Kudis buta antara masalah kulit yang kerap berlaku kepada anak-anak kecil kita. Pun begitu menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, kudis buta berjangkit bukanlah disebabkan oleh tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan diri tetapi ia cenderung menjangkiti ditempat-tempat tinggal yang sesak seperti asrama atau juga rumah asuhan yang padat dengan anak-anak kecil.

Kudis buta ataupun lebih dikenali sebagai scabies, merupakan sejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit. Penyakit kudis buta akan menyebabkan rasa kegatalan yang keterlaluan pada permukaan kulit. Penyakit kudis buta juga sangat mudah berjangkit dan
dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta.

Kudis buta sebenarnya berpunca daripada serangan sejenis kutu/hama yang dikenali sebagai ‘Sarcoptes Scabiei’. Kutu ini merupakan sejenis mahkluk parasit, iaitu suatu organisma yang hidupnya menumpang pada mahkluk hidup lain dan merugikan mahluk hidup yang ditumpangi.

Bukan Tanda Kurangnya Penjagaan Kebersihan Anak, Awas Jika Anak Terkena Kudis Buta!

Jadi jika anak anda mengalami masalah kulit ini sebaiknya ambil langkah bijak agar tidak mudah menjangkiti anak-anak yang lain. Ini yang dikongsikan sebagai panduan kita dalam mengelakkan masalah kudis buta ini. Senarai di bawah ini perlu anda tahu.

KUDIS BUTA DAN RAWATANNYA

Ads

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.

Simptom utama adalah kegatalan dan ruam di kawasan berikut:
◾Di celah jari, ketiak dan kelangkang
◾Pelipat pergelangan tangan dan siku
◾Kemaluan dan punggung
◾Perut terutamanya sekitar pusat
◾Kaki dan buku lali

Bukan Tanda Kurangnya Penjagaan Kebersihan Anak, Awas Jika Anak Terkena Kudis Buta!

Berikut adalah beberapa pilihan yang kerap digunakan:

Ads

1. Losyen Permethrin 5%
◾Pilihan pertama untuk bayi 2 bulan ke atas, kanak-kanak dan orang dewasa.
◾Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 8-14 jam, kemudian mandi.
◾Jika perlu, ulang rawatan selepas 1-2 minggu penggunaan kali pertama.
◾Contoh : A-Scabs Lotion

2.Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%
◾Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.
◾Dewasa(12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air
◾Kanak² 2-12 tahun: campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)
◾Bayi 2 bulan ke atas : campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)
◾Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.
◾Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed

Bukan Tanda Kurangnya Penjagaan Kebersihan Anak, Awas Jika Anak Terkena Kudis Buta!

3.Losyen Lindane 1%
◾Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan apada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.
◾Digunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.
◾Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu dengan masalah kulit (atopic dermatitis, psoriasis).
◾Contoh : Scaboma Lotion

Ads

Tips tambahan
Pakaian dan cadar perlu dibasuh air panas.
◾Rawat semua ahli keluarga serentak.
◾Kegatalan perlu dirawat dengan ubat antihistamin.
◾Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan.

Bukan Tanda Kurangnya Penjagaan Kebersihan Anak, Awas Jika Anak Terkena Kudis Buta!

Jika ada keraguan tentang sama ruam adalah kudis buta atau tidak, atau kudis tidak sembuh setelah gunakan ubat dari farmasi, berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Moga bermanfaat!

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI