusa, kambing, dan kuda kecil. Malah boleh melakukan aktiviti mengira mengira arnab atau kura-kura dalam pameran ini.
Selain itu terdapat ruang pameran lain yang anak-anak dapat lihat di Zoo Negara iaitu beruang, Bird Aviary, badak sumbu, Mammal Kingdom dan Tunku Abdul Rahman Akuarium.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebak melihat kejutan yang diberikan kepada Yusuf ini. Netizen juga rasa terharu dan sebak. Comel pula melihat aksi Yusuf menerima kejutan.
Sempena hari lahir Yusuf kedua, keluarga Hanis telah membuat kejutan dengan datang beramai-ramai tanpa pengetahuan Yusuf sambil membawa sebiji kek hari jadi. Reaksinya menunjukkan dia sangat gembira dan melompat keriangan.
Ternyata instafamous cilik ini sudah tahu bagaimana untuk memberi reaksi kepada kejutan dan elemen surprise. Dia sudah pandai menghargai. Hubungan kekeluargaan yang erat ini memberikan kesan positif kepada diri anak kecil seperti Yusuf.
Masalah pembelajaran merupakan antara gangguan belajar yang boleh dialami oleh kanak-kanak. Namun terdapat 3 masalah yang paling utama penting untuk dikenal pasti oleh ibu bapa. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Memahami tentang masalah pembelajaran si kecil
Menurut Pekerja Sosial dan Pendukung Pendidikan dari MLM Advocacy, Monica Mandell, ketidakupayaan atau gangguan belajar adalah 1 masalah berkaitan proses psikologi yang terlibat dalam pembelajaran.
“Ketidakupayaan ini boleh menjejaskan cara seseorang individu untuk belajar membaca, menulis, melakukan tugasan matematik atau sebarang proses pembelajaran lain,” ujar Monica.
Bagi Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Pengarah The Help and Healing Center, Dr Jessica Myszak, terdapat 3 masalah ketidakupayaan pembelajaran yang biasa didiagnosis, iaitu:
Disleksia.
Dysgraphia.
Dyscalculia.
3 masalah pembelajaran atau gangguan belajar yang boleh dialami kanak-kanak
Disleksia
Merupakan sejenis masalah belajar khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak dengan masalah ini akan berdepan gangguan belajar seperti kesukaran menguasai tugasan sekolah walaupun telah berusaha.
Mereka dengan masalah ini lazimnya sukar membaca, tulisan tidak berapa kemas dan tidak dapat menyelesaikan masalah matematik. Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Perkembangan Pediatrik, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Raja Juanita Raja Lope, disleksia boleh dikesan awal semasa kanak-kanak mula memasuki tadika.
Antara isu yang boleh dikenal pasti adalah apabila kanak-kanak berdepan kesukaran mengenal abjad seperti A, B, C. Sesetengah kanak-kanak dengan disleksia mungkin akan lambat dari aspek penuturan dan pemahaman.
Ciri-ciri disleksia yang boleh dikesan:
Pada peringkat prapersekolahan
Lambat bertutur
Kesukaran menyebut rima perkataan
Sukar menulis nama sendiri
Tidak dapat mengenal bentuk atau warna
Mengalami kesukaran berkongsi cerita yang didengar
Pada peringkat persekolahan
Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
Tidak suka membaca atau mengelak diri membaca di dalam kelas
Kesilapan membaca huruf, perkataan atau nombor – membaca terbalik
Kurang koordinasi
Keliru dengan konsep seperti ‘semalam’, ‘hari ini’ atau ‘esok’
Sukar memahami, mengingati dan mengikuti arahan
Selalu tersalah letak, atau kehilangan barang
Langkah-langkah mengatasi:
Sebagai ibu bapa pastinya anda akan cuba untuk membantu mereka, bukan? Jadi berikut adalah cara-cara yang boleh anda lakukan:
Membantu dan menyokong anak dalam membina keyakinan diri
Memberikan rawatan untuk penyakit yang mungkin berkait seperti simptom hiperaktif dan kurang daya tumpuan (ADHD)
Mempertingkatkan potensi pembelajaran melalui:
Terapi pertuturan.
Latihan pendengaran dengan bantuan komputer.
Pendekatan penggunaan deria – sentuhan, pendengaran, gerakan bibir dan menulis huruf atau perkataan.
Disgraphia
Ia berkaitan masalah sistem saraf mempengaruhi kemahiran motor halus diperlukan untuk menulis. Keadaan itu menimbulkan kesukaran untuk kanak-kanak menulis dan melengkapkan sebarang tugasan.
Kebanyakan penyelidik tidak dapat mengenal pasti mengapa keadaan ini berlaku kepada kanak-kanak. Manakala bagi individu dewasa ia mungkin melibatkan kecederaan atau trauma pada otak.
Bagi kanak-kanak, ketidakupayaan ini biasanya berlaku bersama masalah pembelajaran lain seperti ADHD dan disleksia.
Ciri-ciri disgraphia yang boleh dikesan:
Kanak-kanak dengan disgraphia mempunyai tulisan tangan yang tidak jelas, tidak teratur, atau tidak konsisten. Mereka juga sering mempunyai slant yang berbeza, bentuk, huruf besar dan huruf kecil. Mereka juga cenderung menulis atau menyalin dengan perlahan.
Tanda-tanda lain, termasuklah:
Genggaman sempit, yang boleh menyebabkan tangan sakit
Sukar untuk mengganggar jarak atau margin ketika menulis
Sering memadam tulisan
Tidak konsisten dalam jarak penulisan dan perkataan
Lemah dalam mengeja
Posisi badan atau pergelangan tangan yang luar biasa ketika menulis
Langkah-langkah mengatasi:
Berikut antara beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak dengan masalah disgraphia, iaitu:
Berikan anak menggunakan kertas lebar, kertas graf atau kertas bergaris untuk membantunya dalam masalah penjajaran abjad dan perkataan
Berikan anak pensil yang mempunyai genggaman (pencil grips) atau sebarang alat menulis untuk keselesaan
Berikan anak menggunakan komputer untuk menaip dan bukan menulis, ajarkan mereka menaip pada peringkat awal
Jangan mengkritik sebarang kekotoran atau penulisan yang tidak kemas. Sebaliknya puji usahanya dan berikan penghargaan
Sedar mengenai keadaan yang berlaku dan maklumkan kepada anak mengenainya
Ajarkan mereka untuk menenangkan diri sebelum belajar menulis
Berikannya menggenggam bola stres untuk meningkatkan kekuatan otot tangan dan koordinasinya
Anda juga dinasihatkan untuk berbincang keadaan anak dengan guru mereka. Ini pastinya akan dapat membantu anak untuk mengatasi gangguan ini dengan sokongan dan bantuan daripada guru di sekolah.
Dyscalculia
Keadaan berkaitan otak yang menyebabkan pembelajaran aritmetik asas menjadi sukar. Ia mungkin 1 keadaan yang diwarisi tetapi penyelidik masih belum menemui sebarang gen yang boleh dikaitkan dengannya.
Saintis mencadangkan keadaan ini sama seperti disleksia – gangguan membaca – tetapi masih belum dalam difahami sepenuhnya. Keadaan ini juga dikenali sebagai ‘disleksia matematik,’ tetapi ini boleh mengelirukan kerana dyscalculia adalah keadaan yang sama sekali berbeza.
Ciri-ciri dyscalculia yang boleh dikesan:
Kanak-kanak dengan keadaan ini akan berdepan kesukaran ketika mengira. Mereka mungkin masih mengira menggunakan jari sedangkan kanak-kanak seusia mereka sudah tidak melakukannya lagi.
Sukar membuat anggaran seperti berkaitan ketinggian
Mengalami masalah dengan perkataan matematik
Susah untuk belajar matematik asas seperti tambah, tolak dan darab
Sukar memahami pecahan
Tidak dapat memahami graf dan carta
Kesukaran mengira duit
Tidak mampu mengingati nombor telefon atau poskod
Tidak tahu memberitahu tentang waktu atau membaca masa
Langkah mengatasi:
Menurut pakar, ahli psikologi pendidikan atau pakar neuropsikologi berkaitan dyscalculia, mereka mencadangkan 3 perkara berikut untuk membantu kanak-kanak yang berdepan keadaan ini, iaitu:
Pelan pembelajaran yang direka khas.
Permainan pembelajaran berasaskan matematik.
Mempraktikkan kemahiran matematik lebih kerap berbanding kanak-kanak lain.
Bagi ibu bapa pula, berikut antara perkara yang boleh dicuba:
Biarkan dia menggunakan jari dan kertas apabila mengira
Pastikan dia mempunyai alat yang betul seperti kalkulator dan pemadam
Gunakan kertas graf. Ia membantu untuk menjadikan penulisan mereka lebih kemas dan teratur
Gunakan muzik dan irama untuk mengajar fakta matematik
Puji segala usaha kerasnya untuk belajar
Ajarkan kepadanya cara untuk mengatasi kegelisahan
Anda juga dinasihatkan untuk berbincang keadaan anak dengan guru mereka. Ini pastinya akan dapat membantu anak untuk mengatasi gangguan ini dengan sokongan dan bantuan daripada guru di sekolah.
Sekiranya anak anda mengalami gangguan pembelajaran, anda tidak harus membeza-bezakan mereka dengan adik-beradik yang lain. Ini kerana mereka tetap mempunyai kelebihan tersendiri dan boleh mencapai kejayaan sama seperti kanak-kanak lain.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi sejak saat dilahirkan, sudah mula keluarkan bunyi iaitu menangis. Bila anak menangis salah satu indikasi bayi boleh bernafas dan paru-paru berfungsi dengan baik.
Peringkat anak membebel atau mengagah adalah antara umur 0 hingga 6 bulan.
1 bulan ada yang boleh keluar bunyi vokal 3 bulan ada yang buat bunyi vokal panjang 5 bulan ada yang mula buat bunyi bebelan seperti ba ba ba
Bunyi vokal mula menjadi lebih panjang dan seakan-akan berkomunikasi dengan kita menjelang umur 12 bulan dan ada yang sebutan amat jelas menyebut ‘mama’.
Peringkat 6 hingga 12 bulan pula bayi sudah mula mengatur kata-kata mengikut pola suku kata.
7 hingga 9 bulan bayi sudah mahu berekspolarasi dengan bunyi panjang dan suka cuba nada intonasi yg berbeza.
9 hingga 12 bulan bayi akan mula menyebut perkataan mudah seperti mama, baba, papa dan faham arahan ringkas seperti NO.
Ada yang suka meniru bunyi binatang atau sangat suka meniru cara orang dewasa buat bunyi.
Antara apa yang ibu bapa boleh lakukan di rumah untuk merangsang anak buat bunyi dan berkomunikasi dengan anak adalah:
? Berulang ulang buat bunyi mudah seperti ma ma, ba ba ? Dapatkan perhatian bayi menggunakan mainan berbunyi ? Segera respon kepada bayi bila dia buat bunyi dan cuba tiru balik ? Buat memek muka bila beri respon pada bayi
Seronok kan jika kita jadi ibu bapa yang lebih memahami perkembangan anak.
Mummy Nurul juga selalu merujuk kepada Terapis Pertuturan untuk menerangkan kepada Mummy supaya sentiasa belajar dan update. Al maklumlah anak ramai kadang-kadang lupa juga.
Nurul Sheriena Musa
Ibu yang masih berusaha membebel dengan anak yang dalam tahap ‘bossy’
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga mohon saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.