Anak austime juga seperti anak-anak normal lain. Mereka juga memerlukan rangsangan aktiviti untuk perkembangan mental dan fizikalnya.
Namun aktiviti bermain selalunya sukar bagi anak-anak autistik ini, peluang pembelajaran sambil bermain menjadi terhad.
Ikuti panduan oleh Dr Airil Haimi Mohd Adnan yang merupakan Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan Penyelidik aktif psikologi perkembangan tahun awal dan serta sosiologi pendidikan usia praformal.
Aktiviti 1 Bermain dengan alat permainan ‘tradisional’
Terdapat beberapa permainan yang agak tradisional seperti catur atau dam dan lain-lain lagi yang yang terdapat di kedai serbaneka dan kedai permainan yang menawarkan peluang untuk si kecil autistik mencuba kemahiran seperti mengalihkan sesuatu, berkongsi sesuatu dan menunggu gilirannya. Namun, pastikan apabila anda memilih permainan seperti ini, cuba pilih yang tidak mengambil terlalu banyak masa untuk dihabiskan. Ini kerana tempoh fokus si kecil yang autistik mungkin agak terhad.
Aktiviti 2 Melakukan aktiviti berasaskan pergerakan
Rata-rata, ramai kanak-kanak dengan autisme sentiasa mahu bergerak aktif. Ini kerana mereka amat menikmati pergerakan memanjat, berlari, berayun, melompat dan lain-lain lagi. Kadangkala hal ini mendatangkan mudarat kepada mereka.Apa kata papa dan mama gunakan minat ini untuk melibatkan si kecil autistik dengan aktif? Aktiviti seperti berayun di atas buaian (dengan seliaan orang dewasa) boleh menjadi menyeronokkan. Melompat di atas trampolin, berlari bebas di padang atau taman rekreasi juga boleh dijadikan rutin positif untuk si kecil dengan autisme.
Ads
Aktiviti 3 Bemain dengan plastisin dan bahan serupa
Sesetengah kanak-kanak yang autistik benar-benar menikmati aktiviti dengan plastisin, bermain dengan pasir, lumpur atau bahan-bahan yang mungkin ‘menggelikan’ kanak-kanak lain.
Yang paling utama, ikutlah kehendak si kecil anda sendiri kerana yang utama ialah proses memfokus deria sebagai kanak-kanak dalam Spektrum Gangguan Autisme.
Aktiviti seperti ini dapat menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk si kecil autistik anda dan pada masa yang sama dapat melatihnya mengawal deria dan rangsangan yang ada kalanya boleh merimaskan dan melemaskan kanak-kanak yang ada gangguan autisme.
Aktiviti 4 Jom menari dan menyanyi
Muzik memotivasikan kanak-kanak. Kanak-kanak yang autistik tetapi dengan kepekaan bunyi yang tinggi akan menikmati muzik sebagai suatu medium untuk merangsang dan menenangkan diri mereka. Mama dan papa juga boleh mencari jalan untuk memasukkan elemen muzik dan lagu ke dalam aktiviti yang dilakukan dengan si kecil yang autistik pada setiap hari. Sebagai contoh, sambil menyanyi boleh dilakukan pergerakan aktif seperti menari dan menonton video muzik untuk kanak-kanak yang membawa keriangan.
Ads
Aktiviti 5 Aktiviti membina
Aktiviti pembinaan disukai oleh kanak-kanak lelaki dan juga perempuan. Untuk anak kecil yang autistik, aktiviti seperti ini banyak faedahnya seperti mendidik kesabaran dan membantu koordinasi diri serta kawalan rangsangan yang terlampau.Lebih menarik lagi, papa dan mama tidak semestinya harus membeli blok permainan binaan yang mahal-mahal. Ini kerana kotak kosong, alatan dapur yang tidak terlalu berat atau mudah pecah serta tajam, malah apa sahaja yang sesuai boleh digunakan untuk aktiviti berbentuk permainan membina (building things).
Aktiviti 6 Aktiviti seni dan juga kraf
Kanak-kanak autistik adalah insan yang mempunyai deria visual yang juga kuat. Maka, ramai kanak-kanak yang berada dalam Spektrum Gangguan Autisme amat menyukai kegiatan seni dan kraftangan termasuk menconteng dan meluksi yang menyenangkan dan memotivasikan mereka. Seni dan kraf juga boleh menjadi aktiviti bahasa yang hebat sambil menawarkan peluang penting untuk mengembangkan kemahiran motor halus. Namun, pastikan aktiviti ini bersesuaian dengan tahap perkembangan si kecil yang ada gangguan autisme berkenaan.
Ads
Aktiviti 7 Bermain menggunakan gajet atau peranti elektronik
Dalam ruangan ini bulan lepas, kita telah berbincang panjang lebar tentang manfaat demi manfaat komputer tablet, telefon pintar dan gajet serupa dalam perkembangan kanak-kanak pada tahap pendidikan usia praformal. Manfaat yang sama juga pasti dapat diraih oleh si kecil yang autistik. Autismenya tidak harus menjadi halangan untuk si kecil itu menikmati pembelajaran menerusi teknologi yang pasti menghiburkan. Hanya kata-kata kunci ‘dalam keadaan terkawal’ perlu menjadi panduan utama dalam menggunakan gajet agar tidak pula ketagihan pada hari muka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa ada anak umur bawah 2 tahun suka meragam atau tantrum tentu pening kepala memikirkan apa sebenarnya punca masalah tersebut.
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak usia tersebut, anda kenalah ambil tahu punca dan cara mengendalikan tingkah laku si kecil.
Pada usia bawah dua tahun mereka masih lagi pada fasa seorang bayi namun sudah mula ”bertindak” macam kanak-kanak sudah besar.
Oleh kerana mereka masih belum pandai bertutur ia menjadi sukar untuk menyampaikan apa yang diinginkan. Akhirnya bila orang dewasa tak faham apa yang diinginkan oleh si kecil, maka berlakulah tantrum.
Perkongsian daripada seorang ibu, Dr Anayasmin Azmi yang menerangkan punca sebenar anak umur bawah 2 tahun mengamuk atau tantrum.
Siapa ada anak usia 1tahun-2tahun?
Perasan tak pada usia ini nampak macam mula meragam..’tantrum’ kata orang putih.
Sebenarnya usia ni anak kecil kita bina banyak kemahiran.
1) Anak kita mula bina AUTONOMY. Iaitu rasa dia ada kuasa menentukan sesuatu. Sebagai contoh anak saya tentukan apa baju dia nak pakai dan baju umi dia pakai juga…huhu
2) Anak kita juga mula COPYCAT. Dia akan tiru apa kita buat. Kalau kita sapu dia pun nak menyapu, kita masak dia pun nak masak. Raikan sahaja. Beri sahaja alatan ‘real’ untuk dia guna.
3) Anak mula PRETEND PLAY. Ala mcm berlakon-berlakon gitu. Dia ambil teddy bear bawak jalan-jalan macam teddy tu babynya. Dia suap teddy makan.
4) Anak juga sebenarnya mula EXPERIMENT dengan kita. Contoh semalam anak saya tumpahkan air dari cawan ke lantai. Tumpah separuh dia tengok wajah saya. Tengok mak dia calm je..dia tuang semua..huhu.Dia experiment respond kita.
Anak belajar sebenarnya. Banyak perkara dia belajar. Raikan perkembangan ini dan konsisten pada respond yang diberikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan semua ibu bapa jadi tegas dan garang bila ia berkait dengan didikan anak. Sama seperti aktres Noor Khiriah, walau pun mempunyai karakter yang lucu, tapi dia amat tegas.
Didikan dan disiplin itu bermula dari rumah. Tidak kira anak lelaki mahu pun perempuan, ketegasan ibu bapa memang perlu terutamanya bila menetapkan peraturan. Noor Khiriah telah berkongsi di Instagram beliau video berdurasi 56 saat itu menunjukkan dia bertanya kepada anak lelakinya sesuatu.
Camera sorok masa rekod ni.Ni cara saya, memang sy msk air tapi saya akan jd singa bila bab anak2..dlm zaman yang makin ngarut ni..time main..mainlah, time seyes..seyes..
Kadang2 sedih, mak ayah dah bagj semua cukup..bila besar lain jadinya..Bapaknya dah ckp..klu wat pangai pelik2..anta sekolah pondok..sebab kat sana anak2 br taw camne hidup berdikari..-Rotan tu acah je?
Video yang di tonton oleh lebih daripada 81 ribu dalam masa 9 jam ini akhir. Para netizen seolah-olah mengimbau kembali kenangan semasa kecil dahulu apabila ibu bapa memanggil dan kenangan dirotan. Hakikatnya apa yang dilakukan oleh Noor Khiriah ini bagus dan wajar dicontohi walau pun dia hanya acah-acah dengan rotan sahaja.
Disangka masalah bermain mercun seperti putus jari dan sebagainya menjadi penyumbang peratusan ke wad pediatrik. Namun sangkaan itu meleset bila mana wad kanak-kanak di Hospital Besar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kes-kes masalah pernafasan sepanjang cuti perayaan ini.
Menurut perkongsian Astro Awani, hampir 80 peratus kes kemasukan kanak-kanak ke wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan melibatkan masalah pernafasan di musim perayaan.
Ketua Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak HKL, Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose menasihatkan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti ziarah di musim Aidilfitri ini.
“Kes melibatkan masalah pernafasan dilihat mendominasi kali ini berbanding kes putus jari akibat mercun.
“Pihak kami menjangka kemasukan ke wad kanak-kanak terus meningkat di hari raya kedua dan ketiga,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Asmayani Khalib di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tambah beliau, kes terbabit melibatkan penyakit pneumonia dan bronkitis berlaku akibat akibat virus yang tersebar di udara menerusi pesakit batuk atau sentuhan dengan pesakit.
“Terdedah dalam suasana yang ramai terutama musim perayaan ini antara salah satu punca peningkatan kes.
“Kita tahu hari perayaan ramai orang dalam ziarah ini menyebabkan terdedah jangkitan kuman. Masyarakat perlu cakna mengenai isu ini,” katanya.
Bagi mencegah jangkitan katanya, pastikan meneruskan amalan membasuh tangan dan memakai pelitup muka di tempat orang ramai amat digalakkan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.