Kalau tanya anak-anak sekarang kenal atau tidak dengan permainan tradisional seperti congkak mungkin ada yang tak mengenalinya. Sebenarnya permainan tersebut sangat baik untuk perkembangan anak-anak usia tadika.
Perkongsian oleh Puan Siti ‘Aisyah Rozalli seorang Occupational Therapist di Facebook miliknya menyenaraikan 5 manfaat yang akan diperoleh bila anak-anak yang masih dalam usia tadika bermain congkak.
Artikel lain: Biar rasa hambar untuk kita tapi sedap untuk anak. Ini 3 sebab kenapa tak boleh tambah garam & gula dalam makanan bayi
5 SEBAB CONGKAK PERLU ADA DI SETIAP RUMAH YANG ADA ANAK USIA TADIKA
1. Koordinasi mata-tangan.
Masa anak-anak tengok pergerakan tangan dia dan nak masukkan congkak dalam setiap lubang congkak, masa inilah anak belajar koordinasikan pergerakan tangan dengan penglihatannya.
Kemahiran ini penting untuk anak-anak boleh fokus penglihatan pada tangannya semasa belajar menulis.
2. Manipulasi dalam tangan.
Masa anak genggam guli banyak-banyak dalam tapak tangan, dan gerakkan satu per satu guli dari tapak tangan ke hujung jari untuk dimasukkan ke dalam lubang congkak, ketika inilah anak belajar manipulasi dalam tangan.
Kemahiran ini penting untuk anak boleh kawal pensel dengan baik.
3. Fokus visual vs fokus auditori.
Anak belajar untuk tidak terganggu dengan bunyi-bunyian guli yang bising, san teruskan fokusnya pada penglihatan mata dan pergerakan tangannya.
Kemahiran ini penting untuk bantu tingkatkan fokus anak.
4. Mengikut peraturan mudah.
Semasa anak belajar untuk masukkan satu guli sahaja dalam setiap lubang congkak, anak belajar mengikut peraturan mudah.
Mengikut peraturan tanpa stress penting untuk anak boleh duduk dengan baik dan kuasai kemahiran kemahiran kompleks sepertu membaca dan menulis.
5. Belajar sabar dan mengikut turutan.
Terutamanya untuk anak yang sedikit kurang sabar dan nak buat kerja dengan laju sahaja, main congkak akan bantu anak untuk "tone down" dirinya.
Sebab anak perlu fokus pada memasukkan satu demi satu guli mengikut turutan pada lubang congkak.
Best dan simple kan?
Ha. Pergi beli congkak cepat kalau belum ada
#OTAisyahRozalli
#GymCademy
#ParentingWithoutJudgement
#GymThatTeach
#GCATeam
Sumber: ‘Aisyah Rozalli
Artikel lain: Nak otak anak makin bijak & hebat. Cuba 5 cara doktor sarankan ni, memang membantu!