Beraya ketika berbadan dua tentunya lain dari biasa. Ibu kini mempunyai seseorang di dalam rahim yang perlu dijaga selain daripada diri sendiri.

Perkongsian daripada Puan Atiqah Ali yang muncul dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Ke-4, episod 13: Beraya Semasa Hamil ini boleh dijadikan panduan. Pengalamannya dua kali menyambut Aidilfitri semasa mengandung turut dikongsikan.

 

 

“Pada trimester pertama saya experience loya, muntah dan pening. Masa tu tak tahu lagi mengandung. Tapi apabila melepasi trimester kedua dan ketiga keadaan dah ok.

Ads

“Saya rasa bertuah dan beruntung sebab dapat pengalaman dua kali mengandung sewaktu raya. Raya memang kita enjoy jumpa sanak saudara. Perasaan pun agak lain sebab dah berbadan dua, “ kata Atiqah.

PERSIAPAN BALIK KAMPUNG

Buku Pink & Vitamin Mesti Bawa. Dua Kali Raya & Travel Masa Hamil, Ibu Kongsi Tip Dalam Pa&Ma TVIbu ini turut membuat persediaan rapi sebelum bertolak balik ke kampung halaman. Antara kelengkapan yang disediakan ialah buku rekod kehamilan dan beg hospital.

“Persiapan nak balik kampung masa raya buku pink tu memang saya bawak ke mana-mana lah, sentiasa letak dalam handbag. Kita dah ready dengan 1 luggage bag yang ada barang-barang keperluan bayi dan saya. Ibaratnya kalau masuk hospital masa beraya pun kami dah ready,” kata ibu ini lagi.

Selain itu, Atuqah turut bersedia dengan suplemen khas untuk ibu hamil walau pun beraya di kampung. Supplemen yang dibekalkan doktor seperti obimin, asid turut dibawa bersama.

Ads

PAKAIAN LONGGAR & KASUT BERTUMIT RENDAH

Apabila hamil, tiada apa yang lebih memberikan keselesaan selain daripada pakaian yang selesa. Atiqah juga memilih pakaian yang longgar dan selesa seperti jubah dres. “Kasut seperti kasut bertumit tinggi saya cuba elakkan. Pakaian yang longgar seperti jubah jadi pilihan.

Buku Pink & Vitamin Mesti Bawa. Dua Kali Raya & Travel Masa Hamil, Ibu Kongsi Tip Dalam Pa&Ma TV

TRAVEL SEMASA RAYA

Memanfaatkan cuti raya yang panjang, Atiqah mengambil peluang untuk bercuti bersama suami, “Sebagai ibu mengandung, memang dielakkan untuk berjalan jauh. Tapi kami pulak memang suka berjalan dan kebetulan masa tu pulak raya. Saya dan suami seperti babymoon, bercuti berdua sebelum kelahiran anak kami,” kata Atiqah yang travel pada kedua-dua kehamilannya.

Ads

Mengimbau kenangannya berkunjung ke New Zealand, ibu ini mengakui ia adalah momen bersama keluarga yang indah walau pun ketika itu sudah sarat hamil 7 bulan .

“Masa tu 7 bulan, kami ke New Zealand di mana penerbangan mengambil masa selama 10 jam. Perjalanan itu agak memenatkan juga. Pergi ke negara yang sejuk, faktor cuaca juga penting semasa pemilihan destinasi,”

Buku Pink & Vitamin Mesti Bawa. Dua Kali Raya & Travel Masa Hamil, Ibu Kongsi Tip Dalam Pa&Ma TV

KASUT MESTI SELESA
“Ketika kehamilan ketiganya, Atiqah travel lagi bertiga bersama suami dan anak sulung yang berusia 2 tahun. “Agak mencabar juga kerana menggunakan public transport. Tapi saya dah ready dengan kasut yang sangat selesa. Kalau penat saya akan take time untuk berehat dan bawa bekalan makanan kerana memang tahu ibu hamil cepat penat dan lapar,” kata Atiqah.

Mengakhiri perbualan, ibu ini turut berpesan kepada ibu bapa untuk memulakan kembara ke luar negara. “Sebelum travel kita dapatkan nasihat & kebenaran daripada doktor , dapatkan surat pengesahan daripada doktor.Buat survey beberapa hospital di luar negara jika sekiranya tiga-tiba bersalin di sana,” katanya kepada Pa&Ma.

Buku Pink & Vitamin Mesti Bawa. Dua Kali Raya & Travel Masa Hamil, Ibu Kongsi Tip Dalam Pa&Ma TV

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI