Beberapa hari sahaja lagi anak-anak akan mula bersekolah. Segala persiapan untuk persekolahan pasti sudah dibeli oleh ibu bapa. Mungkin tinggal beberapa perkara sahaja yang belum diselesaikan sebelum hari persekolahan bermula.
Pada hari-hari terakhir cuti biasanya anak teruja untuk mengemas beg sekolah, alat tulis dan buku. Bagi memudahkan anak-anak untuk menyusun buku kerja apa kata mama papa ikut cara yang dikongsi oleh ibu ini. Selain memudahkan anak untuk mengambil buku mengikut mata pelajaran, risiko untuk buku tertinggal di rumah juga kurang.
Tips SUSUN ATUR BUKU SEKOLAH
Cara ni saya guna utk susun smua buku sekolah anak iaitu buku2 skolah Agama & sekolah kebangsaan
Total semua hampir 20 subjek Kat bawah ni sy tunjuk tutorial utk beberapa subjek shj
1 file utk 1 subjek
Saya beli file yg boleh muat buku teks sekali dgn buku latihan.so senang nk sekalikan & saiznya muat utk masuk beg sekolah.
Ads
Dekat fail tu saya letak label : 🍁Nama anak 🍁Nama kelas 🍁Subjek 🍁Hari
Saya print out sendiri setiap label Ajak anak buat aktiviti ni skali, lebih mudah utk dia faham sistemnya
Ads
Jangan lupa terangkan caranya pada anak kita tauu 😋 Dgt mudah & anak pun tertarik
Bila buat sistem mcm ni :
❤️ Buku terjaga elok, tak rosak tak koyak @ kelepet kat hujung2 dia
Ads
❤️ Anak boleh terus ambil fail yang nak dibawa, buku automatik dah tersedia dalam tu. Masuk dlm beg sekolah.Kemas jek
❤️ Kurang risiko buku tertinggal.sangat betulll ni
❤️ kalau cikgu bagi kertas latihan,senang simpan.Kat sekolah anak masukkan terus ke dalam file ikut subjek
Mudah juga utk susun file2 ni kat rak & meja,tak berselerak Ajar anak2 disiplin dari awal.InsyaAllah mudahkan urusan kita juga
Ramai golongan isteri yang tak kisah untuk bangun awal menyediakan makanan untuk keluarga, bekalan untuk suami dan anak-anak.
Kerana air tangan isteri lebih baik dan sedap! Namun ada sesetengah golongan suami malu untuk membawa bekal kerana takut di perli rakan sekerja. Seperti perkongsian ini, hargailah jika ada isteri yang sudi untuk masak buat keluarga tercinta, banyak pengorbanan untuk pastikan setiap ahli keluarga sentiasa kenyang.
“Malu la bawa bekal.. Kau suami orang, dah lelaki dewasa, bukan budak-budak!” terkejut tengok masih ada orang yang komen berbunyi sebegini. Hmm…
Untuk sediakan bekal ni, bukan bangun pagi terus siap. Tetapi banyakkkkkk pengorbanan yang dibuat. Ada orang yang kena sediakan bahan atau masak malam sebelum tidur. Pagi tu bangun dan lengkapkan masakan, masukkan ke dalam bekas, bla bla bla.
Ada orang yang bangun 1 jam atau 2 jam lebih awal nak sediakan bahan dan nak memasak tu. Sediakan bekas nak masukkan bekal, bla bla bla. Ada orang yang kena buat perancangan nak sediakan bekal apa tu seminggu terus. Hari cuti hujung minggu buat perancangan, pergi kedai atau pasar, siangkan ayam ikan, masukkan ke dalam bekas untuk sejukbeku, tak dapat cuti pun, bla bla bla.
Bukan mudah. Jadi tak perlulah mengata, menyindir, memerli, atau seumpamanya. Dia sedang buat kebaikan. Kalau kita ni jenis tak suka bawa bekal atau malu atau apa saja, diam sajalah. Jangan condemn dia.
Kita ni dah la tak buat macam dia, lepas tu kita berkata-kata mengguris hingga dia mungkin berhenti buat kebaikan tu.
“Sayang, Abang tak nak bawa bekal dah sebab kawan-kawan mengata dan menyakat la… Malu la…” ni luahan si suami. “Mama Papa, adik tak nak bawa bekal ke sekolah, sebab kawan-kawan mengusik…” ini luahan si anak.
Jahat gilerrrr la orang yang mengata dan memerli. Dia bawa bekal bukan bawa bom. Dia bawa bekas aiskrim bukan salah apa pun. Mengata pasal bawa bekal. Mengusik pasal bawa bekal dalam bekas aiskrim atau bekas murah.
Akhir sekali isteri dia berhenti buatkan bekal.Akhir sekali mak ayah dia berhenti berikan bekal.Semua disebabkan mulut-mulut orang yang suka bercakap bukan-bukan.
Kan lebih baik kalau diam saja. Saya terasa, sebab saya pernah disindir bawa bekal ke tempat belajar dan tempat kerja. Saya terasa, sebab saya pernah disindir sediakan bekal sekolah untuk anak-anak. Saya terasa, sebab saya pernah disindir selalu share saya masak apa untuk bekal sekolah anak-anak. Orang yang follow Facebook saya ni tahulah ada netizen-netizen yang komen pelik-pelik hanya kerana saya lelaki dan setiap hari saya share saya sediakan sarapan pagi untuk keluarga dan bekal sekolah untuk anak-anak… Saya tak buat salah kat mereka tu pun. Kalau 100 kali kena, ada la 1 atau 2 kali saya respon sindiran tu. Saya pun manusia biasa je… Hehehe.
Sesungguhnya hanya orang yang sediakan bekal sahaja yang faham susah-payah nak sediakan bekal. Sesungguhnya hanya orang yang pernah disindir kerana sediakan bekal sahaja yang faham sedihnya disindir. Sesungguhnya bawa bekal, makan bekal dan sediakan bekal adalah tidak salah, dan tidak wajar untuk diperli.
Ya, saya faham ada rakan sekadar mengusik saja. Bukan menyindir pun. Baguslah rakan itu sekadar mengusik. Tetapi Tuan-Puan kena sedar, manusia yang menyindir adalah wujud dan tulisan saya ditujukan kepada golongan sebegini sahaja. Dan kita kena faham, ada masanya usikan juga bertukar menjadi sindiran negatif dan menyebabkan seseorang itu berkecil hati, sakit hati, menangis dan mengalami depression. Berkata baik, atau diam saja.
Perkembangan gigi anak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa.
Untuk lebih lanjut, berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda.
Jenis gigi anak
Terdapat empat jenis gigi utama. Setiap satunya adalah unik serta memberi fungsi dan kegunaan yang berbeza:
−Gigi kacip adalah gigi depan atas dan bawah. Apabila kita menggigit makanan, gigi kacip akan berfungsi seperti gunting untuk memotong makanan tersebut.
−Gigi taring adalah tajam dan mengapit gigi seri pada rahang atas dan bawah. Gigi taring berfungsi untuk mengoyak makanan.
−Gigi geraham depan adalah gigi yang mempunyai permukaan rata pada bahagian belakang mulut di sebalik gigi taring dan berfungsi untuk menghancurkan makanan.
−Gigi geraham belakang terletak di bahagian belakang dan lebih besar daripada gigi geraham depan. Jenis gigi ini juga rata dan juga digunakan untuk menghancurkan makanan.
Gusi selepas lahir
Kanak-kanak bermula fasa tumbuh gigi (teething) sekitar usia mereka enam bulan. Ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.
Kanak-kanak selalunya tumbuh semua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan. Gigi bayi selalunya akan keluar dalam turutan tertentu termasuklah gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.
Gigi geraham belakang kekal mula tumbuh pada usia kanak-kanak 5 tahun. Gigi geraham ini berada di bahagian belakang dan tumbuh terakhir sekali.
Seterusnya, gigi kacip tengah pada rahang bawah akan tercabut dan digantikan dengan gigi kacip kekal. Meskipun ini adalah turutan standard, namun setiap kanak-kanak mengalami pertumbuhan gigi berbeza dan giginya boleh tercabut pada masa atau turutan yang berbeza.
Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.
Kanak-kanak akan tumbuh gigi geraham belakang kedua sekitar usia 11 atau 12 tahun. Ini adalah gigi paling belakang yang tumbuh sebelum gigi bongsu, sekitar usia anak 17 hingga 21 tahun.
Namun, bukan semua orang akan tumbuh gigi bongsu. Walau bagaimanapun, jika semua gigi sudah terbentuk, maka terhasil 32 batang gigi secara keseluruhannya bagi orang dewasa.
Bagaimana untuk menangani kehilangan gigi?Walaupun ia merupakan proses semulajadi, namun kehilangan gigi boleh jadi menyakitkan untuk kanak-kanak, terutamanya bagi anak kecil. Namun, sesetengah kanak-kanak juga ada yang tidak merasai kesakitan semasa gigi tercabut.
Sebagai ibu bapa, anda perlu membantu anak menangani proses ini secara fizikal dan emosi. Setiap ibu bapa perlu menenangkan anak mereka dengan cara menerangkan bahawa setiap kanak-kanak akan merasai pengalaman proses kehilangan gigi untuk tumbuh gigi kekal.
Bagi melegakan kesakitan akibat kehilangan gigi, anda boleh letakkan ubat anti-keradangan atau kompres-dingin tanpa preskripsi bagi melegakan ketidakselesaan.
Berbincanglah dengan doktor gigi anak anda untuk mendapatkan saranan bagi ubat yang boleh mengurangkan sakit gigi kanak-kanak.
Tak perlu nak membezakan anak sendiri dengan anak angkat! Itu pendirian Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid. Pasangan ini wajar dipuji kerana walaupun dah mempunyai tiga anak kandung, namun masih lagi menerima kehadiran dua anak angkat dalam keluarganya.
Ternyata Ameena dan Qayyum cukup bertuah kerana mendapat sepenuh kasih sayang. Malah anak-anak Aliff Syukri pun teruja dengan dua adik baru mereka. Masing-masing cukup mesra melayannya.
Melalui perkongsian di instagram, kemanjaan Ameena dan Qayyum dengan Aliff serta isterinya membuatkan ramai peminat kagum.
Di sebalik kesibukan mereka menjalankan perniagaan, perhatian pada anak-anak diberi keutamaan. Boleh dikatakan Aliff sentiasa meluangkan masa dengan dua anak angkatnya setiap kali bangun pagi dan sebelum tidur.
Paling terkesan sekali, Aliff dan isteri tak sanggup bila tahu dua anak angkatnya kurang sihat. Seboleh mungkin dia mahukan yang terbaik. Memang respect sungguh pada pasangan ini yang begitu ikhlas menjaga anak angkatnya.
Sementara itu, Aliff juga turut terkilan dengan pandangan orang ramai mengenai tindakannya tidak membawa dua anak angkat bercuti ke luar negara bulan lalu. Aliff dalam kenyataan kepada MStar Online menyatakan kedua-dua anak angkatnya tak boleh dibawa keluar negara selama dua tahun kerana masih di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Jangan buat andaian mengatakan kami tak bawa sekali sebab mereka anak angkat. Kalau boleh kami nak bawa semua,” jelasnya.
Walau apa pun pandangan orang ramai, semoga Aliff dan isteri dapat terus mencurahkan kasih sayang kepada dua permata hati istimewa mereka. Semoga Ameena dan Qayyum dapat membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan seluruh ahli keluarga Aliff.
Sumber: instagram babyterlajaklaris
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saat sibuk membeli-belah baju raya, pasti ada juga yang sibuk menyediakan biskut raya. Ada yang memilih untuk membeli, tetapi tak kurang juga yang teruja...