
Bila anak dipakaikan baju sedondon dengan adik beradik lain, orang sekeliling akan nampak macam comel je. Malah ada sesetengah ibu berpendapat cara ini lebih mudah nak nampak anak dari jauh.
Bukan setakat itu sahaja, sebenarnya cara ni boleh kuatkan bonding adik beradik juga. Patutlah, ramai suka tengok anak-anak pakai sedondon. Nak kuatkan bonding rupanya.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais yang suka menulis ilmu keibubapaan dia menjelaskan keadaan ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya pada anak sendiri.
Dulu tak nampak, tapi jadi kat anak sendiri baru nampak.
Aisy Rizqi yang baru 2 tahun, tak tahu apa-apa pun lagi tapi jelas nampak kuat bonding dengan kakaknya. Setiap kali nak beli barang mesti Aisy akan ambil 2 terus. Satu untuk dia, satu untuk kakak.
Nak makan siap tarik kerusi letak sebelah kerusi dia. Tatak tatak, dia panggil kakaknya duduk.
Annur Rania pun sama. Bila nak pergi mana-mana mesti tanya Aisy ikut tak. Balik sekolah je mesti tanya, Aisy mana. Nampak sangat tak boleh berjauhan. Rindu la tu!
Sebagai parent sejuk mata tengok bila anak-anak akrab. Sungguh. Sedap je mata pandang.
Jadi tuan-tuan sekalian, kalau isteri cerewet sangat tang pilih baju anak-anak tu jangan mengeluh pula. Isteri tu nak anak-anak nampak comel dan erat je. Bukan mengada-ngada.
Cuba tag pasangan atau kawan yang suka shopping baju anak tu supaya diaorang pun dapat kuatkan bonding anak-anak ni.
Sumber: Mohd Fhais
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Tak Alami Situasi Anak Mengamuk, Menjerit Nak Mainan? Elak Pujuk Anak, Tapi Lakukan 5 Cara Ini

Mama! Mama! Adik nak mainan tu! jerit Aiman tanpa menghiraukan orang ramai yang melihat karenahnya. Anda pasti pernah mengalami situasi sebegini ketika berkunjung ke pusat membeli-belah. Ketahui lebih lanjut panduan menghadapi anak yang meragam.
Anak meragam atau mengamuk di tempat umum mungkin akan membuatkan anda malu dan sangat marah. Anak pula akan menangis dan menjerit sekuat hati ditambah dengan aksi berguling-guling tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Apa yang si kecil tahu kemahuan mereka mesti dipenuhi. Akibatnya segelintir ibu bapa memilih untuk beralah dengan anak-anak, yang penting si kecil tidak lagi menjerit. Namun hakikatnya, jalan mudah ini salah, jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan perkembangan anak secara positif. Sebagai ibu bapa anda harus tahu cara yang betul untuk menangani anak yang sering mengamuk dan meragam.
Kenapa mengamuk?
Mengamuk merupakan salah satu cara anak-anak kita melepaskan geram, kecewa, meluahkan apa yang terbuku di hati, mendapatkan sesuatu dan juga meraih perhatian. Ada juga yang meragam kerana mereka penat, lapar atau merasa tidak selesa. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu kenal pasti situasi apa yang membuatkan anak-anak meragam.
Kanak-kanak yang sedang membesar mahukan kebebasan untuk mendapatkan apa sahaja. Maka itu jika mereka dihalang, potensi untuk mengamuk menjadi jalan untuk mereka menunjukkan rasa protes. Sebagai contoh jika anak anda inginkan permainan yang disukainya, dan kemahuan mereka tidak dipenuhi, pasti si kecil akan menjerit serta meraung sehinggalah kemahuan mereka dituruti.
Ini adalah normal kerana semua ini berlaku disebabkan perkembangan anak itu sendiri. Menurut pendapat pakar kanak-kanak, anak-anak yang berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrum. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak dalam usia tersebut mempunyai keinginan yang tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.
Panduan hadapi anak mengamuk
Walaupun mengamuk merupakan satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita seharusnya menolong anak mengawal tabiat tersebut. Semak perkara berikut.
- Alih perhatian anak
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti menangis lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam selain mengalihkan perhatian mereka dengan sesuatu.
- Jangan mengikut kehendak anak
Kanak-kanak mengamuk kerana mereka tahu dengan cara tersebut mereka akan dapat apa yang diinginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya. Kanak-kanak memang bijak sekali kita mengalah apabila mereka mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluan mereka tidak dipenuhi. Jangka masa mengamuk juga akan lebih lama kerana mereka tahu anda akan mengalah akhirnya. Oleh itu cekalkan hati dan tegas dalam membuat keputusan.
- Elak daripada marah dan menjerit
Jangan sesekali memarahi si kecil anda kerana ia tidak akan membantu. Terangkan pada mereka kenapa tidak boleh. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga dapat membantu anak-anak yang meragam.
- Biarkan
Membiarkan anak meragam adalah ubat paling mujarab kerana jika anda memujuk ia akan memberi gambaran bahawa dia akan dapat semua yang dimahukan apabila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada sesetengah kanak-kanak yang bertindak mencederakan diri apabila mengamuk seperti menghantukkan kepala ke lantai dan ada juga yang sukar bernafas ketika mengamuk.
- Apabila anak berhenti mengamuk
Berbincanglah dengan mereka kenapa permintaannya tidak dipenuhi dan kenapa mereka tidak sepatutnya bersikap sedemikian. Tegaskan bahawa dengan mengamuk tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada mereka dan itu satu tingkah laku yang tidak baik.
Perhatian!!!
Jangan cuba untuk menenangkan anak yang sedang mengamuk kerana ini akan membuatkan suaranya bertambah kuat kerana fikirnya dia boleh mengambil kesempatan ke atas anda dengan cara mengamuk. Biarkan sahaja dia menangis sepuasnya hingga dia merasa letih untuk terus menangis.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Akan Ingat Kenangan Pergi Bercuti! Nampak Simple Tapi Bagi Kesan Pada Emosi

Jauh berjalan, luas pemandangan. Pepatah ini sering ditujukan kepada mereka yang gemar bercuti. Selain mengenali tempat orang, melancong ataupun bercuti dapat membantu orang dewasa, khususnya untuk merehatkan minda. Itu bagi orang dewasa.
Akan tetapi, bagaimana pula dengan kebaikan melancong untuk anak kecil? Teruskan pembacaan anda.
Masa berkualiti
Ya, anda boleh meluangkan masa berkualiti bersama anak di rumah. Namun, sesekali apa salahnya bertukar angin dengan membawa anak-anak keluar berjalan. Kanak-kanak akan menghargai masa berharga yang anda luangkan bersama mereka di luar terutama semasa di tempat baharu ataupun tempat percutian. Dengan membawa mereka bercuti, anak anda akan dapat mencipta memori baharu bersama ibu bapa mereka di samping memberi pengalaman bermakna dalam kehidupan mereka.
Gembira
Berkumpul seisi keluarga di mana ibu bapa akan menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak akan memberikan kepuasan dan makna terbesar dalam diri kanak-kanak. Tidak kira dekat ataupun jauh lokasi percutian anda, kanak-kanak akan bergembira apabila dapat berkumpul bersama-sama seisi keluarga. Apatah lagi jika kedua-dua ibu bapa berkerjaya. Kanak-kanak akan rasa selamat apabila melihat ibu bapa bersama-sama melayan mereka, berseronok dan bergurau-senda.
Persepsi berbeza
Bukan ibu bapa sahaja yang akan merasai nikmat keseronokan bercuti. Kanak-kanak juga akan memahami bahawa percutian itu adalah waktu mereka berehat dan lari sebentar daripada rutin harian mereka di sekolah. Bercuti bersama keluarga memberikan perspektif kehidupan berbeza untuk si kecil, di mana dia belajar bahawa setiap orang (tidak kira dewasa atau kanak-kanak) memerlukan masa rehat dan berkumpul bersama keluarga.
Belajar
Ingatkah anda akan tajuk-tajuk karangan yang selalu diberikan oleh guru semasa di sekolah? Salah satu tajuk karangan yang popular adalah pengalaman kanak-kanak semasa cuti persekolahan. Dengan membawa anak anda melancong dapat membantu mereka mendapat idea dan merasai sendiri pengalaman bercuti di sesuatu tempat baharu. Dengan bercuti, anda boleh membantu si kecil untuk menikmati tempat baru, mencuba makanan baru dan aktiviti baharu yang tidak biasa dilakukan dalam rutin harian mereka. Semua ini anak anda boleh jadikan bahan dalam pembelajaran mereka nanti, selain memberikan pengalaman baharu dalam kehidupan kanak-kanak.
Jadi, bawalah anak anda bercuti dan rancang aktiviti bermanfaat untuk anda seisi keluarga sepanjang percutian nanti!
Kredit: Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Anak Penat, Dia Nak Berdukung” Rihana Serik! Pergi Bercuti Bawalah Stroller, Walaupun Anak Dah 6 Tahun

Model dan bekas ratu cantik Rusia, Rihana Petra berkongsi beberapa tip ketika bercuti bersama anaknya, Tengku Ismail Leon Yang Kini Berusia 4 tahun.
Tambahnya lagi, ibu bapa yang mempunyai anak kecil wajib membuat senarai barang yang perlu di bawa memandangkan anak-anak masih kecil dan antibodi yang masih belum kuat.
“Leon bercuti lama – hampir 1 bulan dia tinggal di Dubai bersama keluarga. Memandangkan usianya sudah mencecah 3 tahun, lebih mudah untuk melancong bersamanya sekarang. Sementara itu, masih terdapat perkara yang perlu anda perhatikan semasa melancong dengan anak-anak:
“Buat senarai ubat yang mungkin diperlukan oleh anak anda sekiranya berlaku keracunan makanan, virus perut, selesema atau alahan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza, saya tahu bahawa Leon mempunyai masalah dengan air dan beberapa alahan dan saya tahu betapa sukarnya untuk mendapatkan ubat yang anda perlukan tanpa preskripsi Doktor apabila anda berada di luar negara jadi itu adalah nombor satu dalam senarai saya.
Tambah bekas isteri Sultan Muhammad V ini lagi, stroller juga memainkan peranan penting lebih-lebih lagi jika percutian yang banyak berjalan kaki.
“Stroller. Walaupun dia berumur 3 tahun dan kelihatan seperti 6 tahun- anak-anak semua sama, penat dan kemudian anda perlu mendukungny an dan jika mereka sudah separuh berat badan anda – anda mungkin juga memerlukan doktor untuk membaiki belakang anda. Saya melakukan kesilapan besar dan tidak membawa stroller ke Dubai dan setibanya kami ke lapangan terbang, saya menyedari bahawa Leon tidak boleh berjalan dalam jarak yang begitu jauh terutamanya kerana keletihan selepas penerbangan. Jadi saya terpaksa membeli stroller di Dubai🙈 Tambahan pula stroller juga merupakan keselamatan untuk kanak-kanak yang suka berlari-lari untuk menjauhkan mereka dari lalu lintas kereta atau tidak melepaskan mereka dari penglihatan anda dalam orang ramai.
“Berhati-hati dengan air! Tetapi air secara amnya berbeza di pelbagai negara dan kadang-kadang kanak-kanak boleh diracun tanpa sebarang sebab dan sebabnya mungkin air yang mereka tidak biasa. Gosok gigi anak-anak anda dengan air mineral dan cuba jaga mereka supaya mereka tidak menelan terlalu banyak air di kolam renang dan laut.
“Sun screenings, mosquitoes 🦟 protection sprays and shoes Apabila melancong ke negara baharu, perhatikan kehadiran nyamuk, labah-labah atau penghuni laut (seperti obor-obor, landak laut) dan pastikan anda mempunyai kit bantuan pertolongan cemas bersama anda, seperti botol kecil dengan cuka dan antiseptik.
Kredit: Rihana Petra
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI