Bukan Sahaja Tiket Percuma dan Mesra Kanak-Kanak. Di Zoo Negara Ada 10 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Ke Sini!

Share

Bertuahnya siapa yang lahir pada bulan Disember ini!  Ini kerana hanya pengunjung yang menyambut harijadi dari 1 hingga 31 Disember tahun ini  berpeluang masuk Zoo Negara secara percuma! Pengunjung hanya perlu menunjukkan kad pengenalan mereka di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket percuma itu.

Namun, bagi mereka yang lain, harga tiket dewasa bagi warganegara Malaysia adalah RM44 seorang dan RM16 bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun sementara warga emas berumur 60 dan ke atas dikenakan  bayaran  RM21.

Promosi ini adalah bagi menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk datang ke Zoo Negara terutamanya ketika cuti persekolahan.

Cepat rebut peluang ini!

 

10 tempat haiwan menarik di sini

Rebut promosi ini  supaya anak-anak berpeluang untuk melawati ruang  pameran pelbagai jenis haiwan yang di sini. Malah pada waktu tentu terdapat ‘show time’ di ruang khas yang memaparkan persembahan haiwan. Mesti anak seronok dengan pengalaman baru ini!

Antara ruang pameran haiwan menarik untuk anak-anak lawati

 

 

Selain tiket percuma, Zoo Negara ini ini mesra  kanak-kanak. Inilah tempat terbaik untuk anak-anak mengenali fauna dan flora.

Selain berjalan kaki, anak-anak boleh menaiki tram tram yang disediakan dengan bayaran RM8 untuk dewasa dan kanak-kanak sebanyak RM5. Namun, tentu ada anak-anak   ‘excited’ untuk berjalan-jalan kan! Boleh melihat secara dekat gelagat haiwan  dan membaca maklumat haiwan di papan tanda. Bagi yang membawa stroller, memang ada ruang penjalan kaki yang mesra pengguna. Biasanya jika memilih untuk berjalan ke seluruh tempat ini adalah antara 3 sehingga 4 jam.

Berikut adalah 10 tempat menarik untuk anda bawa anak-anak melihat secara dekat haiwan-haiwan di sini.

1.Giant Panda

 

Anda dapat melihat panda yang comel dari China Xing Xing dan Liang Liang. Ruang ini sangat selesa dan ada pendingin hawa. Struktur binaan tempat panda ini juga sekali pandang seperti berada di dalam sebuah stadium mini.

2.Taman Rama-Rama

Tentu anak-anaka teruja melihat pelbagai jenis rama-rama disini. Jangan lupa mengambil gambar dengan suasana rama-rama berterbangan.

  1. Burung Enggang

Di sini anak-anak dapat melihat 7 daripada 10 spesis enggang di Zoo Negara.

  1. Gajah

Wow besarnya gajah! Terdapat 3 ekor gajah iaitu Siti, Simbol dan Teriang. Gajah-gajah ini berasal daripada Negeri Pahang.  Ini antara daya tarikan yang menjadi tumpuan orang ramai di sini.

  1. Savannah Walk

Anda akan terbayang seperti berada di Afrika kerana dikelilingi oleh haiwan afrika seperti zirafah, burung unta dan kuda belang.

  1. Burung Tasik

300 ekor burung berterbangan di Tasik Tunku Abdul Rahman. Meriahnyabunyi kicauan burung-burung seperti Painted storks, ibises, egrets, swans dan pelicans!

  1. Haiwan Reptilia

Masuk ke ruang ini memang mendebarkan! Anak-anak dapat melihat buaya yang terbesar di dunia, ular yang terpanjang di dunia dan juga kura-kura kedua terbesar di dunia.

  1. Kangaroo

Anak-anak dapat melihat secara dekat kangaroo yang merupakan ikon kepada Australia. Turut berkonsi tempat di sini burung terbesar di Australia.

  1. Penguin

Comelnya penguin ini! Ada beberapa penguin Humboldt datang dari zoo Republik Czech yang dipamerkan di sini.

  1. Dunia Kanak-kanak

Ruang ini membolehkan anak-anak anda berjalan di sekitar tempat itu sambil deria mereka dirangsang. Ia adalah tempat di mana anak anda menghidu rusa, kambing, dan kuda kecil. Malah boleh melakukan aktiviti mengira mengira arnab atau kura-kura dalam pameran ini.

Selain itu terdapat ruang pameran lain yang anak-anak dapat lihat di Zoo Negara iaitu beruang, Bird Aviary, badak  sumbu, Mammal Kingdom dan Tunku Abdul Rahman Akuarium.

 

 

 

 

 

Published by
Nor Yusoff