Bagi ibu bapa yang memiliki akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) buat anak-anak pastinya merasa lega dan gembira dengan pengumuman dividen akaun itu pada awal Februari lalu.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2019 untuk dua produknya iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus sebanyak empat peratus.
Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM147.25 juta yang memberi manfaat kepada lebih 4.39 juta pendeposit SSPN seluruh negara.
Kadar dividen 4 peratus yang diberikan kepada pendeposit SSPN adalah berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang telah diterima oleh PTPTN.
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan turut mengumumkan Ganjaran Kesetiaan tahun 2020 sebanyak 1 peratus sebagai penghargaan kepada kesetiaan pendeposit SSPN-i yang telah membuka akaun untuk jangka masa panjang iaitu sebelum tahun 2017 dan menambah simpanan mereka sepanjang tempoh promosi (5 Februari 2020 hingga 30 April 2020).
Ads
Keuntungan Dan Prestasi Tertinggi Dalam Sejarah PTPTN
Tahun 2019 merupakan tahun yang begitu membanggakan dalam sejarah PTPTN menguruskan instrumen simpanan pendidikan melalui produk penabungan SSPN. Malah PTPTN juga berjaya mencapai kutipan deposit SSPN bagi tahun 2019 berjumlah RM1.37 bilion.
“Ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah dicapai oleh PTPTN semenjak produk SSPN diwujudkan pada tahun 2004.
Ads
Alhamdulillah, dengan kesungguhan dan hasil kecekapan pengurusan dan pegawai-pegawai menguruskan dana ini, PTPTN dapat memberikan kadar dividen SSPN sebanyak 4% walaupun dalam suasana ekonomi yang kurang memberangsangkan.”
Katanya lagi, pada 2019, PTPTN berjaya mencapai peningkatan tertinggi jumlah simpanan SSPN dengan keuntungan pelaburan mampan hingga mampu memberikan dividen kompetitif kepada pendeposit SSPN.
“Bagi tahun 2019, SSPN memperoleh keuntungan pelaburan berjumlah RM205.27 juta. Ia menunjukkan peningkatan RM41.73 juta (25.52 peratus) berbanding RM163.54 juta pada tahun 2018, “katanya lagi.
Ads
Menariknya kesemua agihan keuntungan telah pun selesai dikreditkan ke akaun pendeposit pada Sabtu, 8 Februari yang lalu. Semak akaun anda dan nikmati hasilnya.
Bagi yang belum pernah membuka akaun ini buat anak-anak kecil anda, jadikan ia sebagai pemangkin dan semangat untuk menyimpan demi masa depan anak-anak dengan ganjaran hebat yang tidak pernah mengecewakan.
SSPN bukan sekadar simpanan biasa bahkan ia merupakan skim simpanan pendidikan yang wajar dimiliki oleh setiap isi rumah. SSPN turut menawarkan pelbagai keistimewaan serta manfaat yang baik dan menyeluruh. Masyarakat Malaysia perlu merebut peluang menyimpan di dalam SSPN kerana SSPN mampu merealisasikan impian dan harapan anak-anak ke menara gading kelak.
Jadilah ibu bapa yang bijak dalam merancang masa depan anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekejap saja masa berlalu, tiba-tiba dah sampai masa untuk hantar anak tersayang ke sekolah. Banyak perkara yang perlu ibu ayah pertimbangkan ketika memilih sekolah terbaik untuk anak, kadang-kadang boleh jadi buntu dibuatnya!
Buat Survey, Elak Masalah Anak Tak Nak Sekolah
Ketika mencari sekolah yang terbaik untuk anak, pastikan ibu ayah banyakkan membuat survey dan bertanya kepada ahli keluarga mahupun kenalan rapat. Selain itu, banyakkan membaca reviu yang dibuat tentang sekolah yang menjadi pilihan.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Dengan cara ini, kita dapat mengelak dari sebarang masalah di kemudian hari terutamanya situasi anak tak mahu ke sekolah. Setiap anak pasti akan merasa kurang selesa pada fasa awal ketika dihantar ke sekolah, tetapi jika berterusan menangis dan sebagainya susah juga kan?
Antara perkara yang perlu ibu ayah pertimbangkan tentang sekolah yang sesuai untuk anak:
Kredibiliti sekolah pilihan
Kredibiliti yang dimaksudkan bukan hanya terletak kepada nama bahkan ia lebih daripada itu. Carilah sekolah yang mempunyai barisan tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan serta berpengalaman.
Biarpun anak mungkin buat perangai tak nak ke sekolah, tetapi jika cikgunya baik, penyayang dan mempunyai personaliti menarik pasti sedikit-sebanyak menjadi pendorong anak untuk lebih bersemangat dan kurang rasa takut.
Sistem keselamatan yang bagus
Mempunyai sistem keselamatan yang bagus juga merupakan kriteria yang perlu dititikberatkan ketika memilih sekolah untuk anak. Pastikan sekolah tersebut mempunyai sistem kamera litar tertutup yang berfungsi dengan baik. Ini bagi memastikan sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini, ibu ayah boleh merujuk rakaman video yang ada.
Selain itu, pastikan pihak sekolah mementingkan aspek keselamatan yang lain seperti pintu pagar yang sentiasa berkunci. Selain itu, salah satu ciri keselamatan yang terbaik adalah apabila cikgu mengenali ibu ayah setiap murid supaya keselamatan mereka terjamin dan tiada sebarang percubaan untuk menculik berlaku.
Silibus pelajaran yang terbaik
Tujuan ibu ayah hantarkan anak-anak ke sekolah adalah untuk memastikan mereka dapat belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan tetapi silius ‘mudah tangkap’. Belajar sambil bermain akan membuatkan anak lebih teruja dan bersemangat untuk belajar.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Cara pembelajaran yang menyeronokkan juga sebenarnya dapat membuatkan anak lebih cepat absorb setiap ilmu yang diajarkan kepada mereka. Tak hairanlah bila anak balik sekolah, ada saja lagu baru yang akan mereka nyanyikan. Anak-anak juga mungkin akan tunjukkan pelbagai tarian menarik yang dipelajari di sekolah.
Buat apa nak pening-pening, kalau semua kriteria penting ini boleh didapati di Koolkidz Academy?
Koolkidz Academy juga merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2022 untuk anugerah Playschool Terbaik Pilihan Pa&Ma. Tahniah!
Telah mula beroperasi sejak tahun 2018, Koolkidz menawarkan servis penjagaan kanak-kanak dan pusat pendidikan komprehensif yang meliputi penjagaan harian iaitu playschool yang bermula untuk anak 0-4 tahun manakala bagi pra-sekolah pula untuk kanak-kanak berusia 4-6 tahun. Koolkidz juga telah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Di Koolkidz, murid-murid tidak terbeban kerana sesi pembelajaran dibuat sambil bermain dalam persekitaran yang selesa dan selamat. Dengan pendekatan sebegini, perkembangan fizikal, intelektual, sosial dan kreativiti setiap murid lebih bagus. Silibus pendidikan awal kanak-kanak di Koolkidz adalah berdasarkan progam PERMATA Negara serta Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Setiap tenaga pengajar dan pengasuh di Koolkidz berpengalaman dan merupakan pendidik berdaftar. Guru-guru di sini mempunyai kelulusan di dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak serta pernah mengikuti kursus khas seperti Kursus Asuhan Permata Kanak-kanak (KAP).
Koolkidz kini mempunyai 16 cawangan dan semakin berkembang. Sebagai strategi untuk terus maju, Koolkidz kini dikenali sebagai Koolkidz Academy.
Kasihan juga melihat anak-anak tidak dapat membesar seperti kita dahulu. Pandemik Covid-19 di Malaysia masih menunjukkan angka kes yang membimbangkan dan buat masa ini kanak-kanak tidak disarankan untuk keluar rumah. Maka dengan itu, mereka hanya membesar di dalam rumah dan untuk anak yang lebih besar, terpaksa mengikuti kelas secara atas talian.
Satu perkara yang menjadi kebimbangan ibu ayah adalah tentang sistem imuniti anak. Untuk memastikan anak membesar dengan baik, seeloknya mereka berada dalam persekitaran yang pelbagai di luar rumah. Malangnya dalam keadaan sekarang, mereka tidak dibenarkan untuk bermain di luar kawasan rumah. Adakah dengan ‘terkurung’ di rumah, akan mengganggu sistem imuniti mereka?
Sumber foto: www.shutterstock.com
Kenapa Sistem Imuniti Penting Pada Kanak-Kanak?
Menurut Dr Rakhee Yadav yang merupakan seorang Pakar Perunding Pediatrik, sistem imuniti yang baik sangat penting. Ia mempengaruhi kesihatan tubuh badan anak secara keseluruhan. Pada usia anak satu tahun, sistem imuniti mereka masih belum matang. Jika sistem imuniti mereka tidak diberikan perhatian yang sepenuhnya, anak akan mudah jatuh sakit.
Dr Rakhee Yadav, Pakar Perunding Pediatrik
Tahukah anda, bahawa 90 peratus perkembangan otak kanak-kanak berlaku sebelum usia mereka tiga tahun. Sepanjang tiga tahun pertama umur kanak-kanak, ia dikenali sebagai ‘Golden Period’. Pada waktu inilah ibu ayah perlu memastikan tahap kesihatan anak-anak berada di tahap terbaik supaya kemampuan mereka untuk belajar tidak terjejas.
Imuniti Penting Untuk Lawan Kuman
Apabila anak terdedah kepada pelbagai jenis patogen seperti microbes jahat sewaktu kecil, ia sebenarnya akan melatih sistem imuniti mereka untuk mengenali apa yang bahaya atau tidak. Sistem imuniti mereka yang belum matang boleh diperkuatkan dengan pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti fizikal, menjaga kebersihan serta tidur yang cukup.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Macam Mana Nak Kuatkan Sistem Imuniti Anak?
Tambah Dr Rakhee lagi, tidak semestinya apabila duduk di rumah sistem imuniti anak akan menjadi lemah. Banyak perkara yang boleh dilakukan supaya sistem imuniti mereka tetap berada di tahap yang terbaik. Antara saranan dari Dr Rakhee adalah:-
Kemas kini jadual imunisasi anak berusia satu tahun ke atas
Ini antara perkara paling penting. Pastikan anak mendapat suntikan imunisasi mengikut waktu. Bagi anak yang mungkin sudah terlepas untuk diberikan suntikan imunisasi, ibu ayah atau penjaga boleh segera menghubungi klinik kesihatan atau hospital swasta atau kerajaan untuk tarikh temu janji yang baharu.
Pemakanan seimbang
70-80 peratus sel imuniti ditemui pada bahagian usus. Maka dengan itu, binalah sistem imuniti yang terbaik dengan pengambilan makanan seimbang. Diet berkhasiat adalah kunci kepada perkembangan sistem imuniti yang baik. Ia haruslah mengandungi pelbagai jenis nutrisi dan vitamin untuk tumbesaran anak.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Pelbagaikan menu menarik dengan nutrisi lengkap untuk menarik minat anak. Pastikan mereka makan tiga kali sehari bersama dengan snek di antara makanan utama (sarapan, makan tengahari dan makan malam).
Tambah Dr Rakhee, snek bukan jajan ya! Tetapi buah-buahan, sayuran atau kekacang yang diberikan sebagai snek pada selang waktu sebelum anak mengambil makanan berat pada waktu pagi, tengah hari dan malam.
Elakkan makanan yang diproses. Pastikan juga anak minum air kosong secukupnya. Menurut Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-Kanak & Remaja (2013), pengambilan dua atau tiga kali susu dalam kalangan kanak-kanak sangat disarankan. Berikan anak minum susu rumusan kanak-kanak yang diperkaya dengan MFGM dan DHA untuk membantu perkembangan mereka.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Sebuah kajian dari Veereman et al. menemukan pengambilan susu yang diperkayakan dengan MFGM dalam kalangan anak berusia atas satu tahun menunjukkan ia dapat mengurangkan episod demam. MGFM dan DHA juga memainkan peranan penting untuk menyokong sel otak untuk berhubung. Ia akan meningkatkan fokus anak serta memantapkan kemahiran motor dan komunikasi mereka.
Biarkan anak aktif
Ibu ayah boleh biarkan anak-anak bermain di luar rumah. Walaupun tidak dapat ke taman permainan, berikan kebebasan untuk mereka bermain dalam kawasan rumah. Anda boleh biarkan mereka mandi kolam, bermain bola dan sebagainya. Untuk anda yang tinggal di rumah pangsa, benarkan mereka untuk menghirup udara segar di balkoni di bawah pemantauan ibu ayah. Bermain di luar rumah dapat mendedahkan anak kepada microbes baik dan membantu menstimulasi otak mereka.
Tidur kena cukup
Selain itu, pastikan juga anak mendapat rehat secukupnya. Apabila anak cukup tidur, ia dapat mengurangkan risiko anak jatuh sakit. Mereka juga akan menjadi lebih fokus dan sentiasa bertenaga.
Tak Keluar Rumah, Perkembangan Terbantut?
Dr Rakhee turut menjelaskan, ibu ayah tidak perlu risau jika anak tidak ‘berkembang’ jika hanya duduk di rumah. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menyokong sistem imuniti serta perkembangan otak mereka. Lakukan aktiviti bersama-sama mereka untuk memastikan mereka kekal aktif dan sistem imuniti juga sentiasa di tahap terbaik.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Antara aktiviti yang bagus untuk dibuat dengan anak berusia satu hingga tiga tahun adalah seperti berkebun yang dapat menyokong kemahiran motor. Bawa anak berbasikal di sekitar kawasan rumah juga dapat memberi pendedahan kepada dunia luar serta memantapkan daya fokus mereka.
Untuk aktiviti di dalam rumah pula, ibu ayah boleh bermain role play yang dapat menggalakkan anak menjadi lebih kreatif. Permainan begini juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta penguasaan bahasa. Sambil bermain dapat belajar, bagus kan? Selain itu, ibu ayah boleh memperkenalkan permainan tradisional pada anak-anak seperti congkak, lompat tali, ting-ting dan banyak lagi yang membantu menguatkan daya fikir dan konsentrasi mereka.
Sistem imuniti anak tidak akan terjejas hanya kerana mereka ‘terkurung’ di rumah. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama mereka untuk menyokong sistem imuniti supaya terus berada di tahap terbaik. Kanak-kanak dengan sistem imuniti yang kuat jarang jatuh sakit dan mereka juga boleh menikmati waktu belajar!
Artikel ini dibawakan oleh Enfagrow A+ MindPro, satu-satunya jenama yang mengandungi MFGM dan tahap DHA yang disarankan pakar^ . Kurang hari sakit, minda lebih cerdas!
^FAO/WHO mengesyorkan pengambilan DHA diet harian sebanyak 10-12mg/kg berat badan untuk kanak-kanak 12-24 bulan atau 100-150mg DHA + EPA untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun. Rujukan: FAO 2010. Lemak dan asid lemak dalam pemakanan manusia. Laporan perundingan pakar. Kertas Makanan dan Pemakanan FAO No.91. FAO: Rome. Enfagrow A+ Mindpro memberikan 120mg DHA dengan setiap 3 hidangan sehari (Hanya Langkah 3 dan Langkah 4)
**Sumber foto: www.shutterstock.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan jenama pakaian sekolah, Canggih yang sentiasa menjadi pilihan semua ibu bapa. Bagi membantu lebih ramai ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyimpanan masa depan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil langkah bijak dengan memetrai memorandum persefahaman (MoU) dengan produk gah itu yang bernaung di bawah, My-Sutera Sdn Bhd.
Kerjasama dua pihak ini diraikan dalam majlis ringkas menerusi satu sesi dalam talian pada Jumaat lalu. Bukan itu sahaja bahkan, PTPTN dan My-Sutera Sdn Bhd turut sama melancarkan Kempen ‘Canggihlah Simpan di SSPN’ yang mendorong lebih ramai menyimpan untuk masa depan anak-anak.
Majlis Pertukaran MoU antara PTPTN dan My-Sutera Sdn Bhd itu juga turut dihadiri oleh En. Ahmad Dasuki bin Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN dan Tuan Haji Laila Satria bin Suhaimi, Pengarah Eksekutif Kumpulan My-Sutera Sdn. Bhd dengan disaksikan oleh En. Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN dan Tuan Haji Annas bin Ahmad, Pengerusi Kumpulan My-Sutera Sdn. Bhd.
En. Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN berkata, “Kolaborasi ini adalah bukti komitmen dan kesungguhan PTPTN untuk menyumbang kepada masyarakat selain memainkan peranan utamanya dalam menguruskan pembiayaan pendidikan, memungut bayaran balik pinjaman serta menyediakan 2 skim simpanan. Tahniah dan syabas kepada kedua-dua pihak atas kejayaan merealisasikan usaha murni ini.”
Pada majlis serba ringkas itu, My-Sutera Sdn Bhd turut menyerahkan sumbangan Zakat Perniagaan kepada PTPTN bagi membantu golongan asnaf sebagai tanda keprihatinan dalam membantu golongan yang memerlukan.
Melalui kerjasama strategik yang dijalinkan ini, antara program yang dirancang termasuklah program Job Matching melibatkan pencarian Vendor Jahitan di kalangan peminjam PTPTN, pembukaan dan penambahan akaun SSPN serta bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui platform e-commerce MySutera, Program CSR dan pelbagai inisiatif lain yang akan diusahakan bersama.
Kempen ‘Canggihlah Simpan di SSPN’
Menariknya, Kempen ‘Canggihlah Simpan di SSPN’ ini dilancarkan bagi menggalakkan amalan penabungan dari awal usia anak-anak. Memandangkan sesi persekolahan yang dijangka bermula bulan depan, PTPTN amat yakin kempen ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh masyarakat, sekali gus mampu melonjakkan kutipan deposit SSPN yang disasarkan tahun ini.
Paling menarik, melalui kempen ini juga, pelanggan yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dalam tempoh promosi 1 Disember 2020 sehingga 31 Disember 2020 akan berpeluang menerima SSPN Reward dalam bentuk diskaun digital (e-baucer) sehingga 35%.
Melalui diskaun ini, ibu bapa boleh berbelanja barangan dan pakaian persekolahan anak-anak yang boleh ditebus untuk pembelian barangan Canggih secara dalam talian di www.schoolmall.com.my.
Pembukaan akaun atau penambahan deposit SSPN pula boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian di www.lovesspn.com.
Jumlah deposit SSPN dan kadar diskaun adalah seperti berikut: Jumlah Deposit SSPN Kadar Diskaun RM500.00 sehingga RM1,000.00 25%, melebihi RM1,000.00 sehingga RM3,000.00 30%, melebihi RM3,000.00 35%.
Jumlah Deposit SSPN
Kadar Diskaun
RM500.00 sehingga RM1,000.00
25 %
Melebihi RM1,000.00 sehingga RM3,000.00
30 %
Melebihi RM3,000.00
35 %
Rebutlah peluang keemasan ini untuk menabung dalam SSPN sekaligus menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan SSPN.
Ini termasuklah dividen yang kompetitif, pelepasan taksiran cukai berdasarkan simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, cabutan hadiah dan perlindungan takaful yang komprehensif sehingga RM1 juta.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.