Buku Cerita Atas Talian, “Engkaulah Adiwiraku” Ajar Anak Tentang COVID-19 Cara Santai

Share

Sebuah buku cerita atas talian baharu telah dihasilkan bertujuan untuk membantu kanak-kanak memahami tentang wabak COVID-19. Pengisiannya telah disusun khas dengan kerjasama lebih daripada 50 organisasi yang bekerja di sektor kemanusiaan, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tabung Kanak-kanak PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian, Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Menceritakan bagaimana dengan bantuan makhluk fantasi, Ario, dalam buku cerita “Engkaulah Adiwiraku, Bagaimana anak-anak boleh melawan COVID-19!” memberi ilmu kepada kanak-kanak untuk melindungi diri mereka sendiri, keluarga dan rakan mereka dari koronavirus dan bagaimana menguruskan emosi yang sukar ketika berhadapan dengan virus ini.

Sasaran Pembaca, Kanak-Kanak Usia 6-11 Tahun

Buku ini dihasilkan terutamanya untuk kanak-kanak berumur 6-11 tahun – adalah projek Kumpulan Rujukan Jawatankuasa Tetap Antara Badan mengenai Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial dalam Tetapan Kecemasan, kerjasama unik agensi PBB, organisasi bukan kerajaan nasional dan antarabangsa dan agensi-agensi antarabangsa yang menyediakan sokongan mental dan psikososial.

Lebih 1,700 Perkongsian Dari Kanak-Kanak, Ibu Bapa & Guru Sebagai Pengisian Buku

Semasa peringkat awal projek, lebih daripada 1,700 orang kanak-kanak, ibu bapa, pengasuh dan guru dari seluruh dunia berkongsi bagaimana mereka menangani wabak COVID-19. Input itu sangat berharga bagi penulis skrip dan ilustrator Helen Patuck dan pasukan projek untuk memastikan bahawa cerita dan mesejnya ‘sampai’ kepada anak-anak dari pelbagai latar belakang dan benua.

Untuk mencapai seberapa banyak kanak-kanak yang mungkin, buku ini akan diterjemahkan secara meluas, dengan enam versi bahasa yang dikeluarkan hari ini dan lebih daripada 30 yang lain dalam perancangan. Ia dikeluarkan sebagai produk dalam talian dan buku audio.

Bagus juga pada dalam tempoh PKP ini, kita berikan kesedaran kepada anak-anak untuk memahami tentang bahaya COVID-19 selain lebih menyanjungi tugas barisan frontliners yang bertugas memeranginya. Bagi ibu bapa yang berminat mengajak anak-anak anda membaca buku cerita ini dalam versi Bahasa Melayu, sila KLIK SINI.

Published by
Emy H