Pelakon Rozita Che Wan mengakui ada keinginan untuk hamil selepas melahirkan Aaisyah Dhia Rana namun ada sedikit kebimbangan.
Menerusi entri di laman Instagram miliknya, Che Ta, menjelaskan usianya menjadi salah satu faktor yang membuatkan dia risau untuk hamil anak seterusnya.
“Bukan tak teringin nak beranak lagi, tapi dah tua-tua ni tak larat la nak dok berligan anak kecik, lari alignments,” tulisnya.
Kapsyen yang dimuat naiknya bersama sekeping gambar memegang seorang bayi itu tak dipersetujui oleh pengikutnya.
Rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Che Ta dan kebanyakan mereka memberikan kata-kata semangat kepadanya supaya tidak memandang usia sebagai halangan.
Ads
Ramai je yang hamil lagi di usia 40-an. Jika Allah nak bagi rezeki apa salahnya. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka hamil di usia yang lewat dan berjaya membesarkan anak tanpa halangan.
“@azian_naizashop: Tak pa Che Ta. Asal badan sihat. Ada je kes kat tempat kita umur 50 tahun beranak. Bukan luaq negara je. Lanikan macam-macam supplement moden dan tradisional ada masa hamil dan berpantang. Dalam pantang pun ada orang masak, jagakan ibu dan baby. So get ready for Zain junior.”
Ads
“@hazela85: Orang cakap kalau gen cantik-cantik ni rugi tak beranak ramai-ramai Che Ta.”
“@naufalaimar16: Kuatkan semangat Che Ta. Kalau Allah nak bagi, kekuatan akan datang bila lihat anak dipangku nanti.”
Mungkin Che Ta ada alasan kukuh untuk takut nak hamil lagi. Kadang-kadang kita tak tahu sebab disebaliknya.
Ads
Namun jika dah memang Allah tetapkan yang Aaisyah akan dapat adik, siapa kita nak menidakkan perancangan-Nya. Apa yang pasti Che Ta dan Zain lebih tahu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun sedang hamil, isteri tidak mahu menyusahkan suami. Mana yang boleh dia lakukan sendiri, akan dibuat tanpa meminta bantuan si suami. Letih dan seksa ketika hamil, hanya Allah SWT yang tahu. Lihatlah pengorbanan si isteri, bukan mudah bawa zuriat anda di dalam rahimnya sepanjang tempoh kehamilan itu.
Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri anda, tetapi beri penghargaan kepada isteri dengan menunjukkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepadanya.
Bagi wanita hamil, biarpun sedikit bantuan atau ganjaran yang anda berikan kepada mereka, itu sudah mampu mengurangkan kepayahan membawa anak comel di dalam perut. Pernahkah anda mencuba beberapa perkara ini untuk menzahirkan rasa cinta anda kepada isteri yang sedang hamil. Ayuh, kita semak bersama-sama!
BANYAKKAN MEMBACA
Jangan malas. Banyakkan membaca maklumat tentang kehamilan dan sebagainya. Ketika mereka bercerita kepada anda tentang kandungan mereka, sekurang-kurangnya anda tahu apa yang perlu dibuat. Memberi tumpuan kepada cerita mereka dan ada solusi kepada permasalahan mereka akan menunjukkan bahawa anda sudah bersedia dengan tanggung jawab baharu menjadi seorang bapa. Biarpun isteri anda bukannya hamil anak pertama, pastikan anda sentiasa bersedia dengan pelbagai pengetahuan tentang kehamilan sekiranya mereka berkongsi cerita dengan anda.
Ini menunjukkan anda peka dan sentiasa mahu terlibat dalam perjalanan kehamilannya. Apabila anda menemaninya ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan berkala, anda akan tahu dengan tahap kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.
Pastikan anda sentiasa mengambil tahu dan banyakkan bertanya perihal yang tidak anda ketahui setiap kali berjumpa doktor. Jika anda ada ketika ujian imbasan dibuat, ia akan mewujudkan jalinan kasih sayang antara anda dan bayi dalam kandungan.
KURANGKAN TEKANAN ISTERI
Kehamilan sememangnya memberi tekanan baik dari segi fizikal atau emosi. Jangan bebankan isteri dengan masalah yang tidak perlu. Ambil tugas untuk membantunya membuat kerja rumah supaya isteri dapat berehat.
Semakin besar kandungan, isteri akan mula merasa tidak selesa. Ketika isteri tidur dalam keadaan terlentang, berat kandungan akan memberi beban keada tulang belakang dan otot-ototnya yang membuatkan dia merasa sakit.
Ada masanya, bayi aktif ketika waktu tidur ibu. Bantu isteri anda untuk tidur, dapatkan bantal khas buat ibu mengandung. Bantal ini direka untuk menyokong bahagian tertentu agar ibu dapat tidur dengan lebih lena. Memeluk isteri ketika dia sedang tidur juga dapat memberinya ketenangan.
BAWA-BAWALAH BERSABAR
Ketika isteri sedang mengandung, hormonnya tidak stabil. Anda akan berdepan dengan perubahan emosi serta tingkah laku yang sukar dijangka. Banyakkan bersabar dan fahami keadaan isteri anda. Wanita hamil juga kerap ke tandas, terutamanya pada waktu tengah malam. Sebagai suami prihatin, berjagalah ketika dia ke tandas dan selalulah bertanyakan keadaannya.
BUAT KEJUTAN ISTIMEWA
Inilah yang paling isteri suka. Tidak perlu kejutan besar-besaran. Jika ia hanya melibatkan anda berdua sudah cukup. Tetapi jika ada rezeki lebih tidak salah untuk anda membuat kejutan yang lebih besar. Ajaklah keluarga dan teman-teman rapatnya untuk merancang kejutan untuk isteri anda. Bawa dia bercuti atau menganjurkan majlis khas untuk si dia sudah cukup untuk memberi impak kepada ibu hamil sekaligus memberi kesan positif terhadap kandungannya.
Sepanjang mengharungi proses mengandung, suami adalah semangat terkuat bagi ibu hamil. Isteri memerlukan sokongan serta perhatian dari suami untuk melalui fasa selama sembilan bulan bayi di dalam rahimnya. Oleh itu, sebagai suami yang bertanggungjawab dan menyayangi isteri anda, tunjuklah kasih sayang kepadanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim berkongsi pengalamannya yang kini hamil empat bulan.
Menurut Sarimah, walaupun hamil dia kini suka melakukan senaman yang sesuai dengannya dan mengakui senaman itu mampu buatnya kekal bertenaga, sentiasa rasa gembira dan badan pun lebih ringan.
Sarimah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar proses kehamilan Sarimah dipermudahkan.
Penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu bernikah dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April 2015 lalu.
Sumber: ig Sarimah Ibrahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada yang lebih menggembirakan bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga apabila dikurniakan kehamilan. Fasha Sandha akhirnya mendedahkan usaha yang dilakukannya untuk hamil cepat selepas berkahwin.
Sebelum ini dikongsikan kejutan Fasha kepada Aidil tentang kehamilan anak pertama mereka berdua. Rakaman video Fasha membuat surprise berita bahagia tersebut mengundag tangisan sebak Aidil.
Dalam posting Instagram, Fasha berkongsi dia turut menerima direct message di Instagram memintanya berkongsi apa yang dilakukan untuk hamil. Ada juga yang meminta tip bagaimana Fasha boleh mendapat kekuatan untuk berkahwin buat kali kedua selepas menjadi ibu berdikari beberapa tahun.
Syukur Alhamdulillah Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam (kali pertama di hari pernikahan kami)
Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha. Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.
Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil. Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.
Doa. Its Miracle.
Saya ingin kongsi pada semua,
Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle. Selepas Pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya belum lagi sayang. Dia kata dia
Tambah, Tukar Ayat Dalam Doa & Berusaha
Oh.. dia nak mintak baby cepat. Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.
Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui.
Kekuatan Untuk Meneruskan Perkahwinan Kedua
Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Sy sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sbb terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba2 je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama2 tersuka, dan selamat menjadi suami isteri.
Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.
Tahniah Encik Suami
Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamer juga. Tahu tak , semalam satu studio menangis. I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat. Kenangan manis.
Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita). Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur
#aidilfasha
#motherof3
Doa peminat mengiringi
Para peminat Fasha turut mendoakan kehamilan Fasha berjalan lancar
@psct_bunge Tahniah alhamdulillah aidilfasha…moga diberi kesihatan yg baik ibu dan baby.
@putrisalwabte Tahniah semoga Fasha bahgia hingga ke Jannah. Aaminn.
@mummyserojaa Tahniah @fashasandha akan menimang baby baru lgi srmoga you dgn husband bahagia lgi
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...