Aqeef Anaqi, anak kepada Amyra Rosli & Ammar Bahrin telah photoshoot dengan Pa&Ma. Happy baby rupanya Anaqi ye.
Untuk mendapatkan shot yang diingini, mummy, Amyra telah menghubungi Amar semata-mata nak tarik perhatian Anaqi untuk fokus kepada kamera. Apabila mendengar suara Amar, Aanaqi tercari-cari daddy nya.
Ads
Ini adalah photoshoot Anaqi yang pertama tanpa mummy dan daddy dalam frame yang sama.Team Pa&Ma masing-masing telah mengagah Anaqi dengan pelbagai cara. Termasuk menggunakan lagu kanak-kanak, lagu Happy Birthday serta memanggil nama kucing kesayangan Anaqi iaitu Lohu.
Ads
Walau pun baru 10 bulan, si kecil ini sporting dan tak banyak ragam sepanjang photoshoot.
Terasa masih baru lagi berita kelahiran anak dara Fizo Omar dan Mawar Karim, Wan Maryam diumumkan, namun 29 Disember lalu dah genap setahun kehadiran Maryam dalam keluarga kedua belah mama dan bapanya.
Menghargai rezeki yang dikurniakan kepada mereka selama lima tahun berkahwin, Mawar menitipkan kata-kata semangat kepada pasangan yang belum dapat anak supaya jangan cepat berputus asa.
Cepatnya masa berlalu, macam baru semalam perut mama dihiris. Sebelum Maryam hadir di dunia ini macam-macam usaha bapa dan mama buat tanpa putus asa.
Mawar juga menasihatkan kepada bakal ibu yang masih menanti kehadiran orang istimewa dalam hidupnya, cubalah ikhtiar sesuatu terlebih dahulu dan jangan cepat berputus asa.
Sokongan keluarga juga sangat penting dan jangan sesekali malu untuk berjumpa doktor. Perlu ingat jangan cepat mengalah. Bukan tak ada rezeki, insya-Allah rezeki belum sampai lagi.
Ingatlah Allah sentiasa mendengar doa kita dan kadang-kadang kita tak sedar luaran nampak sihat dalaman belum tentu sihat juga. Mungkin pemeriksaan awal lebih baik untuk pastikan hajat kita dipermudahkan.
Cepatnya Maryam besar
Mawar juga berkongsi perkataan pertama yang Maryam boleh sebut adalah mama. Ketika itu umur baru tujuh bulan. Terasa sangat Maryam hargai mama dan perkembangan ini cukup mengembirakan Mawar.
Bukan itu sahaja, Mawar juga akui tak sabar nak lihat setiap perkembangan baru yang Maryam dapat. Baru tahu bagaimanan perasaan seorang ibu bila melihat anak membesar. Terasa begitu besar nikmatnya.
Sekejap masa berlalu, dah 10 bulan usia anak keempat Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Makin besar, makin handsome Muhammad Fahri.
Nampaknya Fahri mirip dengan muka Wawa. Ni sekali tengok macam Wawa Zainal versi lelaki. Walaupun jarang-jarang berkongsi perkembangan anak, namun yang menjadi tumpuan kali ini adalah soalan yang diajukan oleh Wawa.
Menerusi perkongsian Wawa di instagramnya, dia bertanya adakah normal anak 10 bulan gigi baru dua batang keluar? Ini berikutan pengalaman anak sebelum ini, di usia tersebut gigi semuanya dah penuh.
“My bongsu dah 10 bulan, gigi baru 2 kat bawah😅 Kakak abang dia 10 bulan dah penuh. Anak uall macam ni tak?”
Soalan tersebut telah mendapat maklum balas daripada peminatnya yang mempunyai pengalaman sebegitu dan rata-ratanya menyatakan ia adalah normal dan tak perlu dirisaukan.
“Anak bongsu saya nak masuk setahun dah.. Gigi takde lagi..tapi dah berjalan masa umur 10 Bulan hehe..perkembangan setiap anak tak sama kan hehe 😍”
“Orang kata kalau gigi lambat tumbuh maksudnya gigi dia lg kuat”
“Anak saya 9 bulan tak tumbuh gigi lg tapi dah berjalan pulak 😂”
Sementara itu, Muhammad Fahri juga turut menjadi tumpuan kerana dagunya berlekuk dan manis sangat wajahnya. Ramai yang geram dan menganggapnya istimewa kerana tak semua ada dagu macam tu.
“Manisnye boy ade dagu terbelah😍😍”
“Seksi nya dagu, comel sungguh!”
“Rezeki Fahri ada dagu lekuk..”
Sebelum ini Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pernah menyatakan anak keempatnya berbeza sedikit kerana di awal kelahiran asyik menangis.
Sebelum memilih nama Muhammad Fahri, pasangan ini telah memilih nama Jibril Ibtisam. Bagaimanapun, dia asyik menangis sehinggalah dapat kata sepakat untuk menukarkan nama Muhammad Fahri.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, anak lelakinya itu asyik meragam dan menangis. Dia boleh menangis sampai dua jam dan ada orang panggil bayi kolik.
Alhamdulillah selepas menukarkan nama tersebut, baru nampak serasi dengannya dan kini membesar dengan baik sekali.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 sudah dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.
Kredit: IG Wawa Zainal
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bab batuk, selesema bukan orang dewasa je yang tak tahan tapi bayi dan kanak-kanak lagi la terasa peritnya. Lagi susah hati bila anak sepanjang masa merengek. Masa tidur pun tak boleh nak tidur lena.
Kalau anak dah usia dua tahun ke atas bolehlah nak bagi ubat tapi yang umur dua tahun ke bawah mana boleh bagi sembarangan ubat. Lagi berbahaya. Ok tak perlu nak risau. Cuba teknik stim dan tepukan percussian yang dikongsikan oleh Puan Siti Nurain Mohd Amin pada anaknya sendiri berusia 7 bulan.
Anak bongsu saya, Ameer Zuhayr selsema dan batuk berkahak. Minggu lepas, beliau demam. Pakej nak masuk 7 bulan dan tumbuh 2 batang gigi baru; menjadikan jumlah “senjata” dia cukup 4 batang.
Memang padu dan perit. Ibu menyusu mungkin faham. Haha
Tak tahan melihat dia susah nak bernafas dan batuknya berbunyi, saya ambil pendekatan untuk buat stim dan tepuk percussion.
Kaedah ini saya belajar daripada Dr Nadir Khan dari Klinik Wangsa dan juga bahagian fisioterapi KPJ Ampang Puteri sebelum ini.
Tujuannya untuk melonggarkan kahak pada paru-paru dan mengeluarkan mukus (hingus), jika ada.
Kanak-kanak bawah 2 tahun, mana ada ubat khas untuk batuk selsema, kan. Jadi doktor saran guna kaedah ini.
Diingatkan, ini hanya kaedah alternatif menggunakan natural remedi. Mohon rujuk doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya ya.
Bahan yang diperlukan ialah, 1. Periuk nasi 2. 1 labu bawang putih (8-10 ulas) 3. Air 4. Lemon (tiada di rumah, saya tak guna bagi sesi ini) 5. Hati yang kering. Kahkah
Bawang putih amat bagus kerana ianya natural anti-virus dan antibiotik.
Kaedah penyediaan air stim.
1. Tuang air dalam periuk nasi.
2. Tumbuk bawang putih secara kasar. Tak perlu lumat. Saya tumbuk sekali dengan kulitnya. Dasar malas. Haha
3. Masukkan ke dalam periuk. Tekan butang Cook/ON.
4. Tutup periuknya dan tunggu sehingga air mendidih.
Kaedah stim dan tepuk percussion.
1. Tutup suis periuk. Letakkan di lantai.
2. Letakkan kerusi bersebelahan periuk. Untuk kita duduk.
3. Tiarapkan anak di atas riba. Boleh bedung anak terlebih dahulu, jika risau dia kuat meronta. Saya hanya peluk Ameer dan tundukkan kepalanya ke arah periuk.
4. Buka penutup dan halakan kepala anak pada stim. Pastikan jaraknya tidak terlalu dekat. Stim amat panas dan boleh mencederakan anak. Sudahlah selsema dan batuk, tambah melecur pula nanti. Naya. Haha
5. Tepuk secara ‘cupping’ pada bahagian belakang dadanya. Caranya seperti di atas.
5 minit di sebelah kanan. Rehat. Jika ada hingus yang meleleh, bolehlah lap waktu ini.
Kemudian, teruskan 5 minit lagi di bahagian kiri.
7. Anak bakal melalak, kau steady sahaja. Itu pentingnya ada bekalan hati kering. Haha Doktor kata, lagi dia menangis lagi bagus. Paru-paru dia akan terbuka. Stim banyak masuk, maka cairlah kahak itu semua. Gitu.
8. Selalunya saya buat 15-20 minit. Ikutlah keadaan. Saya akan pastikan sehingga hingusnya berwarna jernih.
9. Selesai, angkat balik periuk tadi ke tempat asal. Pantang anak-anak saya tengok benda pelik atas lantai. Ada saja yang gatal tangan nak sentuh.
Saya rasa macam menang anugerah bila tengok hingusnya yang berwarna hijau pekat berjuraian keluar dari hidung. Puas hati weh.
Kahak/hingus ini mungkin keluar dari hidung dan mulut. Kalau takde, kool sahaja. Dia keluar kat bawah. Hat dalam pampers. Hehe
Doktor saran untuk ulang 1-2 kali sehari. Siaplah, kita repeat petang ini ya Ameer. Sambil buat stim, Ummi pun buat facial sauna. Haha
Lepas stim dan percussion tadi, saya mandikan dia. Tak sampai 10 minit lepas menyusu, terus tidur.