Hari ini bermulanya ibadah puasa. Mungkin ramai ibu hamil yang teruja untuk berpuasa penuh tapi jangan paksa diri jika tidak mampu.
Ada ibu yang mengadu ibu kurang bergerak apabila berpuasa. Malah ada yang mengadu rasa nak pitam. Yang pasti kesan puasa yang diaami berbeza bagi setiap ibu. Kerana setiap kehamilan & bayi berbeza. Tubuh ibu bekerja berlipat kali ganda semasa hamil, jangan menyamakan keadaan individu biasa dengan ibu hamil, ia memang berlainan!
Perkongsian daripada Dr Afida Sohana Awang Soh, Pegawai Perubatan Hospital Umra ini boleh dijadikan panduan bagi ibu hami, ibu yang menyusukan bayi dan selepas bersalin sama ada untuk meneruskan atau tidak puasa serta sebab-sebabnya.
Menyambut kedatangan Ramadan
Alhamdulillah…
Bertemu lagi kita, dengan Ramadhan yang Barakah.
Penuh klinik kami hari minggu ini. Masing-masing mahu bertemu doktor sebelum mula berpuasa! Alhamdulillah, kami suka bila orang datang bertemu kami.. yang menghilang tak datang appointment tu yang buat kami risau! hehe
Soalan favourite yang saya terima di klinik sepanjang minggu ini, adalah berkenaan berpuasa; samada dibolehkan semasa hamil/menyusu, atau tidak.
Pertama kita lihat dari segi agama…
Sabda Nabi Muhammad SAW,
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلاَةِ وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ أَوِ الصِّيَامَ
“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui.”
Hadis riwayat An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4/347. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sahih.
Menurut Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam tulisan beliau di http://www.muftiwp.gov.my/…/irsya…/irsyad-fatwa-umum/1969-31:
beliau berpendapat yang perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka kembali kepada dua keadaan sahaja iaitu:
1. Kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja.
2. Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehah dia berbuka dan membayar fidyah.
Ha! Mudah dan terang penjelasan yang ada…
Islam itu mudah, cuma jangan dipermudah-mudahkan!
Ada sebab mengapa keringanan ini diberikan…
Jom kita tinjau dari segi perubatan:
Terdapat perubahan pada fisiologi ibu yang mungkin membuatkan puasa itu menjadi sedikit payah, dan dalam keadaan tertentu, merbahaya.
Jom kita ulangkaji Biologi sekejap! Dari segi fisiologi:
KUATNYA PERTAMBAHAN KERJA JANTUNG SEORANG IBU YANG HAMIL!
MasyaALLAH!
Takut pula bila baca perubahan fisiologi dan implikasinya ini kan?
Tapi sebenarnya, bukan tidak boleh berpuasa…
Cumanya, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar, minum air secukupnya, dan juga beringat untuk tidak berlebihan dalam menjalani puasa.
Jika berasa letih atau tidak larat, jangan paksa diri!
Dalam masa yang sama, ada kondisi yang membuatkan ibu hamil itu tidak digalakkan berpuasa sama sekali:
1. Ibu yang mempunyai risiko VTE (venous thromboembolism) yang sederhana atau tinggi
2. Ibu yang tidak sihat atau muntah-muntah (lebih-lebih lagi jika kerap muntah dalam semester pertama)
3. Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan memerlukan rawatan metformin atau insulin
4. Ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi seperti (pre-eclampsia, penyakit autoimmune, penyakit jantung)
5. Ibu yang janinnya mempunyai masalah pembesaran bayi dalam kandungan (Intra Uterine Growth Restriction -IUGR) atau kurang air ketuban (oligohydramnios)
6. Ibu yang masih didalam 6 minggu pertama selepas bersalin (risiko VTE paling tinggi semasa ini)
Menurut Dr Afida, TIDAK ada bukti signifikan yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengurangkan susu ibu. Tapi kadangkala ibu tidak dapat menahan lapar semasa menyusu, dan khuatir kesihatan diri atau bayi boleh terjejas.
Yang penting,
Moga bermanfaat!
dan Selamat Berpuasa buat semua!
Sumber: Dr Afida Sohana Awang Soh
#MedTweetMY
#hospitalUMRA