Sudah menjadi kebiasaan bagi bakal ibu bapa untuk membuat ujian imbasan ketika tempoh hamil. Keterujaan untuk melihat jantina bayi biasanya menjadi penyebab mengapa kebanyakan ibu bapa membuat ujian imbasan. Sebenarnya ujian imbasan bukan sekadar untuk melihat jantina anak, tetapi lebih dari itu. Membuat ujian imbasan terperinci amat digalakkan tetapi tidak banyak ibu bapa yang peka dengan hal ini. Ikuti apa kata Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr. Ummul Wahiy dari Hospital Umra berkenaan topik ujian imbasan terperinci ini.
APA ITU UJIAN IMBASAN TERPERINCI?
Ia merupakan ujian ultra bunyi yang dibuat untuk melihat anggota badan atau organ bayi. Antara perkara yang akan diberi keutamaan ketika ujian imbasan terperinci ini dilakukan adalah otak, jantung, buah pinggang, perut dan lain-lain. Ketika ini juga kita boleh melihat keadaan kepala bayi iaitu pada bahagian otak belakang (serebrum), cecair dalam otak (lateral ventricles), tisu otak, saiz kepala dan banyak lagi.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah kepentingan melihat keadaan kepala bayi ketika ujian imbasan dibuat. Sebenarnya ia penting untuk memastikan tiada sebarang benda asing yang ada padanya. Benda asing yang dimaksudkan adalah antara lain, cyst yang mungkin boleh menjurus kepada kecacatan bayi dengan Edward Syndrome.
Ketika awal kehamilan, ibu seharusnya membuat ujian imbasan saringan (routine anomaly scan). Ujian imbasan ini umpama satu saringan yang boleh mengenal pasti ibu mana yang perlu membuat ujian imbasan terperinci. Ujian-ujian ini penting kerana ia untuk mengenal pasti bayi yang bermasalah. Jika bayi di dalam kandungan mempunyai masalah jantung misalnya, maka doktor boleh merujuk kes ini kepada pakar jantung kanak-kanak semasa bayi itu masih dalam kandungan si ibu.
BERAPA KERAP PERLU BUAT UJIAN IMBASAN?
Dr. Ummul menyarankan para ibu hamil untuk membuat ujian imbasan ini sekurang-kurangnya tiga kali sepanjang tempoh mengandung:
Ads
4-7 Minggu Kehamilan
Untuk mengesahkan kehamilan tersebut berada di dalam rahim. Kehamilan luar rahim adalah berbahaya dan berpotensi untuk untuk mengancam nyawa ibu. Ia juga membantu mengesahkan kehadiran denyutan jantung bayi.
11-14 Minggu Kehamilan
Ketika ini disarankan untuk membuat ujian imbasan terperinci Nuchal Transluscency (NT). Dengan mengadakan ujian ini, doktor dapat mengenal pasti sekiranya janin itu lebih berisiko untuk mendapat masalah lain seperti masalah kromosom. Ujian NT adalah apabila doktor mengukur pengumpulan cecair di belakang leher bayi.
Jika ia kurang dari 2.5mm, 80 peratus berkemungkinan bayi itu tidak bermasalah. Tetapi jika melebihi 2.5mm, kemungkinan bayi bermasalah itu adalah sebanyak 80 peratus. Masalah yang disyaki termasuklah masalah kromosom, masalah struktur janin dan sebagainya.
Ads
Satu lagi ujian yang boleh dibuat adalah Non Invasive Prenatal Test (NIPT) yang memerlukan sampel darah ibu diambil. Apabila kandungan mencecah usia 10 minggu, 12 peratus sel bayi sudah ada di dalam darah ibu. Biasanya ujian NIPT dibuat untuk melihat sama ada bayi mempunyai masalah koromosom sahaja.
18-22 Minggu Kehamilan
Pada usia kandungan ketika ini, ujian imbasan dibuat untuk mengesan jika bayi mempunyai masalah struktur fizikal atau otak. Jika ada yang tidak kena, ujian berikutnya akan dibuat untuk mengesahkan masalah sebenar. Seandainya ada masalah dengan kesihatan bayi, pada waktu inilah doktor akan mula mendapatkan pandangan dari pakar kanak-kanak yang berkenaan. Ujian imbasan terperinci boleh dibuat pada usia kandungan 18-22 minggu kehamilan tetapi hasilnya mungkin tidak tepat kerana kandungan masih kecil.
Pada usia 18-22 minggu kehamilan, buat ujian imbasan terperinci juga dapat melihat tahap kesihatan jantung. Jika tiada masalah, ulang ujian ini pada usia kandungan 28 minggu. Seandainya kedua-dua ujian ini menunjukkan keputusan yang normal, jantung bayi diyakini tidak bermasalah sebanyak 90 peratus.
Ads
Anggaran harga untuk perkhidmatan ini hanya RM150.00 – 450.00 sahaja. Jangan ambi risiko, lakukan ujian imbasan terperinci anda mengikut waktu yang disarankan. Ujian ini juga tidak berbahaya kerana menggunakan gelombang bunyi, maka ia selamat dibuat secara kerap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehamilan sememangnya cukup indah namun menempuh trimester pertama ternyata cukup menguji kekuatan ibu hamil. Ada daripada kita yang langsung tidak mahu makan dek kerana tiada selera mahupun muntah berpanjangan sehingga ibu hamil takut untuk makan.
Namun ada juga kes di mana ibu hamil merasa loya dan tidak berselera setiap kali melihat makananan, sudahnya ibu hamil hanya minum air dan jus untuk mendapatkan tenaga. Jadi bagaimanakah ibu hamil dapat memberikan nutrisi pada tubuh dan sekaligus bayi di dalam kandungan. Dan adakah perlu ibu hamil mengambil suplemen?
Menurut Dr. Jamali Wagiman, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Columbia Asia, Seremban, terdapat banyak vitamin dan mineral di dalam pasaran. Pengambilannya kerap menjadi topik utama semasa pemeriksaan di klinik atau sesi soal jawab di seminar pra-natal.
Asas sebenar pengambilan vitamin dan mineral tambahan semasa hamil adalah untuk mengurangkan komplikasi buruk yang mungkin berlaku kepada ibu dan bayi. Oleh itu, hanya zat besi dan folic acid sahaja perlu diambil.
Walaupun keperluan zat besi hanyalah 60 mg sehari dan asid folik 400 mg, tubuh manusia tidak mampu menyerap 100 peratus dari pil yang ditelan. Untuk itu, ibu hamil perlu mengambil zat besi, antara 180mg hingga 500mg bergantung kepada formula yang diambil.
Sentiasa perhatikan juga label pada botol dan rujuk semula kepada doktor kerana terdapat formula yang mengandungi paras zat besi yang terlalu sedikit walaupun perisa dan bungkusannya lebih menarik.
Kalsium, Vitamin A, dan zink hanya perlu diambil dalam kes-kes tertentu sahaja manakala pengambilan mineral micronutrient seperti vitamin B6, E, C dan D tidak perlu ditambah.
Kesimpulannya, untuk sihat ketika hamil tidak memerlukan pengambilan berbilang zat dan mineral. Ambil sahaja suplemen yang disarankan oleh doktor kerana itu sebaiknya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina, setiap Rabu jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Setelah mengumumkan kehamilan kedua baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkongsi kepada umum bahawa bayi lelaki yang berusia empat bulan lebih itu sebenarnya kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah.
Menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa menjadi tetamu #CartaERA40 bersama Nabil Ahmad baru-baru ini, Datuk Siti menjelaskan sebenarnya beliau lalui rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF)… bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah.
“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama… tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu.
“Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,” katanya dalam nada kesyukuran.
Tambahnya lagi walaupun menunggu lama untuk menimang cahaya mata sendiri, doanya telah dimakbulkan dan bersyukur tetap dapat sepasang untuk melengkapi hidup rumah tangganya.
Sebelum ini, desas-desus peminat yang menyatakan Datuk Siti hamil anak kedua terjawab apabila beliau mengumumkan sendiri berita ini. Tiada niat nak sembunyikan tetapi bila bayi dah membesar dengan sihat, itulah masa sesuai beliau umumkannya.
Pengumuman itu dilakukan menerusi Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti yang berlangsung secara online melalui aplikasi Zoom.
Beliau yang sedang hamil empat bulan menzahirkan kesyukuran dan keterujaan apabila bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
Setelah itu, Tok Ti sekali lagi turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan April tahun depan menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee 12 Disember lalu.
Datuk Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.