Keibubapaan

Bukan Tak Boleh Beri Anak Telefon Bimbit Tapi Kurangkan, Beri Anak “Time Frame’!

Share

Bila masuk bab anak menangis nak telefon, mama papa mesti tak mampu nak bertindak cara terbaik nak elakkan beri pada anak. Sudahnya anak mengamuk di khalayak ramai dan mood mula bertukar. Bukan tak boleh berikan anak telefon tapi kena ada hadnya.

Perkongsian tip daripada Diyana Jamal ini boleh juga kita ikuti. Beri anak ‘time frame’ supaya anak lebih alert. Jom cuba!

Beri Time Frame


Zaman serba canggih ni, semua di hujung jari. Semua orang gunakan gajet. Hingga anak-anak pun terikut sama. Kita sebagai ibu bapa ni, pening di buatnya. Bila tak bagi, dia menangis. Kalau bagi, dia leka dengan gadjet tu.

Ibu pun hadapi situasi yang sama. Dan alhamdulillah. Semalam ada terbaca 1 perkongsian hebat ni. Ibu dah cuba dan ianya menjadi.

Tipnya ialah :
Berikan time frame untuk anak bermain gadjet.

Memang seeloknya kita ELAK TERUS atau USAH DEDAHKAN mereka dengan gadjet terlalu awal. Namun, buat ibu-bapa yang dah terlajak macam ibu ni, eloklah cuba tips ni.

Caranya begini.

Jika anak terlalu leka, panggil dia dengan baik dan berikan time frame. Contoh :

“Damia. Lagi 10 minit bagi ibu semula handphone tu. Kita belajar sama-sama”

Hasilnya : Lepas 10 minit, bila ibu minta, Damia terus bagi.

Contoh lain :

“Damia. Ibu bagi guna handphone ni sampai jam 4 petang saja. Jam 4 terus bagi ibu”

Hasilnya : Damia terus bagi ibu bila tepat jam 4 petang.

Hasilnya mungkin berbeza-beza mengikut usia dan tahap kecenderungan/keinginan anak-anak terhadap gadjet. Tapi, apa yang penting, MESTI CUBA AMALKAN tip ini.

Kredit: Diyana Jamal

Published by
SRM