Bukan Tak Makan Jamu Atau Tak Berurut, Ini Sebabnya Peranakan Jatuh!

Share

“Hati-hati nak angkat berat tu, jatuh peranakan nanti”. Pesanan sebegini selalu kita dengar dari mak-mak kita atau orang yang lebih berusia. Apa itu peranakan jatuh?

Bagi yang belum pernah berdepan situasi ini pasti terasa ia satu istilah yang menakutkan. Rasa sakit pada bahagian pinggul dan ke bawah pastinya buat ibu tidak selesa dan terpaksa menanggung kesakitan.

Menurut Dr Muhammad Izzat, jangan menakutkan ibu dengan hal yang tidak pasti. Peranakan jatuh disebabkan oleh perkara-perkara tertentu. Dan ini penyebab yang dikongsikan oleh beliau.


Sebab peranakan jatuh!

Umur : Makin tua sesorang wanita tu, makin senang nak dapat peranakan jatuh disebabkan otot yang menyokong rahim dah kurang anjal akibat penuaan

Mengandung & bersalin : Lagi banyak beranak lagi senang dapat peranakan jatuh

Obesiti : Lagi obes sesorang wanita tu, lagi tinggi peluang untuk dapat peranakan jatuh. Tekanan yang tinggi dalam pada abdomen wanita yang obes boleh menekan rahim supaya terkeluar.

Merokok : Merokok boleh sebabkan seseorang wanita tu batuk batuk. Batuk berpanjangan boleh beri tekanan pada rahim

Pekerjaan : Pekerjaan harian yang angkat benda-benda terlampau berat untuk jangka masa panjang boleh tinggikan peluang dapat rahim jatuh

Sembelit : Yang slalu meneran masa nak membuang untuk sembelit untuk suatu jangka yang panjang boleh sebabkan rahim jatuh.

Sejarah keluarga dengan peranakan jatuh : Mak, atau adik beradik yg ada masalah sama, boleh dapat kat kita gak.

Peranakan jatuh BUKAN disebabkan tak makan jamu dan tak berurut. Toksah la takutkan ibu-ibu.

Artikel berkaitan: Awas Meneran Awal Sebelum Pintu Rahim Terbuka Sepenuhnya, Risiko Rahim Jatuh Tinggi

Ramai Tak Sedar Tulang Coccyx Patah Masa Bersalin, Sebab Tu Sakit Tulang Ekor, Doktor Nasihat Segera Dapatkan Rawatan

 

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM