Kelibat ibu cantik jelita, Tasha Shila sudah lama tidak muncul di kaca TV. Semuanya demi memberi perhatian lebih kepada cahaya mata sulungnya, Raees Zander yang kini sudah pun berusia sembilan bulan.
Melewati Instagram Tasha, tidak gemar berkongsi kisah Raees namun sesekali bila wajah comel Raees Zander muncul di Instagram ibunya, buat ramai yang cair.
Mana tidaknya, wajah comel Raees Zander yang dilahirkan pada 24 April 2020 ini persis gabungan ibu dan ayahnya.
“I love you handsome boy ♥️ (muka tu buat mommy cair),” tulis Tasha di Instagramnya.
Perkongsian beberapa keping gambar terbaru anak sulungnya itu tentu sahaja meraih perhatian ramai, terutama peminat Tasha. Malah keletah comel Raees yang diagah bapanya, Muhammad Atif amat mencuit hati.
Rata-rata ramai memuji kecomelan Raees terutama senyumannya yang bukan sahaja mencairkan hati Tasha dan suami bahkan turut membuatkan wargamaya naik geram.
Muncul dengan mengenakan kemeja persis orang dewasa, wajah handsome Raees begitu terserlah.
View this post on Instagram
Menarik: Minta Telefon Hadiah Hari Jadi, Dr Sheikh Minta Anak Bagi 10 Alasan, Salute!
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI