Bukan senang membesarkan anak sendirian. Tetapi anda perlu kuatkan semangat. Tiada siapa yang menginginkan perkahwinan berakhir dengan penceraian. Dan kajian juga menunjukkan memang ada kesan sampingan kepada anak-anak terutamanya di usia anak sedang membesar.

Bukan Senang Jaga Anak Lepas Berpisah! Selalu Berbual & Banyak Lakukan Aktiviti Bersama Antara Tip Yang Boleh Dilakukan

Tambahan lagi apabila anak anda memang rapat dengan ibu atau ayahnya. Anak-anak ini sebahagiannya bukan sahaja menyalahkan ibu bapa atas apa yang berlaku sebaliknya ada juga yang merasakan merekalah punca perpisahan itu. Justeru mereka  rasa bersalah dan mahu menyendiri.  Jadi anda perlu pulihkan hubungan anda dan anak.  Apatah lagi kini anda menjadi ayah dan ibu di rumah. Berikannya sedikit masa tetapi jangan biarkan tanpa belaian.

IKLAN

Selalulah berbual dengan anak, tanya apa yang dibuat hari ini atau apa yang dia belajar hari ini. Banyakkan mendidik berbanding mengherdik, ia akan membuatkannya lebih tertekan.

Bukan Senang Jaga Anak Lepas Berpisah! Selalu Berbual & Banyak Lakukan Aktiviti Bersama Antara Tip Yang Boleh Dilakukan

Apabila anak anda menyendiri dan kadangkala memberontak akan menyebabkan anda rasa tertekan dan marah. Jadi, anda perlu bersabar dan rasakan apa yang dilaluinya. Selalulah peluk dan dakap anak anda. Dia sangat perlukan sokongan  ketika ini. Anda juga perlu tahu apa makanan kegemarannya, aktiviti yang paling disukainya dan macam-macam lagi untuk mengambil hatinya.

Elakkan bermusuh dengan bekas suami atau isteri dan menceritakan keburukan suami atau isteri pada anak. Biarkan hubungan mereka baik dan ia akan memberi kegembiraan padanya. Anda dan anak perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Sekiranya berkesempatan, pergilah melancong. Cari suasana baru yang dapat melupakan sedikit kelukaan yang dialami.  Akhir sekali, perlu diingatkan juga perubahan  tidak akan berlaku sekelip mata jadi anda perlu kuat dan tabah.

IKLAN

 

 

IKLAN

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI