“Bukan Tak Reda Tapi Hati Ni Terlalu Rindu..”. Luahan Hati Seorang Ibu Undang Sebak Warganet

Share

“Sakit paling pedih kehilangan orang yang kita sayang. Pemergianmu yang cukup memberi kesan yang amat mendalam di hati Mommy..”

Begitulah luahan hati seorang ibu melalui akaun Tiktok ketnisshah_ yang berkongsi tentang pemergian puteri kesayangan dia dan suami.

Ibu ini melahirkan rasa rindunya yang tidak berpenghujung, kerana hanya sempat memegang, bermain dan memanjakan puteri sulungnya itu terlalu sekejap sebelum bayinya terpaksa ditahan di hospital.

“Bermainlah di syurga sana sayang. Tunggu Mommy Daddy..”

Katanya lagi, hanya empat hari sahaja dia dan suami dapat menjaga anak mereka sebelum bayi perempuan yang diberi nama Arianna Soffiya itu terpaksa dimasukkan ke wad. Selama dua hari berada di dalam pemantauan pihak hospital, Allah SWT lebih menyayangi anak syurga ini.

Menurut ayah kepada bayi perempuan tersebut, doktor memaklumkan bahawa anak mereka terkena jangkitan dari tali pusatnya dan doktor masih cuba untuk mengenal pasti jenis kuman tersebut.

Warganet turut meninggalkan komen takziah serta ada yang berkongsi cerita yang sama dengan pasangan ini;

Dapat dilihat MuaBellaz juga meninggalkan komen;

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

Published by
Emy H