Bukan senang membesarkan anak sendirian. Tetapi anda perlu kuatkan semangat. Tiada siapa yang menginginkan perkahwinan berakhir dengan penceraian. Dan kajian juga menunjukkan memang ada kesan sampingan kepada anak-anak terutamanya di usia anak sedang membesar.
Tambahan lagi apabila anak anda memang rapat dengan ibu atau ayahnya. Anak-anak ini sebahagiannya bukan sahaja menyalahkan ibu bapa atas apa yang berlaku sebaliknya ada juga yang merasakan merekalah punca perpisahan itu. Justeru mereka rasa bersalah dan mahu menyendiri. Jadi anda perlu pulihkan hubungan anda dan anak. Apatah lagi kini anda menjadi ayah dan ibu di rumah. Berikannya sedikit masa tetapi jangan biarkan tanpa belaian.
Ads
Selalulah berbual dengan anak, tanya apa yang dibuat hari ini atau apa yang dia belajar hari ini. Banyakkan mendidik berbanding mengherdik, ia akan membuatkannya lebih tertekan.
Apabila anak anda menyendiri dan kadangkala memberontak akan menyebabkan anda rasa tertekan dan marah. Jadi, anda perlu bersabar dan rasakan apa yang dilaluinya. Selalulah peluk dan dakap anak anda. Dia sangat perlukan sokongan ketika ini. Anda juga perlu tahu apa makanan kegemarannya, aktiviti yang paling disukainya dan macam-macam lagi untuk mengambil hatinya.
Elakkan bermusuh dengan bekas suami atau isteri dan menceritakan keburukan suami atau isteri pada anak. Biarkan hubungan mereka baik dan ia akan memberi kegembiraan padanya. Anda dan anak perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Sekiranya berkesempatan, pergilah melancong. Cari suasana baru yang dapat melupakan sedikit kelukaan yang dialami. Akhir sekali, perlu diingatkan juga perubahan tidak akan berlaku sekelip mata jadi anda perlu kuat dan tabah.
Ads
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pergi umrah dengan bayi? Tak menyusahkan ke? Walaupun mencabar tapi tiada yang lebih manis melainkan kenangan mengerjakan umrah dengan membawa bayi bersama.
Cabaran memang ada bagi keluarga yang membawa anak kecil mengerjakan umrah namun keseronokan berada di Tanah Suci membuatkan sesiapa pun sabar menghadapi ujian tersebut.
Pengalaman manis yang dilalui oleh Nor Asmah ketika mengerjakan umrah bersama keluarga serta bayinya sangat-sangat manis untuk dikenang.
PENGALAMAN DAN TIP MENUNAIKAN IBADAH UMRAH BERSAMA ANAK KECIL
Alhamdullilah bulan Disember 2017 merupakan pengalaman yang paling indah dan manis dalam kehidupan kerana, Allah mengizinkan kami sekeluarga (suami,anak, adik beradik, makcik dan saudara-mara kami) telah pergi menunaikan ibadah umrah bersama-sama. Alhamdullillah perjalanan dengan lancar dan dipermudahkan.
Pengalaman membawa bayi untuk mengerjakan ibadah umrah merupakan pengalaman yang sangat manis walaupun ia merupakan cabaran buat kami.
Syukur pada Rabb kerana kami diberi peluang untuk sama-sama mengerjakan umrah bersama anak kecil dengan mudah. Dengan doa dan, alhamdulillah, Aqill tak banyak ragam sepanjang penerbangan dalam pesawat.
Muhammad Aqill Rayyan adalah anak pertama kami. Saya berniat untuk membawa Aqill bersama kami menunaikan ibadah umrah sekiranya ada rezeki.
Alhamdulillah, dalam usia Aqill genap 1 tahun, Allah izinkan kami membawa Aqill bersama. Sebelum pergi, saya banyak membaca blog-blog berkaitan dengan bayi.
Banyak maklumat yang diperolehi. Dengan sedikit pengalaman, saya ingin share kepada semua, apa yang perlu kita sediakan sebelum berangkat menunaikan umrah bagi yang membawa bayi atau anak kecil.
Saya sediakan 1 bag bagasi khas untuk Aqill dan satu beg belakang khas untuk Aqill di bawa ke mana-mana seperti dalam pesawat, masjid, membeli-belah dan ketika ziarah.
Baby Casinet
Di antara perkara penting yang perlu dibuat ialah ketika mula mendaftar umrah. Kalau boleh kita terus booking sekali “baby basinet”.
Baby basinet ini adalah katil baby yang dipasang di dinding di hadapan tempat duduk kita. Kebiasaanya mesti seat kita di hadapan sekali. Ini penting apabila bayi mula tidur dan kita boleh letakkan ke dalam basinet ni. Sekurang-kurangnya kita boleh rehat.
Pakaian siang malam
Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah pakaian bayi. Saya pergi bulan 12 (musim sejuk) di Haramain. Cuaca di Madinah lebih sejuk berbanding di Mekah. Sediakan pakaian panjang, seluar panjang, baju sejuk baby, sarung tangan dan stoking untuk bayi.
Ubat-ubatan
Saya bawa segala ubat- ubatan. Alhamdullilah Aqill sihat semasa di Madinah dan Mekah. Sentiasa berdoa dan berikan serta minumkan air zam-zam pada anak kecil sepanjang di Madinah dan mekah. Air zam-zam adalah ubat paling mujarab.
Mainan dan cerita kanak-kanak
Jangan lupa bawak mainan anak dan download cerita yang anak suka tengok, ni penting bila dalam flight (9 jam) supaya anak tak boring. Makanan anak seperti coklat atau biskut perlu sentiasa ada. Contoh bila dalam flight, kat masjid, dalam bas dan lain-lain.
Carrier dan Stroller
Carrier dan stroller dua-dua saya bawa. Tapi saya banyak guna carrier sebab Aqill tak nak duduk dalam stoller. Stroller tak boleh bawa masuk dalam Masjid Nabawi.
Sekiranya membawa stroller, hanya di luar masjid sahaja. Pengalaman saya, solat subuh di luar masjid kerana membawa Aqill dalam stroller yang sedang nyenyak tidur, suhu ketika itu teramat sejuk beserta dengan tiupan angin di Madinah, mujur saya persiapkan diri dengan lapisan baju tebal.
Tisu basah dan Tisu kering
Tisu basah amat penting untuk dibawa ke mana-mana dan sediakan di dalam beg baby bersama ketika kita berada di dalam masjid, bas dan dalam pesawat. Bawa ikut keperluan.
Pampers
Perlu membawa pampers yang mencukupi dan tahan dari kebocoran. Sediakan beberapa keping pampers di dalam bag baby untuk di bawa ke pesawat. Dan selebihnya saya letak di dalam bag bagasi khas untuk Aqill. Dinasihatkan ketika membuat tawaf dan saie serta sepanjang membuat umrah, hendaklah ditukar pampers bayi terlebih dahulu.
Susu
Aqill menyusu botol dengan susu formula. Saya bawa susu formula dengan secukupnya. Termos juga saya bawa untuk diletakkan di dalam beg kecil.
Cabaran
Membawa anak kecil, memang mencabar. Ketika di masjid, Aqill terlalu aktif dan berlari-lari ketika saya sedang solat dan pengalaman menjatuhkan kerusi jemaah ketika sedang solat.
Tetapi jangan sesekali kita merasakan susah dan marah anak, malah banyakkan berdoa supaya dipermudahkan segala urusan ketika melakukan ibadah.
Perbaiki niat dan sentiasa bersabar. Perbanyakkan doa agar kita dapat membuat Umrah dengan rahmat dari Allah. Alhamdulillah, Allah sentiasa permudahkan urusan umrah kami.
Allah izinkan Aqill untuk mengucup dan mencium kaabah (kiswah) dan tidak meragam ketika sedang membuat tawaf dan saie. Doakan kami sekeluarga sentiasa menjadi tetamu Mu ya Allah…
Sumber: Nor Asmah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Wawa Zainal berkongsi tip mudah agar rumah tangga bahagia dengan sentiasa anggap suami sendiri paling handsome di dunia. Perkahwinan antara Wawa Zainal dan aktor, Aeril Zafrel sudah memasuki usia tujuh tahun.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 5 dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.
Wawa berkongsi tip kebahagiaan rumah tangganya di instagram
tips rumah tangga bahagia . sentiasa la anggap suami anda paling hensem di dunia hahahahhaha..walaupunn.. – Wawa Zainal
Walaupun sebenarnya Aeril memang handsome kan? antara komen Netizen yang memenuhi ruang komen di instagram Wawa. Mereka juga turut bahagia melihat rumah tangga Wawa dan Aeril bahagia.
Suami awak memang hnsem laa. awak pula cantik yakmatt
Sesetengah orang, tak boleh bau pewangi kereta. Mulalah ada yang rasa pening dan tak selesa lagi-lagi bila melibatkan perjalanan jauh dan perlu membuka aircond. Namun jika tak digunakan pewangi, kereta pula berbau hapak.
Mungkin bagi anda yang ingin mencari penyelesaiannya, daun pandan adalah salah satu alternatif nak bagi kereta berbau segar dan ia juga bagus untuk mengelakkan lipas dalam kereta.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Tyha Tyha, caranya menggunakan daun pandan sebagai pewangi semulajadi dalam kereta memang berkesan dan boleh terasa kesegarannya.
Assalammualaikum. Cara saya buat pewangi dalam kereta. Boleh juga bubuh kat tempat-tempat lain.
InsyaAllah selamat dan tak pening bagi yang alahan bau minyak wangi atau pewangi sintetik.
Bahan-bahan yang digunakan pun bahan-bahan semulajadi. Daun pandan dan garam bukit. Uncang kita recycle sampai lebam hehehe.
Bukan hanya dalam kereta sahaja, tetapi kaedah uncang daun pandan ini boleh juga diletakkan dalam almari baju, kabinet dapur atau di bawah singki. Dalam bilik air atau tandas pun sesuai juga.
Apa yang penting selamat dan tiada bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan ahli keluarga terutama yang ada anak kecil.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.