Bagi seorang wanita bila dah bergelar isteri tiada apa yang diharapkannya melainkan mendapat kasih sayang dari suami. Dalam masa yang sama, si isteri juga mahu dirinya rasa dihargai. Bukan setakat hulurkan wang ringgit tetapi usaha untuk bantu melakukan kerja rumah, jaga anak pun dah boleh menggembirakan isteri.
Walaupun begitu, ada juga suami yang masih belum memahami. Mereka anggap cukup bagi nafkah dah memadai dan urusan menguruskan anak, keluarga dan sebagainya terletak pada isteri. Itu silap ya!
Sebenarnya dalam rumah tangga, ‘give and take’ sangat penting. Suami dan isteri harus menghargai setiap pengorbanan bagi memastikan hubungan sentiasa harmoni. Sesekali apa salahnya melakukan kejutan kerana ia boleh mengeratkan hubungan. Selain itu, ciuman di dahi isteri boleh menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya.
Sekiranya masih tak pasti cara yang sesuai untuk menghargai isteri, berikut antara tip yang suami boleh lakukan dan semestinya si isteri akan tersenyum serta rasa bertuah.
Biarpun keputusan terletak di tangan suami tetapi tiada salahnya jika sesekali mendengar juga si isteri memberikan pendapat. Mungkin idea isteri anda lebih bernas untuk dikongsi. Bertukar-tukar pendapat boleh membantu satu sama lain mendapat penyelesaian terbaik dalam sesuatu masalah.
Malah, perbualan mengenai isu-isu semasa juga mampu mencipta komunikasi yang lebih bermanfaat dan isteri akan merasa dihargai. Suami boleh juga bertanya mengenai perkembangan anak-anak manakala si isteri pula boleh membalas dengan soalan berkenaan kerja-kerja suami di pejabat. Perkongsian seperti ini ternyata dapat mewujudkan suasana harmoni dan keprihatinan antara satu sama lain.
Bantu isteri uruskan anak dan rumah tangga
Kebanyakan suami menganggap melakukan kerja rumah adalah tanggungjawab isteri sepenuhnya. Namun suami harus faham, isteri pun ada juga komitmen lain. Apa salahnya bantu apa yang patut. Tak jatuh ego suami jika sama-sama meringankan beban isteri. Tapi anda dilihat suami dan bapa yang hebat.
Malah jika anak-anak lihat pun, mereka akan rasa bangga mempunyai ayah yang terbaik dan ini boleh menjadi contoh kepada mereka bila dah besar nanti.
Anggap isteri seperti diri anda sendiri
Kalau anda inginkan perhatian dan layanan dari seorang isteri, maka begitu jugalah apa yang isteri anda inginkan dari sang suami. Oleh itu, letakkan diri anda di tempat isteri yang sentiasa menginginkan belaian, penghormatan dan kasih sayang. Kalau waktu bercinta boleh mengapa selepas berkahwin menjadi muram? Sepatutnya semakin lama hidup bersama semakin kuatlah daya tarikannya. Buat sesuatu yang dapat menambat hati pasangan. Kerana isteri umpama cermin pada diri anda sendiri. Kemana sahaja pergi, dia akan membawa anda bersama.
Buat kejutan pada isteri
Selain gubahan jambangan bunga, Hana Florist juga turut memenuhi permintaan pelanggan dengan mengambil tempahan mengikut apa yang diinginkan seperti bunga yang diletakkan dalam kotak khas, pasu, bingkai gambar yang diletakkan gambar dan taburan bunga serta turut menyediakan pakej untuk hari istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis ‘gender reveal’ dan sebagainya.
Kepakaran Hana Florist adalah menggunakan bunga artificial dan ia boleh tahan lebih lama jika disimpan buat kenangan. Misi Hana Florist adalah untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan konsep gubahan yang nampak eksklusif.
Nak lagi mudah layari Instagram Hana Florist atau terus ke alamat 19-2, Jalan Temenggung 27/9, Mahkota Cheras, Cheras, Selangor.
Setiap orang ada impiannya yang tersendiri. Begitu jugalah dengan isteri anda, jauh di sudut hatinya pasti ada impian yang ingin dikecapinya. Biarpun tidak semuanya akan tertunai, namun memadailah andai satu dari seribu keinginannya berjaya ditunaikan.
Contohnya, jika ada bajet lebih, boleh belikan barang kemas atau bawa pergi bercuti. Tak perlu ikut orang, tapi kita buat ikut kemampuan sendiri. Yang penting isteri gembira, anak-anak pun rasa tenang melihat hubungan kasih sayang ibu ayahnya.
Ingat setiap pemberian itu melambangkan anda adalah suami yang amat menghargai isteri. Kita yang mencorakkan hubungan tersebut jadi lebih baik.