Ibu bapa semestinya menantikan perkembangan yang positif untuk anak-anak. Kan? Setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza dan ada kalanya tidak mengikut aturan yang betul.

Menjadi kerisauan buat ibu ayah apabila anak berganjak ke tiga tahun, tetapi anak masih belum pandai membaca dengan lancar. Ibu ayah jangan ambil mudah perkara sebegini. Tentu ada puncanya yang ibu ayah kena tahu supaya dapat mencari penyelesaian supaya anak membaca.

Menurut perkongsian seorang ibu dan juga Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Maryam Thoraya Arifin, seorang anak perlu mempunyai asas sebelum bersedia untuk diajar membaca.

Bukan Salah Anak Lambat Membaca, Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

 

Melalui perkongsian Puan Maryam, ibu ayah perlu menggunakan pendekatan yang betul untuk mendidik anak-anak seperti mana yang digunakannya di pusat pendidikan. Anak-anak perlukan FOUNDATION sebelum BERSEDIA di ajar membaca.

Boleh ke kalau nak skip foundation ni, terus je ajar baca? Jawapannya, anak anda, kena ada kemahiran mendengar dan biasa bertutur lama sebelum dia pandai bercakap dengan baik. Begitu juga dengan membaca. Ada banyak persediaan mereka perlukan sebelum mereka bersedia di ajarkan membaca.

Ads

 

Apa kesannya kalau terus je? kesannya, anak tak fokus, anak tak berminat, anak tak enjoy, anak cepat bosan, akhirnya target nak kasi pandai membaca semakin tergendala.
Habis, anak dah 5 tahun ni? Iya, mari kita bantu cepatkan proses ini dengan KUATKAN FOUNDATION membaca di rumah melalui rutin harian. Sangat banyak yang ibu bapa boleh lakukan kerana ibu bapa ada kuasa KASIH SAYANG yang LUAR BIASA.

5 Asas Penting Ibu Ayah Boleh Ambil Untuk Anak-Anak

1.Sentiasa berbual
Sentiasa berbual mesra dengan mereka dan pastikan mereka on tract. Anda boleh dedahkan kepada perbualan harian yang melibatkan aktiviti yang kita sering buat. Hadirkan suasana yang menggalakkan anak untuk rasa nak bercakap juga.Bukan Salah Anak Lambat Membaca, Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

Ads

2.Object Recognition Skills
Anak-anak, sebelum dia nak kenal huruf ABC, mereka perlu sudah dibiasakan mengenali objek sekitarnya. Dah boleh cerita ini gajah, ini harimau, ini bapak dinasour, ini ada tanduk, ini tiada tanduk, ini warna merah, monyet tu warna coklat, burung tu warna putih, apa terjadi pada burung tu. Biarkan merek mengenalinya dan dapat relatekan dalam dunia sebenar.

Bukan Salah Anak Lambat Membaca, Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

3.Attention Skills
Biasanya anak antara 2-4 tahun, mereka aktif ke sana-sini. Mereka seronok explore macam-macam. Kita tak boleh terus paksa mereka tiba-tiba berubah kepada duduk diam baca buku. Bantu anak untuk fokus dengan wujudkan aktiviti untuk mereka. Aktiviti yang mereka minat.

Ads

Bukan Salah Anak Lambat Membaca, Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

4.Tactile Skills
Tidak dapat dinafikan, anak-anak amat perlu tactile skills ini. Deria sentuh mereka perlu sentiasa dirangsang dengan pelbagai tekstur dan aktiviti. Meramas pasir, bermain biji-biji kacang, menggunting, painting, bermain air, menggunakan pelbagai alat adalah amat bagus. Ini akan membantu meransang otak mereka yang kelak akan membantu perkembangan emosi, bahasa dan banyak lagi. Boleh google: Messy Play & Sensory Play Activities. Mulakan yang senang dulu ya.

Bukan Salah Anak Lambat Membaca, Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

5.Minat Explore Buku!
Sebagai orang dewasa, sukakah kita belajar sesuatu yang kita tidak minat? Sukakah kita untuk belajar sesuatu yang kita tak faham kenapa kita perlu belajar? Begitulah mereka. Minat ini teramat sangat perlu kita bantu pupuk dahulu. Kerana ia makan masa. Macam mana nk bantu pupuk minat membaca? Panjang penjelasannya tapi yang paling mudah ialah wujudkan bonding dengan anak, seronok nak explore gambar je dulu. Bantu anak untuk dapat relatekan buku dengan keseronokan. Tak payah sibuk dengan perkataan pun tak apa lagi. Gunakan buku tapi tujuannya untuk meransang minat dan target-target di atas dahulu.

Bukan Salah Anak Lambat Membaca, Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

SUMBER: Maryam Thoraya Arifin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI