“Alhamdulillah ini buku pink yang pertama setelah 17 tahun menunggu ustaz. Doakan saya semoga sepanjang kehamilan ini dipermudahkan Allah.” Ini antara luahan dari hati seorang isteri selepas melalui saat-saat yang cukup perit dengan kata-kata orang sebelum ini.
Namun rahsia Allah tiada siapa yang tahu. Jika rezeki milik kita, Allah akan bagi tepat pada masanya. Menerusi perkongsian Ustaz Mujahidin, semangat wanita ini perlu dicontohi kerana tanpa putus asa berusaha biarpun doktor beritahu dia mandul.
Atas keyakinan dan kebergantungan pada Allah, akhirnya berita ini memberi kegembiraan buat pasangan suami isteri ini. Ya Allah rasa sebak hanya Allah yang tahu!
Izin Allah, Berakhir 17 Tahun Penantian
Atas usaha pasangan suami isteri ini yang tak pernah kenal erti putus asa, doa dan ikhtiar, akhirnya isteri telah disahkan hamil buat kali pertama selama 17 tahun.
Pernah buat IVF dan IUI oleh pakar, doktor sahkan isteri tidak subur. Bagaimanapun, atas izin Allah, akhirnya mendapat khabar gembira, isteri sudah hamil buat kali pertama.
Sanggup suruh suami kahwin lain
Paling sedih si isteri sanggup menyuruh suami berkahwin lain. Tapi bagusnya suami tetap setia bersama isteri. Dituduh mandul dan macam-macam lagi, hanya mereka yang melalui sahaja yang tahu bagaimana perasaan itu.
Kongsi wanita ini, suaminya seorang yang positif, sentiasa menyuruhnya reda dengan ketentuan ilahi.
“Berulang kali saya suruh dia nikah lain tapi dia tak nak. Yang terakhir saya suruh dia kahwin adalah bulan Oktober tahun lepas. Sebab saya rasa, saya yang bermasalah tak boleh bagi zuriat pada anaknya.
Sampai masa, Allah akan bagi rezeki
Penantian itu satu penyeksaan. Bila tiba masanya pasti akan tiba jua. Janganlah mengalah jika kita lambat dapat cahaya mata. Pastikan tak putus berdoa, usaha dan jangan sesekali cepat berputus asa.
Percayalah cepat atau lambat Allah pasti mendengar doa kalian nanti. Saya yang dapat tahu mengenai hal ini pun rasa terharu dan sebak. Syukur pada Allah, sejak akhir-akhir ini ramai yang berjaya hamil selepas berbelas tahun menanti.
Semua atas izin Allah. Selagi mampu akan bantu mana yang mampu. Moga lepas ini lebih ramai yang berjaya hamil lagi atas izin dan kehendak-Nya. Aamiin3x Ya Mujiib
#SyukurYaAllah..
#TujuhBelasTahunPenantian
#PejuangDuaGarisMerah
Kredit: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
**Nak dapatkan barangan bayi pada harga berpatutan, klik saja di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)