Benar kata orang, kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kita mengimpikan anak-anak membesar menjadi individu yang ringan tulang dan boleh diharap, maka sejak kecil nilai murni harus diterapkan dalam diri mereka.
Seawal usia mereka dua ke tiga tahun, kita sudah boleh mula melatih mereka untuk melakukannya. Tidak perlu sempurna, tapi jika selalu dibuat lama-kelamaan akan mahir juga. Kita pun bukanlah kejam sangat inginkan kesempurnaan dari anak yang masih kecil kan? Cukup sekadar mereka tahu dan biasa melakukannya, supaya bila dah besar tak lah kekok.
Ada sesetengah ibu ayah yang tidak mahu anak membantu kerana kita merasa anak-anak akan ‘menambah kerja’ dari mengurangkannya. Sudah tentu anak-anak akan melakukan kesilapan ketika membantu kita, tapi jangan dihalang. Terus galakkan mereka dan percaya pada kemampuan mereka.
Baca Juga:
Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai
Kalau Dia Yang Jaga, Ini Jadinya. Lucu Aksi Bayi Diajar Ayah Cara Garu Kepala!
Dr Taufiq Razif ada menjelaskan tentang hal ini. Biarpun posting ini sudah agak lama, tetapi tetap boleh memberi input kepada parents untuk mengajar anak-anak tentang kerja rumah;
Tolong JANGAN HALANG Kalau Anak Nak Tolong!
Baru ni geram juga tengok anak saya yang umur 2 tahun tu basahkan lantai dengan susu. Lebih geram lagi bila dia ambil baju saya dan letak dekat tumpahan susu tu dengan muka yang tak bersalah langsung! Geram je rasa tapi tahan je.
Anak Ambil Baju, Lap Susu Tumpah
Saya tak boleh halang! Sebab saya kena baca niat di sebalik perbuatan pelik anak saya ni. Bila saya perhatikan balik dari jauh rupanya dia gunakan baju saya tu untuk serap air susu tu sebenarnya. Ye, dia sedang cuba keringkan lantai dengan keringkan tumpahan susu tu!
Mujur Tak Jerit Pada Anak
Mungkin dia pernah nampak saya ataupun umminya buat benda ni kot. Mujur saya tak larang dia buat ‘ benda pelik ‘ tu tadi. Kalau saya jerit atau jerkah, boleh jadi ‘intention’ ataupun niat suci dia untuk tolong saya tu akan terbantut dan hilang buat selama lamanya!
Anak Bantu Buat Kerja Rumah, Akan Jadi Orang Berjaya
Padahal mengikut kajian daripada Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ni akan jadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Ni cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah;
Umur 2-3 tahun :
+ Lap air yang tumpah
+ Sapu habuk
+ Letak baju dalam bakul sebelum mandi
+ Simpan mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun :
+ Kemas tempat tidur
+ Sidai tuala di tempatnya
+ Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
+ Siram pokok bunga
+ Semua kerja yang umur 2-3 tahun tu buat
Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ni saya tak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas dah buat kerja rumah 😉
Taufiq Razif.
Semoga dengan perkongsian dari Dr Taufiq ini dapat memberi inspirasi kepada semua parents di luar sana. Tak salah nak didik anak untuk rajin membuat kerja rumah, tak perlu diajar semuanya serentak. Ikutlah kemampuan mereka, asalkan diterapkan dari awal ia dapat membentuk peribadi positif dalam diri anak-anak.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)