Selain membelikan anak mainan, jangan lupa memberikan anak mainan yang dapat menguji minda mereka. Salah satu aktviti yang dapat menguji kemahiran motor halus anak adalah bermain dengan sticker.
Bukan hanya menampal, bahkan aktiviti semacam ini banyak kelebihannya terutama meningkatkan daya fokus anak dan juga melatih kemahiran sensori serta motor halus anak. Namun mempelbagaikan aktiviti melalui sticker dengan kreatif seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Wan Nur Syakira boleh juga dicuba. Bukan hanya bonding bersama anak-anak, kemahiran anak pun turut diuji.
AKTIVITI ANAK-ANAK MENGGUNAKAN STICKER.
Hari tu, ke kedai buku, belikan sedikit bahan nak buat aktiviti dengan anak-anak. Sticker antara favourite item bila buat aktiviti.
Banyak boleh dibuat.
Ini antara aktiviti yang kami buat minggu ini.
1. Belajar bentuk dengan sticker.
Lukis bentuk dan ajak anak lekatkan sticker pada garisan bentuk itu. Adam suka sangat main yang ni. Boleh fokus lama.
2. Cabut sticker dan letak dalam bentuk yang dilukis.
Untuk Yusuf, yang umur 20 bulan, saya ajak dia main letak sticker dalam bulatan.
Nak latih kemahiran motor halus, bukan senang bagi kanak-kanak nak cabut sticker dari kertasnya. Perlukan fokus dan kemahiran motor halus yang baik.
3. Cabut sticker yang diletak pada anggota badan.
Adam dan Yusuf teruja dapat main ini. Main cabut-cabut sticker dekat badan.
4. Belajar nombor.
Buat kepala ulat. Minta anak lekatkan sticker untuk bentukkan badan ulat . Lekatkan sticker mengikut nombor.
Kalau pergi kedai, bolehlah borong sticker banyak-banyak.
Selamat beraktiviti dengan anak !
Wan Nur Syakira
5 Kelebihan Main Stickers
Bukan sekadar tampal saja, bermain dengan sticker teramatlah banyak kelebihannya. Selain peka dengan warna, banyak lagi kelebihan menampal sticker. Antaranya:-
* Memberi manfaat kepada kemahiran motor halus anak.
* Menguji koordinasi tangan anak-anak.
* Meningkatkan kemahiran visual dimana pelbagai bentuk dan warna melalui sticker.
* Eksplorasi daya sensori melalui gam dan lekatan pada tangan.
* Membantu anak dalam kemahiran membaca, kreatif, inovatif dan yakin diri.
Artikel berkaitan: Ada Anak 6-7 Tahun, Latihlah Baca Kira & Tulis, Sekarang Masanya Jadi Cikgu Di Rumah
DIY Box Belajar Bagus Tingkatkan Kemahiran Motor Halus & Koordinasi Mata Anak
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)