Bukan Saja-Saja Susun, Block Buat Imaginasi Anak Makin Berkembang, Jadi Bijak!

Share

Dikala negara di landa jerebu yang teruk ini, ibu bapa patut memanfaatkan permainan indoor sebaiknya ketika berada di rumah. Hujung minggu ini penuhkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk anak kecil kita. Salah satunya adalah menyusun block-block kecil ini beramai-ramai.

Menurut Dr Nurhaya Yacob, block sebenarnya bukan permainan yang dianggap remeh tetapi sebaliknya amat membantu perkembangan motor halus anak. Malah deria anak juga dirangsang sebaiknya dengan permainan mudah tetapi bermotif ini.

Hari ini jerebu melanda dengan begitu meluas dan tebal sekali. Guru playschool anak-anak semalam mengirim pesanan melalui whatsapp bahawa sekolah akan di tutup selama 2 hari. Maka ligatlah kepala mak ni fikir apa nak buat hari ini.

?TING! Jom main block. Block ni yang bestnya sesuai untuk semua lapisan masyarakat.?

Bermula dari anak meniarap sampai la mak paknya dapat menikmati bermain block ni. Maka maknya akan buat pengumuman bahawa “jom kita main blockkk” dan pasti berbrondongan lah tiga tentera berkawat datang kat mummy dia.

Foto: Learnwithplayathome.com

Nak tahu, sebenarnya permainan block ni ada 6 peringkat.?

Peringkat 1:
Main pegang-pegang je dulu, bawa sana sini, baling-baling. Ha ni semua dapat membantu motorik halus anak dalam memegang sesuatu barang kelak. Anak umur 4 bulan pun boleh pegang kan. Betul tak. Bayi dan anak yang baru mahu belajar berjalan boleh gunakan block untuk meningkatan keupayaan menggenggam dan explore kebolehan tangannya.

Peringkat 2:
Menyusun block. Jadi dinding tinggi ke, jalan apa. Haa anak-anak usia 1 tahun dah mula buat.

Peringkat 3:
Menyambung-nyambungkan hasil binaan. Dinding boleh sambung jadi bentuk 4 segi dan kemudian jadi rumah. Tapi pada peringkat ni belum tentu jadi rumah. Sambung,-sambung je dulu. Usia 2 tahun sudah boleh lakukan ini.

Peringkat 4:
Mula membentuk hasil binaan yang lebih bermakna seperti rumah, kereta, bagunan dan sebagainya. Usia 2 tahun ke atas ada yang sudah boleh buat.

Peringkat 5:
Membuat hasil binaan yang bermakna dan bercerita tentang hasil binaannya dengan bahagia.

Peringkat 6:
Dramatic play/play role dengan hasil binaan yang lebih kompleks. Selalunya mereka akan bina sesuatu yang mereka sedang suka seperti dinasor ke, ikan ke, kereta ke dan membawanya kan mereka sebahagian dari binaan itu. Mereka akan bercerita seperti sangat nyata!

Anak-anak usia 3 – 4 tahun sudah boleh melakukan ini. Mereka boleh menggunakan block untuk memperbaiki kemahiran motor kasar dan halus dengan membina struktur yang kompleks yang memerlukan keseimbangan, tangan yang stabil dan pastinya koordinasi mata dan tangan.


Lego adalah contoh brand mainan block yang sudah di berikan karakter dari binaannya dan anak-anak akan berimaginasi menurut karekter binaan itu.Bestkan!

Jerebu di luar rumah, di dalam rumah kita masih boleh bermain ria insyallah! Begitulah kita ibu bapa pun belajar beradaptasi apabila jadual berubah drastik tidak seperti yang di jangka!

Jom bermain! Main bukan sebarang main, main bermotif gittew. Semoga tiada kejadian emak engkau hijau.

Published by
SRM