Tahu kah anda bahawa anak yang sukar tidur awal akan jejaskan pertumbuhannya! Usia si kecil semakin meningkat. Sehubungan itu mengajar si manja tidur awal sejak kecil adalah penting supaya tidak menghadapi masalah kesihatan dan menjejaskan pertumbuhannya apabila usianya mencapai umur pra sekolah.
Ini kerana daripada hasil kajian yang dilakukan oleh Jean-Philippe Chaput, Marc Brunet dan Angelo Tremblay mengumpulkan data sebanyak 422 anak usia 5 sehingga 10 tahun.
Mereka melakukan penilaian terhadap berat badan, tinggi badan, dan lingkar pinggang para peserta. Mereka turut mengumpulkan informasi tentang gaya hidup anak-anak tersebut serta status sosial ekonominya melalui wawancara dengan ibu bapa mereka.
Ads
Hasil penelitian tentang Body Mass Index menunjukkan bahawa 20 peratus kanak-kanak lelaki dan 24 peratus kanak-kanak perempuan mengalami masalah kegemukan. Anak-anak yang memiliki waktu tidur kurang dari 10 jam dalam seharinya berisiko mengalami kegemukan 3 atau 5 kali lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidur 12 jam atau lebih dalam seharinya.
Untuk memastikan anak tidur awal , terdapat 8 tip yang boleh menjadi panduan.
Ads
Pastikan si kecil tahu dengan jelas waktu untuk dia tidur. Contohnya pukul 9 malam perlu masuk bilik untuk tidur.
2. Tegas apabila waktu tidur sudah tiba.
3. Jangan biarkan dia menonton televisyen setengah jam sebelum waktu tidurnya.
4. Cipta suasana tenang seperti suasana bilik yang senyap dan gelap.
Ads
5. Biarkan si kecil tidur dengan sendiri daripada anda yang mendodoikannya.
6. Jangan berinya minuman berkafeina seperti kopi yang menyegarkan matanya.
7. Jadikan waktu tidurnya adalah rutin. Jangan ubahnya kecuali jika perlu.
8. Hargai setiap masa jika si kecil memberitahu mahu tidur.
* Patuhi tip ini secara konsisten. Si kecil yang tidur awal akan menjadi seorang kanak-kanak yang sihat dan ceria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasankah anda, ada masanya kita akan memarahi anak-anak sebelum waktu tidurnya? Sebenarnya kita mahu melatih mereka menjadi lebih berdisiplin dan tidur mengikut jadual tetapi sebenarnya ia mempengaruhi emosi mereka.
Tidur selepas kena marah tidak elok untuk perkembangan emosi anak kerana ia membuatkan mereka merasa sedih dan tidak dipedulikan. Terutamanya jika kita biarkan mereka tertidur sendiri selepas dimarahi tanpa dipujuk.
Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam dan tempoh tidur ini membantu pertumbuhan tubuh anak-anak.
Sewaktu anak-anak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Anak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stres keluarga.
Ibu bapa akan berasa stres jika terpaksa memujuk anak tidur awal. Jika tak cukup tidur mesti mengamuk apabila dikejutkan. Malah keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti. Tiada salah untuk ibu bapa mencuba apa-apa kaedah untuk membiasakan anak tidur awal.
Tapi ingat, mengajar anak untuk tidur awal bukanlah dengan kekerasan seperti dimarahi atau ditakutkan dengan rotan!
Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 9:00 malam, jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda.
Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur.
Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur.
Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. kurangkan interaksi dengan anak anda. jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur.
Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di sekolah.
Baca buku
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita.
Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang menggembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
Tutup televisyen
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan itu tidak semudah yang disangka. Namun jika berjaya membawa sebuah perkahwinan dengan tiang agama yang ditetapkan pada anak dan isteri, sudah semestinya satu ganjaran dari Allah di syurga kelak.
Isteri yang disayangi malah dipimpin sebaiknya di jalan Allah pasti membuatkan isterilah insan paling bahagia. Jangan menidakkan hak isteri.
Perkongsian Muhammad Hassan atau EncikMatt yang sering berkongsi kisah kehidupan berkeluarga ini boleh kita jadikan panduan dalam berumah tangga. Kita jalankan tanggungjawab kita sebaiknya pada anak isteri.
Jika isteri kahwin lagi setelah kematian suami, nanti disyurga dengan siapa mereka akan bersama? Ustaz dalam kuliah bagi dua jawapan.
Pertama: Syukur sangat terus jika masuk syurga, takut dua-dua masuk neraka sebab didunia tidak saling jaga agama, jauh dengan agama.
Kedua: Baru ustaz jawab soal.
Isteri akan bersama dengan suami yang dia betul-betul sayang didunia dan yang betul-betul ikhlas didik dia pada agama taat Allah dan Rasul.
Jika di dunia sepak terajang isteri, buat isteri macam hamba, bermaksiat dengan perempuan lain. Takpernah ajar isteri agama, solat, tutup aurat. Bagaimana di akhirat nanti nak bersama isteri dalam syurga.
Sebab itulah kita suami besar tanggungjawab. Bukan sekadar cukupkan makan minum dan tempat tinggal sahaja. Bekalan diakhirat tersangatlah penting.
Jika kita mati dalam keadaan isteri berpuas hati dengan kita, tidak menzalimi dia. Tinggal sedikit harta dan bekalan agama untuk dia.
Mudahan Allah bangkit kita di diakhirat masuk syurga tanpa hisab tanpa Isteri dan anak-anak tuntut dari kita. Inilah usaha yang sangat bernilai di alam yang kekal abadi.
Jadi suami itu mudah. Untuk galas tanggungjawab itu susah.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan terlampau rajin, serba serbi buatkan untuk anak tersayang. Kalau betul sayang anak, bantu dia kembangkan Executive Function otak dia.
Nampak kalau mainan anak bersepah, jangan bebal jangan juga kemaskan tapi panggil anak kemas sendiri.
Nampak anak nak makan atau minum air, jangan “alah, kesiannya meh ibu tolong ambilkan”
Jangan, jangan, jangan!!
Bagi anak peluang ambil sendiri, malah galakkan dia buat sendiri. 2 tahun pun dah boleh ambil air sendiri di coway tu, senang je.
Nampak anak struggle nak naik atas kerusi makan, jangan sebak atau simpati pula biarkan dia usaha sendiri.
Dia sedang membina otot badan, membina keyakinan diri & paling penting skil self manage dia akan makin superb!
Sebenarnya tak ada pun ibu ayah yang malas, mereka cuma nak anak cepat bijak je.
Makin banyak pendedahan, makin banyak pengalaman, makin banyak usaha buat sendiri semakin ligat la perkembangan otak anak nanti. InsyaAllah.
Kita jangan rajin sangat, baru anak tak jadi malas!