Ramai wanita bergelar suri rumah rasa tak hebat seperti wanita bekerjaya sehingga sentiasa rendah diri. Sedangkan pada hakikatnya ia pengorbanan besar dan patut dibanggakan.

Namun dalam masyarakat sekarang, bila sebut saja suri rumah kebanyakan akan bagi persepsi negatif.

Ads

Ingat setiap pengorbanan wanita tak kiralah yang bekerja atau suri rumah masing-masing menggalas tanggungjawab besar.

Ads
Ads

Seperti yang dikongsikan oleh Intan Dzulkefli, suri rumah adalah hebat! Penat lelah yang dilakukan seawal celik mata hinggalah nak pejam mata setiap hari bukannya mudah.Bukan Semua Boleh ‘Survived’ Jadi Suri Rumah. Kalau Anda Terpilih Kira Hebatlah!Jangan rasa rendah diri jadi suri rumah. Ramai saya jumpa suri rumah yang hebat-hebat. Kalian juga begitu. InsyaAllah.

Bukan semua wanita boleh ‘survived’ menjadi suri rumah. Jadi apabila kalian gembira, bahagia dan bersyukur itu tanda kalian orang yang hebat.
Tepuk bahu sendiri, ‘You are doing great!’
Nilaian ‘hebat’ itu bukanlah cuma dari ‘material’ yang contohnya kereta lambang apa, rumah berapa tingkat, emas tebal mana dan sebagainya.
Kadangkala pandangan kita dalam menilai makna ‘kaya dan berjaya’ itu banyaknya cuma fatamorgana, ada pula yang mungkin membinasakan.
Sesungguhnya tidaklah Allah menciptakan kita hanya untuk berlumba mengejar harta, anak pinak dan sebagainya, bahkan ada banyak firmanNya mengingatkan bahawa hal-hal manusia selalu banggakan itulah ‘ujian’ yang selalu melalaikan kita.
Purpose kita atas dunia ini lebih BESAR dari itu. Oleh itu wahai wanita, sekiranya kita Allah pilih untuk duduk di rumah, berazamlah untuk jadi hebat melalui kehidupan kita di rumah.
Begitu juga dengan sebaliknya. Kerana wanita yang Allah pilih untuk berjuang di luar rumah, mereka juga ada ‘ujian’ yang memerlukan mereka juga ‘berperang’ setiap hari. Cuma medan kita sahaja yang berbeza.
Tak dinafikan, tak selalu kita rasa positif, kadang mesti datang rasa ‘down’, mentally tired, emotionally broken and so on.. tetapi, sentiasa ingat, kita sentiasa ada Allah. Itulah sumber kekuatan kita paling ampuh.
Penat kita, biarlah Allah yang Menilai.
Lelah kita, biarlah Allah yang Membalas.
Di mana pun posisi kita berada hari ini, itulah tempat terbaik yang Allah tetapkan untuk diri kita. Biarpun kadang itu bukanlah pilihan atau doa kita, tetapi itu yang Allah telah tetapkan.
Bukan Semua Boleh ‘Survived’ Jadi Suri Rumah. Kalau Anda Terpilih Kira Hebatlah!Maka, yakin itu yang paling baik untuk kita. Allah Lebih Mengetahui dari kita yang terlalu sedikit pengetahuan.
Yakinlah!
Suri rumah menyemai pahala dari rumah. Suri bekerjaya mengumpul pahalanya dalam khidmat kerjayanya untuk ummah.
Sama-sama dalam perjuangan masing-masing. Maka, berjuanglah jangan pernah putus asa. Allah nampak penat lelah kita. InsyaAllah Allah sedang Menilai segalanya.
Jika lelah, bangkitlah kerana Lillah! Kerana mahar syurga bukannya murah….
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI